PKP DI BAHAGIAN SIBU MULAI 16 JANUARI 2021

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Bahagian Sibu berkuatkuasa16 hingga 29 Januari.

Perkara ini diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) susulan peningkatan  kes positif COVID-19 di bahagian tersebut. 

“JPBNS telah memutuskan untuk melaksanakan PKP di Bahagian Sibu meliputi Daerah Sibu, Kanowit dan Selangau berkuatkuasa 16 Januari 2021 jam 12.01 pagi hingga 29 Januari 2021 jam 11.59 malam (14 hari). 

“SOP berhubung dengan PKP ini akan dimaklumkan kepada orang awam pada 15 Januari 2021,” katanya menerusi kenyataan menambah PKP Bersyarat untuk Bahagian Sarikei masih dikekalkan.

Mengenai tatacara kemasukan ke negeri ini, JPBNS memaklumkan semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang masuk ke negeri ini dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan dikehendaki membuat ujian saringan RT-PCR COVID-19 tiga hari sebelum kemasukan ke Sarawak. 

Keputusan ujian mestilah negatif dan dilampirkan dalam permohonan enterSarawak dan arahan berkuatkuasa mulai 16 Januari 2021. 

Kementerian Pengangkutan Sarawak dalam pada itu akan mengumumkan maklumat jadual penerbangan yang telah diluluskan oleh JPBNS.

No comments:

Post a Comment