6 TIPS PENTING SEBELUM MEMILIH JURUFOTO PERKAHWINAN

Hi bakal pengantin semua! Bagaimana dengan persiapan menuju ke hari perkahwinan? Banyak checklist dah selesai ke belum? Paling penting, anda dan pasangan sudah memilih jurufoto perkahwinan yang diimpikan?

Penting peranan jurufoto atau juruvideo semasa majlis perkahwinan nanti. Penat-penat anda berdua kesana-kemari buat persiapan, pelamin cantik, baju cantik, kasut, hand bouquet, make up dah tip top tapi kalau tiada gambar kenangan mesti tak best! 

1. TENTUKAN LIPUTAN MAJLIS YANG ANDA MAHU


Dalam majlis perkahwinan ada tiga majlis utama dan beberapa majlis sampingan sebagai contoh,
Majlis Utama
– Akad Nikah
– Bersanding

Majlis Sampingan
– Malam Berinai
– Malam Berlulut

Penting untuk anda senaraikan majlis yang menjadi keutamaan liputan jurufoto. Sama ada mahu liputan majlis 
– akad nikah sahaja ; atau (1 Event)
– akad nikah dan sanding (2 Events)

List ini akan memudahkan jurufoto mencadangkan pakej yang sesuai dengan permintaan bakal pengantin.

2. PILIH BAJET YANG SESUAI



Sekiranya anda dah buat keputusan mahukan fotografi majlis akad nikah dan sanding sebagai contoh, pencarian dah lebih mudah kat situ. Cuma fokus kepada vendor yang boleh memberikan servis foto untuk majlis akad nikah dan sanding. Dari segi harga, anda boleh buat survey pada kebanyakan vendor yang ada.

jurufoto perkahwinan terbaik

Contoh, setelah pergi ke 4 – 6 wedding exhibiton, PM berpuluh-puluh brand wedding photography, DM kat instagram lagi, email dan segala macam cara mendapatkan quotation/senarai harga bajet ideal adalah RM 1500 – RM 2500. Ok, kriteria jurufoto idaman anda sudah mula spesifik. Liputan majlis dah tahu, harga pun dah tahu.

3. KENALPASTI JURUFOTO YANG BERHAMPIRAN


Untuk bajet RM 1500 – RM 2500, penting untuk bakal pengantin kecilkan lagi skop pencarian jurufoto kepada kawasan sekitar sahaja. Contoh jika majlis anda di Kuching, jurufoto yang telah “shortlisted” adalah dalam kawasan berhampiran. Mungkin jurufoto dari Kuching sendiri? Kenapa?

Jika anda memilih jurufoto di luar kawasan, surcaj luar kawasan akan dikenakan. Surcaj biasanya meliputi
– Caj perjalanan (minyak)
– Caj penginapan (hotel)

Jurufoto kerap mendapat pertanyaan dari bakal pengantin yang jauh seperti Sibu, Miri dan Bintulu dan harga pakej untuk mereka biasanya lebih RM 450 – RM 700 dari harga asal disebabkan tambahan kos perjanalan dan penginapan.

Tapi, jika anda memang minat sangat pada jurufoto/brand tersebut dan sanggup belanja lebih kenapa pula tidak mencuba? Mungkin itu pelaburan yang akhirnya sangat memuaskan hati anda dan pasangan?

Dah nampak serba sedikit gambaran untuk cara pemilihan jurufoto perkahwinan nanti? Teruskan pembacaan.

4. BANDINGKAN KUALITI HASIL KERJA, PAKEJ DAN HARGA


Kualiti dan hasil kerja adalah perkara yang sangat-sangat penting bila nak cari jurufoto perkahwinan berbanding harga. Sebabnya mudah, gambar kahwin adalah pelaburan 1 kali seumur hidup. Benda sekali inilah yang kekal sampai ke anak cucu nanti.

Pastikan anda lihat dan tahu betul-betul bagaimana hasil kerja photographer idaman anda dan cara mereka bekerja. Elakkan dari membayar booking tanpa ambil masa untuk lihat hasil kerja. Bandingkan vendor-vendor pilihan anda dari segi kualiti, produk akhir, harga, customer service & support. Pastikan team jurufoto anda mampu jalankan tugas dengan lancar.

5. SELIDIK LATAR BELAKANG SYARIKAT PENGURUSAN DAN JENAMA

Pengurusan dalam bisnes fotografi perkahwinan juga sangat penting. Bagi syarikat sepenuh masa yang menjalankan bisnes fotografi perkahwinan mereka sudah lengkap dengan S.O.P (standard operation procedure) kerja, berdaftar dengan SSM, prosedur pembayaran yang jelas, terma penghantaran produk akhir yang jelas dan terma syarat yang terperinci.

Bagi bakal pengantin yang mementingkan dokumentasi, vendor dari syarikat sepenuh masa dalam bisnes fotografi videografi perkahwinan amat sesuai untuk anda memilih syarikat jurufoto yang mempunyai prosedur kerja yang lengkap.

6. BERJUMPA UNTUK LIHAT PRODUK AKHIR DAN HASIL KERJA ONE TO ONE


Akhir sekali, jika betul-betul yakin dengan jurufoto pilihan anda atur temujanji untuk berjumpa. Luang sedikit masa, mereka tentu bersedia menerima kunjungan anda. Pastikan anda melihat apa album yang anda dapat, liputan yang diberikan dan bagaimana cara jurufoto tersebut merakam gambar satu-satu majlis perkahwinan.

Kelebihan apabila berjumpa, anda dapat lebih keserasian dengan team tersebut. Selain itu, banyak perkara yang anda boleh tanya jika ada yang tidak faham. Dari segi jurufoto, mereka sudah tentu berkongsi pengalaman bagaimana hari majlis perkahwinan berlangsung. 

Anda boleh lihat dan rasa sendiri bagaimana bentuk final product atau contoh album yang pernah mereka hasilkan. 

Jika dapat, pilih lah jurufoto yang ada office sendiri. Ini menendakan mereka komited dalam menjalankan tugas dan hasilnya tidaklah cincai.

So, macamana? Dah dapat gambaran cara terbaik untuk memilih jurufoto perkahwinan?