Apabila kita bekerja dalam sesebuah organisasi, atau syarikat, sudah semestinya kita perlu mengikut segala aturan yang telah ditetapkan, lebih-lebih lagi tugasan yang seharusnya dilakukan oleh kita berdasarkan jawatan yang disandang.
Namun begitu, mungkin ada sedikit masalah yang dihadapi oleh syarikat, atau dari kita sendiri yang mana boleh menyebabkan majikan membuang memecat kita.
Tapi, sekiranya anda berhadapan dengan situasi tersebut, dan ianya adalah satu arahan serta-merta, anda sebenarnya ada hak ke atas pemecatan tersebut.
Menerusi perkongsian dari seorang peguam, iaitu Cik Nor Zabetha, sekiranya anda dibuang kerja dalam tempoh 24 jam tanpa notis, ini adalah hak yang anda boleh tuntut dari majikan.
Mari kita cuba fahami akan hak yang kita ada.
Dibuang dari kerja serta- merta! Apa hak kita?
Memang tidak adil sekiranya dibuang kerja dalam tempoh 24 jam tanpa sebarang notis. Sepatutnya kita diberikan peringatan terlebih dahulu, kita juga ada tanggungan. Tambahan pula, hendak mencari pekerjaan baru teramatlah sukar.
Bolehkah majikan membuang kerja dalam tempoh 24 jam?
Pembuangan kerja 24 jam mungkin dibenarkan dalam kes salah laku yang serius dan mendatangkan mudarat kepada syarikat atau pekerja lain. Contohnya anda menyerang pekerja lain dengan senjata ditempat kerja atau anda membawa dadah ketempat kerja atau anda mencuri barang syarikat.
Dalam keadaan lain, majikan tidak boleh membuang anda sewenang-wenangnya. Majikan perlu terlebih dahulu:
a. Menghantar surat peringatan,
b. Disusuli tunjuk sebab,
c. Disusuli dengan penyiasatan oleh badan siasatan, dan kemudian
d. Sekiranya didapati anda memang layak diberhentikan, barulah anda diberhentikan.
Sekiranya anda dibuang secara salah, anda boleh membawa kes ini ke mahkamah buruh atau jabatan perusahaan sebelum mendapat izin ke mahkamah industri.
Tuntutan di mahkamah industri bagi gaji yang melebihi RM2,000.00 dan anda boleh minta maksimum 24 bulan gaji.
Manakala tuntutan, di Mahkamah buruh bagi gaji kurang dari RM2,000.00 dan berdasarkan perjanjian.
Share untuk manfaat bersama.
No comments:
Post a Comment