PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO IKUT JADUAL


KUCHING: Sebanyak 10 daripada keseluruhannya 11 pakej Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak, yang dilaksanakan di bawah konsep Rakan Pelaksana Projek (PDP) adalah mendahului jadual ditetapkan.

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pembinaan lebuh raya itu yang juga antara projek infrastruktur mega di negeri ini, dipantau dari ke semasa ke semasa, malah mendahului tempoh ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan hanya pakej membabitkan jajaran dari Telok Melano, Sematan ke Bandaraya Kuching menghadapi sedikit kelewatan sebelum ini disebabkan isu pemilikan tanah, namun berjaya diselesaikan dan kerja-kerja pembinaan kini berjalan mengikut jadual.

"Kita memantau rapi perkembangan projek ini, malah syarikat pengendali projek, Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) sentiasa mengambil tindakan proaktif menyelesaikan segala kekangan bagi memastikan setiap pakej disiapkan mengikut jadual dirancang.

"Keseluruhannya, Kerajaan Persekutuan melalui kementerian saya berpuas hati dengan perjalanan projek, dengan 10 pakej kerja daripada jumlah keseluruhan pakek berjaya dilaksanakan mendahului jadual," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut ke salah satu tapak pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Batu 15, Jalan Kuching-Serian, di sini petang tadi.

Sementara itu, Fadillah berkata hasil pemantauan pihaknya mendapati berlaku sedikit kelewatan pelaksanaan projek Batu 15, Jalan Kuching Serian, yang sepatutnya sudah mencapai 75 peratus siap.

Katanya, antara faktor kelewatan yang dikenalpasti menimbulkan kekangan itu ialah cabaran untuk mengalihkan kemudahan utiliti berkaitan, selain beberapa masalah teknikal.

"Semua masalah ini dapat diselesaikan dan kita sudah mengerahkan pihak kontraktor untuk mencari jalan bagaimana untuk mempercepatkan pelaksanaan projek," katanya.

Dalam lawatan mengejut beliau, Fadillah turut menegur pihak kontraktor supaya memastikan semua program pengurusan trafik dipatuhi bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya walaupun dalam tempoh pembinaan projek.

"Teguran saya untuk mereka mempertingkatkan sistem kerja. Keseluruhannya, saya boleh katakan agak berpuas hati dengan kerja dilaksanakan pihak kontraktor. Untuk pakej Batu 15, Jalan Kuching-Serian, kita menjangkakan projek ini dapat disiapkan pada April tahun depan," katanya.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya kemudiannya melakukan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Jambatan Batang Samarahan bagi melihat sendiri pelaksanaan projek itu.

"Setakat ini, laporan atas kertas mengatakan projek ini berjalan agak lancar, cuma kami nak melihat sendiri pelaksanaan projek berkenaan," katanya.

TOKO DAGING : VARIASI MASAKAN BARAT KEDUA TERBAIK DI KUCHING!


TOKO DAGING, mungkin ramai yang kenal dan mungkin juga pertama kali anda mendengar perkataan 'TOKO DAGING'.

Kedai makanan yang menyediakan makanan ala barat ini beroperasi di Taman Mawar, Gita, Kuching bermula 6 petang hingga larut malam.

Berdasarkan pengalaman merasi sendiri hidangan yang disediakan di sini, memang padu beb.. 5 bintang memang layak untuk hidangan yang disediakan. Selain itu, komen-komen positif melalui review di facebook juga menunjukkan bahawa semua masakan di sini berada dalam kelas tersendiri.

Dengan harga yang berpatutan dan rasa yang pasti tidak mengecewakan, Toko Daging juga menyediakan menu lain iaitu Mee Kolok Toko.

Banyak tempatlain yang menyediakan menu ala barat yang sama sepeti Toko Daging namun, masakan di sini mempunyai kelas yang tesendiri dan mungkin yang 'kedua' terbak di Kuching. Yang terbaik sekali mungkin ada, tapi setakat ini, saya jumpa Toko Daging.