TIPS 'RAJA SEHARI' : ELAK MAJLIS KUCAR KACIR DI HARI PERSANDINGAN


Sudah jadi lumrah kehiduapn, setiap kita akan berkahwin juga akhirya. 

Yang tinggal cepat atau lambat. Namun, dalam keterujaan pasangan pengantin memperisapkan diri menjelang hari penuh makna dalam kehidupan, perlu ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan dan perlu di beri perhatian khusus, supaya majlis tidak tunggang-langgang dan tidak disia-siakan seterusnya menyebabkan kerugian 'moment' yang penuh bermakna.

Persiapan bakal Raja Sehari harus memikirkan tiga langkah seperti ;
1. Sebelum Majlis
2. Semasa Majlis
3. Selepas Majlis berlangsung.

SEBELUM MAJLIS

Kebiasanyannya sebelum majlis urusan tempah menempah keperluan semasa majlis harus dilakukan dengan teliti.

Sebelum majlis berlangsung, perkara-perkara seperti dibawah perlu diberi perhatian khusus. Jika terlepas salah satu, berkemungkinan majlis akan jadi serba tak kena.

a) Pendaftaran di Majlis Agama Islam
Pastikan pasangan telah mendaftar di Majlis Agama Islam tempatan yang terdekat. Selepas pendaftaran, jangan lupa bawa slip atau apa-apa borang pengesahan pendaftaran semasa hari akad nikah berlangsung. Ikuti segala syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh Majlis Agama Islam.

Pernah sekali, pasangan pengantin tak bawa slip pendaftaran semasa hari akad nikah. Terus batal majlis akan nikah. Pengantin dah nagis teresak esak. Mana tak nya, selepas akad nikah terus bersanding. Persiapan semua dah di buat. Kalau tak jadi akad nikah hari ini, tak kan nak akad anjak untuk esok. Kad jemputan semua dah edar. Mustahil nak call semua untuk bagi tahu majlis akad nikah dah dibatalkan atau dianjak ke esokan harinya.

b) Mas Kahwin
Perkara wajib 'Mas Kahwin'.

Harus disediakan oleh pengantin lelaki. Kadang-kadang kalau persediaan tidak di buat, pengantin lelaki ambil duit dalam wallet bagi macam tu je dengan pengantin perempuan. Sah, kalau buat macam tu. Tapi, alangkah elakonya jika mas kahwin di hias cantik.

Jika boleh, letak dalam frame gambar. Jangan pulak letak dalam sampul surat. Selain mas kahwin, cin juga harus dipilih dengan teliti. Dan cara membawa cincin di hari akad juga sama penting nya dengan mas kahwin.

Boleh jer bagi macam tu. Tapi lebih elok dihias cantik agar sedap mata memandang. Fotografer nak ambik gambar pun, nampak cantik kalau dihias cantik.

c) Tempahan Kad Jemputan
Kad jemputan kahwin perlu ditempah awal, selepas penetapan tarikh dilakukan. Dan selepas pengesahan pendaftaran di Majlis Agama Islam.

Mana nak print? 
Bakal pengantin boleh buat dulu kajian pasaran. Kadang-kadang pasangan pengantin tidak merujuk atau tidak bertanya dengan orang yang pengalaman. Jadi dia tempah la kad jemputan dengan syarikat yang bagi caj mahal. Sekurang-kurangnya, kajian pasaran harus dibuat dengan mengambil kira semua aspek. Mungkin 3 syarikat yang print kad jemputan sudah memadai.

Sebelum buat tempahan, perlu tahu berapa ramai tetamu nak di jemput. Senaraikan. Dah ada senarai boleh tempah, kad jemputan seterusnya buat tempahan katering.

d) Tempahan Katering
Kebiasaan nya, bab ni memang memeningkan. Sebab kos paling banyak kat katering. Tak makan besar-besaran bukan majlis kahwin namanya. Haha

Ada kemampuan, boleh lah tempah katering pakej sekali dengan dewan. Kurang berkemampuan, boleh cari katering di kawasan sekitar yang ada rekod baik sebelum nya. Menu-menu kena teliti. 

Namun begitu, selepas semua urusan tempahan katering dilakukan. Jangan lupa, nak remind pihak katering seminggu atau sebulan sebelum majlis. Kadang-kadang orang katering boleh lupa tarikh majlis kita atau terlepas pandang.

Pernah pergi majlis kahwin kawan, katering terlupa tarikh majlis. Masak kelam kabut la jadinya. Nasi mentah, masak pun ala kadar. Akhirnya, majlis suram.

Namun, ada sesetengah tempat terutamanya di kampung kaedah rewang atau gotong royong masih dikekalkan. Dan cara ini meringankan lagi beban pengantin.

e) Tempahan Bridal (Pelamin/Makeup/Baju Pengantin)
Bab ini pun agak memeningkan. Terutamanya pasangan pengantin lelaki. Bab pilih baju, biasanya perempuan lebih arif.

Bila memilih bridal yang sesuai, kalau boleh, cari bridal yang ada pakej semua yang diperlukan. Dari pelamin, baju pengantin dan makeup.

Sebab, kombinasi ketiga-tiga perkara ini boleh menghasilkan sesuatu yang baik. Kalau pelamin orang lain, baju orang lain, makeup orang lain, agak serabai nak urus. Kalau boleh cari 3 in 1. Boleh jer nak ambik lain-lain orang, kalau hasil tak cantik, jangan pulak marah yer.

