Jika kita ada membela kucing di rumah, amat penting untuk kita mengetahui tanda kucing sakit dan demam supaya kita boleh bertindak untuk memberi kelegaan dengan membawanya berjumpa vet atau mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Kucing yang nakal dan pintar tiba-tiba nampak kurang bermaya memang boleh buat kita risau kan?
Tapi ada juga masanya kucing ni tak nampak macam sakit pun walaupun sebenarnya dia tengah demam atau kurang sihat.
Jadi, kita patut perhatikan tanda-tanda ini supaya kita dapat mengambil tindakan yang tepat untuk menyelamatkannya.
Jika kita ada membela kucing di rumah, amat penting untuk kita mengetahui tanda kucing sakit dan demam supaya kita boleh bertindak untuk memberi kelegaan dengan membawanya berjumpa vet atau mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Kucing yang nakal dan pintar tiba-tiba nampak kurang bermaya memang boleh buat kita risau kan?
Tapi ada juga masanya kucing ni tak nampak macam sakit pun walaupun sebenarnya dia tengah demam atau kurang sihat.
Jadi, kita patut perhatikan tanda-tanda ini supaya kita dapat mengambil tindakan yang tepat untuk menyelamatkannya.
8 TANDA KUCING SAKIT, DEMAM & AKAN ‘MENINGGALKAN’ KITA
1. BERUBAH PERANGAI
Kucing yang berubah perangai boleh disebabkan oleh banyak perkara, tapi cuba perhatikan dengan teliti.
Ada kucing yang suka menghilangkan diri atau ‘missing in action’ secara tiba-tiba mungkin ada sesuatu yang tak kena dengannya.
2. MINUM BANYAK AIR
Kucing secara umumnya tidak meminum banyak sangat air setiap hari.
Jadi kalau mangkuk airnya cepat sangat habis, kita mesti boleh perasan punyalah.
Kalau tiba-tiba kucing kita tiba-tiba mencari-cari air dari sinki atau tandas, kita kenalah concern sikit sebab ia mungkin petanda kucing kita mengalami masalah kesihatan seperti hyperthyroid atau diabetes.
So, jangan ingat perkara ni normal ok!
3. TAK NAK MAKAN WALAUPUN MAKANAN KEGEMARANNYA
Kucing biasanya akan hilang selera makan dan minum ketika ia sakit.
Ini kerana kucing berasa terlalu lemah untuk makan dan minum kerana organnya tidak lagi kuat untuk memproses makanan. Ini mungkin berpunca daripada jangkitan, kanser, atau penyakit dalam mulut seperti gingivitis, periodontitis dan stomatitis.
Kurang makan juga akan membuatkan kucing tak lagi segebu dulu.
Kucing terutamanya yang semakin tua juga semakin kurus disebabkan badan tidak dapat lagi menyerap nutrien dalam makanan.
4. TANDA KUCING DEMAM – MATANYA BERAIR & SELESEMA
Kalau anda perasan kucing anda kerap bersin, ada hingus atau batuk dan suhu badannya agak panas, ia mungkin demam.
Tanda kucing demam lebih kurang juga macam manusia.
Apa yang perlu diperhatikan adalah sekiranya lendiran yang keluar berwarna hijau atau kuning – ia mungkin mengalami jangkitan dan perlukan rawatan lanjut.
5. BULUNYA GUGUR
Bulu yang semakin gugur dan kulit berkerak atau bersisik berwarna merah, dengan atau tanpa calar, pasti menandakan kucing anda tidak merasa selesa.
Ini adalah tanda kurap atau ‘ringworm’ yang perlu anda beri perhatian ya!
Sekiranya anda mengesyaki haiwan kesayangan anda mungkin mengalami kurap, penting untuk bekerjasama dengan doktor haiwan anda untuk mendiagnosis dan mengubati kerana penyakit ini boleh berjangkit kepada haiwan peliharaan dan manusia lain.
6. BADAN KUCING BERBAU & TIDAK DIRAPIKAN
Kucing ialah salah satu haiwan yang banyak menghabiskan masa merapikan bulu pada badan.
Apabila kucing semakin tua dan sakit, kucing akan jarang merapikan diri dan mula nampak tak sekemas macam dulu.
Jika ia sakit, organ yang tidak sihat pula akan membuatkan toksin dalam badan terkumpul dan tidak dapat disingkirkan sehingga mengeluarkan bau badan yang tak menyenangkan.
7. SUKA MEMENCILKAN DIRI
Kucing yang sakit akan cenderung untuk menyembunyikan diri bukan sebab dia sudah benci pada kita.
Tapi haiwan yang lemah akan muncul naluri untuk memencilkan diri kerana waktu itulah dia paling terdedah pada ancaman haiwan liar dan rasa tidak berdaya.
Maka, menyembunyikan diri ialah salah satu tindak balas untuk menyelamatkan diri dari bahaya persekitaran.
8. NAMPAK LEMAH & LEBIH BANYAK TIDUR
Kucing kita yang dulunya lincah kini lebih banyak menghabiskan masa untuk tidur.
Bukan sebab kucing anda malas, tapi kucing yang semakin tua sudah kekurangan tenaga dan tidak sekuat dulu untuk lakukan aktiviti harian seperti merapikan badan dan bermain.
Kucing yang semakin lemah juga dapat dilihat dari kaki belakangnya yang mula tak stabil.
Bila dipanggil pun dia akan semakin jarang respon.
JANGKA HAYAT KUCING
Seekor kucing boleh hidup di samping kita antara 12 hingga 20 tahun dan sudah menjadi sebahagian dari hidup kita.
Oleh itu, kita nampak tanda kucing sakit dan demam, dapatkan saranan doktor haiwan supaya kucing dapat dirawat dengan cepat.
Dalam kucing menjalani kehidupan dan membesar bersama kita, akan sampai satu tahap yang dia akan menunjukkan tanda-tanda jangka hayatnya hampir tamat.
Tapi ada juga kes dimana kucing yang makin menghampiri waktu-waktu akhir akan jadi lebih mesra berbanding biasa sampai tak mahu berenggang dengan tuannya atau rakan kucingnya yang lain.
Apa yang kita boleh buat ialah berikan keselesaan yang terbaik untuk kucing terutamaya ketika ia kurang sihat.
Sediakan persekitaran yang selesa untuk kucing berehat dan sentiasa bersihkan tempat tidurnya. Kalau kita sakit, tentu kita pun mahu dimanjakan begitu kan?
Sumber : Reader’s Digest, Love To Know
No comments:
Post a Comment