Showing posts with label Betong. Show all posts
Showing posts with label Betong. Show all posts

TAMBAHAN FERI DAN LANJUTAN MASA OPERASI SEMPENA HARI GAWAI DAN AIDILFITRI 2019


Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menambah bilangan feri dan melanjutkan masa operasi perkhidmatan feri sepanjang tempoh 25 Mei 2019 sehingga 16 Jun 2019 di pengkalan-pengkalan feri di sepanjang laluan jalan pesisir Sarawak bagi menampung jumlah trafik bersempena musim cuti sekolah, perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Pengkalan feri tersebut adalah seperti berikut:

1) Feri Sebuyau/Triso di Bahagian Samarahan dan Betong; 
2) Feri Batang Saribas (Pusa/Beladin) di Bahagian Betong; 
3) Feri Sg. Sian, Bintangor di Bahagian Sarikei;
4) Feri Batang Lawas di Bahagian Limbang; dan
5) Feri Muara Lassa, Feri Batang Paloh dan Feri Kuala Igan di Bahagian Mukah

Masa operasi bagi kelima-lima pengkalan feri berkaitan adalah seperti berikut;

A. Pengkalan Feri Sebuyau/Triso Bahagian Samarahan dan Betong

1. Feri Pertama masa operasi dilanjutkan sehingga 12 tengah malam;

2. Feri Kedua akan dilanjutkan sehingga keesokkan 2 pagi; dan

3. Feri Ketiga akan beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.

B. Pengkalan Feri Batang Saribas (Pusa/Beladin) Bahagian Betong

1. Feri Pertama akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam; dan 
2. Feri Kedua sehingga keesokan 2 pagi.

C. Pengkalan Feri Sungai Sian, Bintangor Bahagian Sarikei

1. Feri Pertama bermula seawal jam 5 pagi dan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam.
2. Feri tambahan kedua juga akan beroperasi sepanjang tempoh ini dari jam 6 pagi sehingga 10 malam.

D. Pengkalan Feri Batang Lawas Bahagian Limbang

1. Feri Pertama dilanjutkan dari 8 malam sehingga 12 tengah malam.
2. Feri tambahan kedua juga akan turut beroperasi di pengkalan ini dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

E. Pengkalan Feri Muara Lassa, Batang Paloh dan Kuala Igan Bahagian Mukah

1. Feri Pertama dan Feri Kedua akan dilanjutkan masa operasi sehingga 12 tengah malam. Sepanjang tempoh ini, pertambahan satu lagi feri, iaitu
2. Feri Ketiga akan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

Langkah ini diambil bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak menggunakan perkhidmatan feri. Langkah ini juga dilihat mampu mengurangkan masa menunggu di pengkalan feri ini pada waktu puncak iaitu ketika musim perayaan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri serta musim cuti sekolah.

Pengguna-penguna jalan raya yang menggunakan perkhidmatan feri di seluruh Sarawak dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan feri dan memberi kerjasama supaya tidak memotong barisan serta mengikut arahan krew feri yang bertugas terutama semasa kenderaan keluar masuk feri.

Juga diingatkan bahawa, hanya pemandu sahaja dibenarkan berada di dalam kenderaan dengan cermin dibuka sepenuhnya manakala semua penumpang lain tidak dibenarkan berada di dalam kenderaan masing-masing ketika feri sedang bergerak. Ketika kenderaan berada di dalam feri, enjin hendaklah dimatikan, brek tangan ditarik dengan ketat dan pengguna dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap lokasi alat bantuan kecemasan seperti jaket, pelampung dan rakit keselamatan.

PELIK TAPI BENAR. NELAYAN HILANG 3 HARI DILAUT DIHANTAR PULANG OLEH ORANG BUNIAN?


24 Oktober lalu seorang nelayan dari Kampung Hilir Pusa, Betong terjatuh ke laut dari kapal menangkap ikan di perairan Bintulu (35 batu nautika dari Tanjung Kidurong) kira-kira jam 9.15 malam.