Yang dah kahwin atau baru sahaja melangsungkan majlis mungkin berpengalaman. Boleh rujuk mereka.

Pemilihan warna pelamin dan baju pengantin haruslah bersesuaian dan kelihata kontra. Supaya pengantin nampak segak dan bergaya dihari persandingan.

Kalau pelamin dah warna hijau, jangan pulak baju pengantin sama warna dengan pelamin. Pelain terbaik ialah pelaimn yang tidak memiliki lebihd ari 3 warna. Jangan terlebih pulak. 

Selain itu, harus juga dikenal pasti bahan-bahan untuk tepung tawar atau majlis merenjis dihari persandingan. Siapa yang sedaikan? Kadang-kadang pihak bridal hanya menyediakan bekas untuk majlis tepung tawar sahaja da isinya perlu disediakan sendiri oleh pihak pengantin. Namun, ada juga bridal menyediakan lengkap semuanya.

Pernah juga terjumpa, majlis persandingan tanpa ada majlis tempung tawar atau merenjis disebabkan miss communication antara pihak bridal dan pengantin.

Juru makeup, pun harus pilih yang terbaik dan bersesuaian dengan harga dan hasil nya. Jangan pulak muka pengantin perempuan mcam penari opera. haha

f) Tempahan Jurufoto / Video
Ini yang paling penting, bergantung dengan kemampuan bakal pengantin.

Seperti biasa, kajian pasaran harus dilakukan. Bandingkan harga degan hasil. Jangan tengok harga murah terus 'close deal'. Kadang-kadang, yang murah tak semestinya bagus. Dan yang bagus tak semestinya murah.

Rajin rajin jenguk instagram, facebook page atau contoh-contoh gambar atau video yang telah di ambil sebelum ini. Bila kali terakhir update di media sosial? Tak kan kita nak deal dengan production yang update photo / video kali terakhir 2 tahun lepas. Mungkin production tersebut tak aktif lagi, atau memang kurang dapat sambutan. Mungkin ada sebab. Mungkin disebabkan final product nya tidak menarik.

Jangan juga kita terpedaya dengan promosi yang luar biasa. Luar biasa seperti harga terlalu murah dari yang lain. Jangan jadi bahan ekperimen bagi production yang menawarkan harga yang terlampau murah.

Untuk photo, kalau dapat album dengan harga di bawah RM1000 itu dah terlampau murah. Dan untuk video, kalau di bawah RM1,500 pun terlalu murah.

Jika pelamin dan baju boleh capai harga RM5K ke atas, kenapa tidak berani untuk ambil production yang terbaik di kawasan kita untuk dapatkan satu hasil yang dapat dilihat sampai bila-bila selagi kita menjaga album yang dihasilkan. Pelamin kan untuk sehari sahaja. Photo / video sampai ke anak cucu insyAllah boleh tengok. Kenangan abadi.

Lebih baik dan terbaik, pilih lah jurufoto / video dari kawasan terdekat bagi megelakkan dikenakan caj pengangkutan dan penginapan.

Apa-apa pun pilihan semasa tempahan, harus di bawa berbincang antra kedua-dua pihak. 

g)Tempahan Pengacara Majlis
Ini juga merupakan satu benda yang wajib ada pada majlis perkahwinan. Jika tidak ada pengacara majlis, comfirm 100% majlis anda akan dirosakan oleh 'makcik bawang' yang banyak aidea dalam kepala.

Ringan-ringankan untuk keluar bajet yang sedikit untuk membayar upah pengacara majlis. Kalau ada bajet lebih, ambil yang ada pengalaman. Kalau kurang, boleh cari yang amatur atau ahli keluarga terdekat. Jangan sebab nak cut budget pengacara majlis di ketepikan.

Ketiadaan pengacara majlis boleh menyebabkan majlis perkahwinan anda jadi majlis karaoke setempat. Pengantin entah ke mana, tetamu sibuk menyanyi. Ini biasa dilihat.

Kesian pengantin, baju dah cantik, pelamin dah terbaik, makeup dah cantik. Pengacara tak ada, majlis jadi huru hara.

Kalau tak karaoke, pengantin akan diserbu oleh sanak saudara atau kawan-kawan untuk bergambar.

Kalau ada pengacara, sudah tentu atucara majlis akan berjalan degan teratur dan tenang. Ada masa untuk majlis tepung tawa, ada juga masa untuk bergambar bersama keluarga dan kawan-kawan.

g) Tempahan Gubahan / Dulang / Door Gift
Ini salah satu keperluan yang harus ada semasa majlis. Kalau nak jimat boleh buat sendiri. Ada bajet lebih boleh buat tempahan.

h) Lain-lain tempahan yang dirasakan perlu
Antara lain-lain tempahan yang perlu seperti bunga telur, barangan hantaran, kompang, team zikir, dan lain-lain.

Kalau ada yang terlepas, maafkan saya. Hehe

Sekian sahaja perkongsian saya untuk persediaan sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Sekurang-kurang nya dalam masa enam bulan sebelum majlis, semua sudah di tempah dan perubahan masih lagi boleh dilakukan. Jangan pulak last minute nak ubah segala bagai.

Di entry seterusnya saya kongsikan, persediaan semasa majlis berlangsung dan selepas majlis.