Ramai beranggapan apabila sudah berada dalam pesawat, semua barangan peribadi yang berharga termasuk wang tunai dan gajet berada dalam keadaan selamat sebaik sahaja meletakkan di dalam tempat penyimpanan barang
Keyakinan itu menyebabkan anda tidak terfikir kemungkinan ada penumpang nakal lain yang mencuri barangan berharga apabila alpa kerana menganggap semuanya dalam keadaan baik.
Digelar flights thieves atau pencuri penerbangan dilakukan individu mahir mencuri, namun tindakan licik mereka ada kalanya tidak dapat dihidu oleh sekumpulan kru pesawat bertugas atau penumpang lain sibuk dengan aktiviti sendiri.
Lazimnya, sasaran pencuri adalah penumpang yang dikenal pasti bergaya dan yakin membawa banyak wang tunai, gajet mahal dan barang kemas.
Aktiviti mereka lazimnya bermula ketika pesawat memulakan penerbangan dan lampu dimalapkan. Pencuri sentiasa memerhatikan gerak-geri mangsa dan mengambil kesempatan apabila mangsa pergi ke tandas.
Ketika itu pencuri bertindak seolah-olah hendak mengambil barangan mereka di tempat penyimpanan barang di bahagian atas. Aksi profesional pencuri ini tangkas menyelongkar barang peribadi mangsa.
Letakkan barangan berharga di tempat yang sukar dijejaki pencuri. - Gambar hiasan
Sebagai contoh, dalam kejadian baru-baru ini membabitkan penerbangan dari Johannesburg, Afrika Selatan ke Hong Kong, apabila ada penumpang cemas memberitahu kru, barang peribadi miliknya dicuri selepas menyedari kehilangan barangan berharga ketika masih berada di dalam pesawat.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan beberapa penumpang berkelakuan pelik dan mencurigakan, berada di tempat mangsa meletakkan barangannya.
Beberapa individu disyaki mencuri itu pastinya antara penumpang penerbangan pesawat dan dilihat membuka ruang penyimpanan bagasi ketika penumpang lain sedang tidur lena.
Dalam kejadian itu, pihak berkuasa berjaya beberapa individu di pintu masuk di lapangan terbang Hong Kong, bagaimanapun tiada apa yang ditemui bersama mereka.
Bagaimanapun, barangan berharga milik mangsa itu kemudiannya ditemui ditemui kakitangan pembersihan di atas kapal terbang dan dikembalikan kepada pelancong.
Panduan keselamatan elak kecurian
- Ketika dalam kapal terbang letakkan barang berharga secara terbalik di dalam bagasi penyimpanan. Cara ini lebih menyukarkan dicuri atau tidak menarik perhatian orang ramai.
- Gunakan kunci atau mangga di setiap beg.
- Letakkan wang dan barang berharga di bahagian paling bawah di dalam beg elak dicuri. Pencuri memerlukan masa untuk memunggah pakaian.
- Wang tunai dan telefon sentiasa dipegang penumpang.
- Penumpang perlu berwaspada sepanjang masa.
- Elak mengeluarkan barangan berharga pada saat akhir sebelum pesawat berlepas.
- Berhati-hati ketika menjalani pemeriksaan imbasan keselamatan di lapangan terbang. Ketika anda sibuk mengeluarkan barangan berharga pencuri mengambil kesempatan mengambil barangan peribadi.
- Periksa semua barangan berharga pada saat akhir sebelum menaiki pesawat.
- Jika anda berada di barisan belakang, perhatian gerak-geri penumpang di barisan hadapan anda, dikhuatiri ada pencopet licik.
No comments:
Post a Comment