Setelah 3 hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malayisa (APMM), mangsa yang dikenali sebgai Hamden Dandan berumur 41 tahun dijumpai oleh oleh Jeragan Anai dan krewnya (Pantai ABF) di kejauhan 38 batu nautika atau lebih tepat Pelantar Minyak Pemanis pada pukul 5.15 ptg 27 Oktober.

Yang peliknya, mangsa dijumpai berada diatas Pelantar Minyak Pemanis yang dikatakan tidak digunakan lagi sejak sekian lama. Dan yang peliknya lagi mangsa di berada di atas pelantar minyak yang mustahil untuk dinaiki begitu sahaja tanpa menggunakan bot atau kapal.

Ada yang mengatakan mangsa dihantar oleh orang bunian balik. Pelik tapi benar. 

Setelah beberapa hari berada di Hospital Bintulu, mangsa di bawa pulang ke kampung halaman dan beberapa kali 'diganggu'.

Semoga semuanya baik-baik saja.

Info gambar : Bintulu News

RM2.8 BILION BAGI MENGATASI MASALAH BEKALAN AIR BERSIH DI SARAWAK


Penduduk Kampung Pusa mendapatkan bekalan air bersih yang dihantar menggunakan lori.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang berkata Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukan RM2.8 billion bagi mengatasi masalah bekalan air bersih, terutamanya bekalan air di luar bandar.

Setakat ini katanya, empat projek telah siap, 16 projek dalam pembinaan dan selebihnya dalam pelbagai peringkat pelaksanaan termasuk tender.

Antara projek-projek yang telah siap ialah sistem perparitan sementara di Pusa, penambahbaikan sistem penapisan di Loji Rawatan Air Nanga Ngungun dan Kanowit, pertukaran tangki yang bocor di Loji Rawatan Air Nanga Tada dan Loji Rawatan Air di Nanga Sekuau.  - Utusan Borneo

Related post :
MASALAH BEKALAN AIR BERSIH DI PUSA, BERLARUTAN TIADA KESUDAHAN. SAMPAI BILA?

PENDUDUK DI PUSA HIDUP BAGAIKAN DIGURUN YANG KETANDUSAN AIR. SEKARANG SUDAH 2018, BUKAN LAGI 1998.

SESI DIALOG PROJEK NAIK TARAF SISTEM PERPAIPAN BEKALAN AIR KAWASAN PUSA. PENYELESAIAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA MASA PANJANG.

SESI DIALOG PROJEK NAIK TARAF SISTEM PERPAIPAN BEKALAN AIR KAWASAN PUSA. PENYELESAIAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA MASA PANJANG.


Booster di Loji Pusa akan dipasang sebagai penyelesaian jangka masa pendek masalah bekalan air bersih di sekitar pusa.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Utiliti Dato Sri Stephen Rundi Uthom ketika Sesi Dialog Projek Naik Taraf Sistem Perpaipan Bekalan Air Kawasan Pusa DUN N.29 Beting Maro pada 20 April 2018 yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Pusa. Program ini dimulakan dengan pembentangan projek bekalan air bersih daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak sebelum sesi dialog bersama penduduk tempatan.

Projek penyelesaian bagi jangka masa panjang bagi mengatasi masalah ini akan disiapkan dalam masa 12 bulan untuk disiapkan sepenuhnya. Projek ini membabitkan penukaran paip-paip lama kepada paip baru, aturan semula saluran perpaipan, penyediaan tangki simpanan baru dan menyalurkan tenaga bagi meningkatkan tekanan air yang rendah.

Sesi dialog ini turut dihadiri oleh Dato' Sri Rohani Abdul Karim (Ahli Parlimen Batang Lupar), Datuk Liwan Lagang (Menteri Muda Bekalan Air), Razaili Gapor (ADUN Beting Maro), Datuk Alice Jawan (TSetiausa Tetap, Kementerian Utiliti Sarawak), Chang Kuet Shian (Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak) dan Bujang Budin (Pegawai Daerah Pusa).

