Bahan-bahan diperlukan:
- 2 Biji telur ayam (digoreng menjadi telur mata kerbau)
- 1 Biji bawang merah (dipotong halus)
- 2 Ulas bawang putih (dipotong halus)
- 1 Sudu besar cili boh & giling
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- Sedikit garam & gula
Cara menyediakan dan memasak:
- Panaskan kuali. Masukkan bawang merah + bawang putih yang sudah dipotong2 halus. Goreng sampai warna kekuning-kuningan & naik bau
- Masukkan 1 sudu cili boh (kalau suka pedas, bley tambah lagi). Tumis sehingga lada masak (warna lada bertukar ke merah gelap). Masukkan sedikit gula (membantu masakkan lada tuh… pesan mak)
- Tambahkan sedikit air, sos cili dan sos tomato (Kalau nak kuah yang pekat… tambah air sedikit jer). Teruskan menumis.
- Masukkan sedikit garam dan telur mata kerbau yang dah digoreng tadi dan teruskan kacau. Biarkan lama sedikit supaya kuah dapat menyerap ke dalam telur. Siap!!