Showing posts with label Air. Show all posts
Showing posts with label Air. Show all posts

PROGRAM GRID BEKALAN AIR SARAWAK DIJADUAL SIAP 2020


KUCHING : Fasa pertama Program Grid Bekalan Air Sarawak bagi kawasan mengalami masalah bekalan air kritikal, melibatkan 251 projek dijadual siap pada 2020.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata projek berkenaan melibatkan kos keseluruhan RM3.92 bilion dan dianggarkan RM2.8 bilion diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

"Projek-projek ini akan dilaksanakan dan dijadual siap dalam tempoh dua tahun dengan 249 projek dijadual siap pada 2020 dan dua lagi sedikit terlewat.

“Setakat ini, lima projek telah siap dan 24 lagi ketika ini masih dalam pembinaan manakala baki projek di pelbagai peringkat reka bentuk dan tender,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Utiliti pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dr Rundi berkata seiring dengan visi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menyediakan bekalan air berdaya tahan di seluruh negeri menerusi sistem grid bekalan air, perunding telah ditugaskan pada Mei tahun ini untuk melakukan kajian ke atas Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air.

Beliau berkata kajian itu sedang dilakukan dan mengambil masa selama lapan bulan untuk disiapkan disebabkan skop serta perinciannya yang luas.

“Setakat ini, perunding telah menghantar Laporan Awal diikuti Laporan Interim No.1 untuk Kajian Pelan Induk. Mereka telah mengemukakan penemuan dan cadangan awal yang perlu dikaji lebih mendalam.

“Ketika ini mereka sedang menyiapkan Laporan Interim No.2, yang dijangka dikemukakan dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Menurutnya, hasil kajian itu akan digunakan bagi merangka strategi-strategi Pelan Induk untuk memenuhi permintaan bekalan air bagi perancangan jangka pendek, jengka sederhana dan jangka panjang.

Strategi-strategi itu katanya, akan merangkumi pilihan dicadangkan termasuk grid air seluruh negeri, penyelesaian alternatif bekalan air bagi komuniti yang tinggal jauh di pedalaman, pengurusan tadahan air, pengurusan air tiada hasil (NRW) secara holistik, inisiatif pemodenan dan teknologi digital.

Menjelas lanjut mengenai Program Grid Bekalan Air Sarawak di kawasan mengalami masalah air kritikal, Dr Rundi berkata  ia melibatkan lapan komponen utama.

Komponen pertama katanya ialah membangunkan sumber air mentah, membina baharu atau menaik taraf loji rawatan air bagi meningkatkan kapasitinya, pembinaan sistem rangkaian pengagihan bekalan air dan melakukan kerja menaik taraf loji rawatan air sedia ada.

“Komponen kelima program ini ialah melaksanakan kerja mengganti saluran paip lama dengan yang baharu, pengurusan NRW, melaksanakan inisiatif pemodenan bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan air dan melaksanakan Bekalan Air Luar Bandar Alternatif Sarawak (SAWAS) bagi meningkatkan liputan bekalan air luar bandar,” jelasnya.

Beliau berkata SAWAS penting untuk merealisasikan visi Kerajaan Sarawak mencapai liputan 100 peratus bekalan air di Sarawak menjelang 2025.

“Sebagai permulaan, lima pakej telah disiapkan dalam masa 12 bulan menjelang 31 Oktober 2018.

“Sekarang lima pakej ini sedia membekalkan bekalan air dengan selamatnya ke 22 kampung terdiri daripada 572 isi rumah dengan anggaran 2,860 penduduk,” katanya. - Utusan Borneo

RM2.8 BILION BAGI MENGATASI MASALAH BEKALAN AIR BERSIH DI SARAWAK


Penduduk Kampung Pusa mendapatkan bekalan air bersih yang dihantar menggunakan lori.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang berkata Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukan RM2.8 billion bagi mengatasi masalah bekalan air bersih, terutamanya bekalan air di luar bandar.

Setakat ini katanya, empat projek telah siap, 16 projek dalam pembinaan dan selebihnya dalam pelbagai peringkat pelaksanaan termasuk tender.

Antara projek-projek yang telah siap ialah sistem perparitan sementara di Pusa, penambahbaikan sistem penapisan di Loji Rawatan Air Nanga Ngungun dan Kanowit, pertukaran tangki yang bocor di Loji Rawatan Air Nanga Tada dan Loji Rawatan Air di Nanga Sekuau.  - Utusan Borneo

Related post :
MASALAH BEKALAN AIR BERSIH DI PUSA, BERLARUTAN TIADA KESUDAHAN. SAMPAI BILA?

PENDUDUK DI PUSA HIDUP BAGAIKAN DIGURUN YANG KETANDUSAN AIR. SEKARANG SUDAH 2018, BUKAN LAGI 1998.

SESI DIALOG PROJEK NAIK TARAF SISTEM PERPAIPAN BEKALAN AIR KAWASAN PUSA. PENYELESAIAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA MASA PANJANG.

PENDUDUK DI PUSA HIDUP BAGAIKAN DIGURUN YANG KETANDUSAN AIR. SEKARANG SUDAH 2018, BUKAN LAGI 1998.

Penduduk di Kampung Pusa hidup bagaikan digurun yang ketandusan air. Masalah bekalan air ini bukan isu baru. Tahun 2013, kerjaan telah mejanjikan peruntukan jutaan ringgit bagi mengatasi masalah ini. Namun, jutaan ringgit itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang berlarutan sejak sekian lama.

Sekarang sudah 2018, bukan lagi 1998.


Masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama ini belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir malah kian parah  sekarang ini.

Penduduk terpaksa menggunakan apa-apa sahaja sumber air alternatif sama ada dari telaga ataupun sungai untuk kegunaan harian.

Penduduk amat sukar memperoleh air ekoran tekanan air rendah dan tidak sampai ke rumah. Untuk mendapatkan air bersih, penduduk terpaksa menunggu sampai jam 1 pagi untuk menakung air kerana hanya pada ketika itu sahaja ada sedikit air yang mampu sampai ke rumah. Namun, ada masanya air memang tidak sampai langsung walaupun menunggu sehingga 6 pagi.

Kerajaan cuba mengambil jalan pintas bagi menyelesaikan masalah air ini dengan mengedar tong biru kepada penduduk kampung.


Penduduk Kampung Hilir membuat keputusan menggali jalan untuk melakukan penyambungan paip susulan krisis bekalan air yang berterusan. (Baca laporan > MASALAH BEKALAN AIR BERSIH DI PUSA, BERLARUTAN TIADA KESUDAHAN. SAMPAI BILA?)