Jambatan Darul Hana yang terletak di tebingan Sungai Sarawak ini dirasmikan pada 11 November 2017 oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taip Mahmud.
Jambatan yang bernilai RM35 Juta itu, melengkapkan lagi keserian bandar raya Kuching yang didiami oleh pelbagai suku kaum, bangsa dan agama. Panjang jambatan ini ialah 335 meter dan disokong oleh dua kabel setinggi 45 meter dari menara keluli dengan kecondongan 48 darjah merentagi Sungai Sarawak.
Berlatarbelakangkan bangunan Astana Negeri dan bagunan Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadikan ianya tempat yang menarik.
Sejak dirasmikan pada November 2017, Jambatan Darul Hana ini dikunjungi oleh seluruh rakyat Negeri Sarawak dari pelbagai latar belakang. Malah Jambatan tersebut juga menjadi daya tarikan perlancongan yang terbaru di Kuching, Sarawak.
Direka khas dengan berbentuk 'S', Jambatan ini menghubungkan Pangkalan Sapi dan tebingan sungai Sarawak. Jambatan ini juga dibuka untuk kegunaan orang awam bermula seawal 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
Jambatan ini dibuka untuk pejalan kaki sahaja dan ianya memudahkan urusan penduduk sekitar untuk membeli barang keperluan harian.
Namun begitu, ada yang merasa gayat apabila berada di atas jambatan berkenaan. Malah, ada yang merasa jambatan berkenaan bergoyang dan ada yang hampir pengsan bila berada di atas jambatan berkenaan.