Ayam Pansuh Sarawak
SEBUT pasal ayam pansuh, sudah pasti ramai yang tahu dan pernah menikmati makanan eksotik tradisional masyarakat Dayak di Sarawak.
Makanan tradisional ini begitu sinonim dengan masyarakat Dayak di Sarawak, iaitu Iban, Bidayuh dan Orang ulu.
Malah masyarakat bukan Dayak termasuk dari Semenanjung dan pelancong dari luar negara pernah mencubanya ketika mengunjungi Sarawak.
Di kalangan masyarakat Iban, makanan yang dimasak di dalam buluh ini disebut ‘ayam pansuh’ atau ‘manok pansuh’, manakala di kalangan masyarakat Bidayuh mereka menyebut ‘syok tanok darum bu-uruk’ atau dalam bahasa Melayu bermaksud ayam masak dalam buluh.
Sama seperti lemang, juadah istimewa itu dimasak di dalam buluh dan dibakar dengan kayu api atau lebih baik di atas bara api.
Sebatang buluh sepanjang satu meter mampu memuatkan seekor ayam yang dipotong dadu bersama ramuan khas yang digunakan bersama masakan tersebut.
Berikut merupakan cara memasak Ayam Pansuh yang dimaksudkan.
Bahan-bahan
500 g ayam, dipotong kecil
1 batang buluh lemang
3 sm halia, dikisar halus
2 ulas bawang putih, dikisar halus
3 sm lengkuas, dikisar halus
1 tangkai batang tepus (sejenis halia liar) , dipotong kecil
2 tangkai serai, dihiris
1 ikat daum kesum, ambil daunnya saja
12 g MAGGI® CukupRasa™
1 ikat daun ubi kayu, ambil daunnya saja
Cara Memasak
1. Sebelum bahan-bahan disediakan, penuhkan buluh dengan air, biarkan selama 30 minit hingga 1 jam untuk mencuci di bahagian dalam dan membantu untuk memudahkan air untuk meresap.
2. Kemudian, masukkan ayam dalam mangkuk bersama halia, bawang putih, lengkuas, serai, tepus, daun kesum, MAGGI® CukupRasa™ dan separuh daun ubi kayu.
3. Juadah ini perlu dimasak di atas dapur api terbuka.
4. Keluarkan air daripada buluh dan masukkan bahan-bahan tadi ke dalam buluh.
5. Lepas semua bahan tersebut telah dimasukkan, letakkan baki daun ubi kayu di atasnya.
6. Biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk pastikan ayam masak sepenuhnya. Apabila air mulai membuak di atas permukaan, maka ayam pun telah masak.
7. Cabut daun ubi kayu daripada permukaan buluh dan tuangkan jusnya ke dalam mangkuk. Kemudian, belah bulu untuk mengeluarkan ayam. Susun di atas pinggan dengan sup.
8. Sedap dimakan dengan nasi Bario dari Sarawak.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment