Penduduk di Kampung Pusa hidup bagaikan digurun yang ketandusan air. Masalah bekalan air ini bukan isu baru. Tahun 2013, kerjaan telah mejanjikan peruntukan jutaan ringgit bagi mengatasi masalah ini. Namun, jutaan ringgit itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang berlarutan sejak sekian lama.
Sekarang sudah 2018, bukan lagi 1998.
Masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama ini belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir malah kian parah sekarang ini.
Penduduk terpaksa menggunakan apa-apa sahaja sumber air alternatif sama ada dari telaga ataupun sungai untuk kegunaan harian.
Penduduk amat sukar memperoleh air ekoran tekanan air rendah dan tidak sampai ke rumah. Untuk mendapatkan air bersih, penduduk terpaksa menunggu sampai jam 1 pagi untuk menakung air kerana hanya pada ketika itu sahaja ada sedikit air yang mampu sampai ke rumah. Namun, ada masanya air memang tidak sampai langsung walaupun menunggu sehingga 6 pagi.
Kerajaan cuba mengambil jalan pintas bagi menyelesaikan masalah air ini dengan mengedar tong biru kepada penduduk kampung.
Penduduk Kampung Hilir membuat keputusan menggali jalan untuk melakukan penyambungan paip susulan krisis bekalan air yang berterusan. (Baca laporan > MASALAH BEKALAN AIR BERSIH DI PUSA, BERLARUTAN TIADA KESUDAHAN. SAMPAI BILA?)