MASALAH BEKALAN AIR BERSIH DI PUSA, BERLARUTAN TIADA KESUDAHAN. SAMPAI BILA?


Penduduk Kampung Hilir, Pusa dekat sini membuat keputusan menggali jalan untuk melakukan penyambungan paip susulan krisis bekalan air yang berterusan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Kemajua Melayu Saribas (PERKEMAS) Zon Pusa Abdul Ghani Ayup berkata, langkah tersebut terpaksa diambil oleh penduduk susulan ketiadaan air.

Penduduk kampung perlu membeli air daripada jiran mereka dengan harga RM1 atau RM1.50 setiap dram bagi tujuan memasak ekoran kekurangan air susulan tekanan rendah disebabkan sistem perpaipan yang teruk.

Pengerusi PERKEMAS sebelum ini telah menulis surat rasmi kepada pihak berkuasa berkaitan mengenai masalah itu tetapi tiada jawapan.

Air Luar Bandar telah di hubungi mengenai masalah ini banyak kali tetapi mereka seperti tidak mempunyai penyelesaian.

Sumber : Utusan Borneo

BANJIR JEJASKAN LALUAN UTAMA DI SARAWAK

JALAN menghubungkan Bintulu-Sibu terputus setelah ditenggelami air banjir petang tadi. 
- Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

SIBU : Banjir yang melanda Sarawak sejak menenggelamkan beberapa laluan utama, termasuk Jalan Persekutuan menghubungkan wilayah selatan ke utara negeri ini.

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pihaknya memantau rapi situasi banjir di negeri ini, dengan ada di antara laluan terjejas turut membabitkan jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

"Kita menasihatkan semua pengguna jalanraya agar lebih berhati-hati ketika melalui lokasi banjir ini, dan perlu sentiasa peka terhadap papan tanda amaran penunjuk arah sebagai langkah keselamatan.

"Malah, pengguna lalulintas juga dinasihatkan menggunakan laluan alternatif berhampiran kawasan masing-masing bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak kontraktor dan pasukan pengurusan trafik sentiasa diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan, malah bersedia membuka semula laluan terjejas selepas banjir surut.

Sementara itu, laluan menghubungkan Sibu - Bintulu berhampiran Sungai Arip, di sini ditenggelami banjir sedalam 1.2 meter lewat petang tadi berikutan hujan lebat yang berterusan sejak pagi.

Malah, laluan berkenaan ditutup kepada semua lalu lintas atas faktor keselamatan, termasuk arus banjir yang deras.

Ketua Zon 4 Bomba dan Penyelamat Sarawak, Misran Bisara ketika dihubungi sebentar tadi memaklumkan keadaan itu menyebabkan laluan darat menghubungkan Sibu dan Bintulu terjejas.

"Zon 4 Bomba dan Penyelamat Sarawak kinisedang berusaha memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir.

"Malah, semua pegawai dan anggota dikerahkan bertugas 24 jam bagi memantau keadaan, selain membantu mangsa banjir menggunakan semua aset dimiliki ke kawasan selamat," katanya. - Berita Harian

RESEPI : PAJERI TELUR


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 biji telur (Direbus) 
  • ½ inci halia (Dihiris)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 sudu makan rempah kari ikan (Dibancuh dengan air) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 2 sudu makan gula  
  • 4 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan yang dihiris, 
  2. kulit kayu manis, dan rempah kari sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan santan, telur, kerisik, gula dan garam. 
  4. Masakkan sehingga mendidih dan pekat. 
  5. Sedia dihidangkan.