Januari lalu, penduduk di Kampung Pusa mengadu berkenaan masalah bekalan air bersih ini. Baca artikel berkenanan aduan penduduk ini. (klik Sini)

PENDUDUK DI PUSA HIDUP BAGAIKAN DIGURUN YANG KETANDUSAN AIR. SEKARANG SUDAH 2018, BUKAN LAGI 1998.

Penduduk di Kampung Pusa hidup bagaikan digurun yang ketandusan air. Masalah bekalan air ini bukan isu baru. Tahun 2013, kerjaan telah mejanjikan peruntukan jutaan ringgit bagi mengatasi masalah ini. Namun, jutaan ringgit itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang berlarutan sejak sekian lama.

Sekarang sudah 2018, bukan lagi 1998.


Masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama ini belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir malah kian parah  sekarang ini.

Penduduk terpaksa menggunakan apa-apa sahaja sumber air alternatif sama ada dari telaga ataupun sungai untuk kegunaan harian.

Penduduk amat sukar memperoleh air ekoran tekanan air rendah dan tidak sampai ke rumah. Untuk mendapatkan air bersih, penduduk terpaksa menunggu sampai jam 1 pagi untuk menakung air kerana hanya pada ketika itu sahaja ada sedikit air yang mampu sampai ke rumah. Namun, ada masanya air memang tidak sampai langsung walaupun menunggu sehingga 6 pagi.

Kerajaan cuba mengambil jalan pintas bagi menyelesaikan masalah air ini dengan mengedar tong biru kepada penduduk kampung.


Penduduk Kampung Hilir membuat keputusan menggali jalan untuk melakukan penyambungan paip susulan krisis bekalan air yang berterusan. (Baca laporan > MASALAH BEKALAN AIR BERSIH DI PUSA, BERLARUTAN TIADA KESUDAHAN. SAMPAI BILA?)

MASALAH BEKALAN AIR BERSIH DI PUSA, BERLARUTAN TIADA KESUDAHAN. SAMPAI BILA?


Penduduk Kampung Hilir, Pusa dekat sini membuat keputusan menggali jalan untuk melakukan penyambungan paip susulan krisis bekalan air yang berterusan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Kemajua Melayu Saribas (PERKEMAS) Zon Pusa Abdul Ghani Ayup berkata, langkah tersebut terpaksa diambil oleh penduduk susulan ketiadaan air.

Penduduk kampung perlu membeli air daripada jiran mereka dengan harga RM1 atau RM1.50 setiap dram bagi tujuan memasak ekoran kekurangan air susulan tekanan rendah disebabkan sistem perpaipan yang teruk.

Pengerusi PERKEMAS sebelum ini telah menulis surat rasmi kepada pihak berkuasa berkaitan mengenai masalah itu tetapi tiada jawapan.

Air Luar Bandar telah di hubungi mengenai masalah ini banyak kali tetapi mereka seperti tidak mempunyai penyelesaian.

Sumber : Utusan Borneo

KESEDAPAN IKAN TERUBUK SARAWAK MEMBUATKAN ANDA AKAN DATANG UNTUK KALI KE DUA KE SARAWAK, KERANA .....


Popularitinya seperti selebriti dan tidak lekang di bibir pelancong yang pernah menjejakkan kaki ke Sarawak Bumi Kenyalang.

Dikenali sebagai ikan pelancong, terubok Sarawak sudah sinonim sebagai ikon pelancongan di sebalik cerita duka spesis hampir pupus itu.

Di Sarawak terdapat dua jenis Ikan Terubuk ;
1. Terubuk Laut (Tenualosa Macrura) : Bermulut kecil, siaz kecil, bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk.

2. Terubuk Sungai (Tenualosa Toli) : Bermulut besar dan panjang.

Ikan Terubok Masin Sarawak

Terubok ini hanya terdapat di sungai-sungai utama di Sarawak iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Lassa. Manakala bagi terubok bermulut kecil T. macrura, yang kurang diminati, kebanyakkanya terdapat di persisiran perairan pantai Sarawak terutamanya di persisiran perairan hutan bakau dari Tg. Datu ke Tg. Sirik.

Ikan terubuk atau Nama saintifik: Tenualosa macrura adalah sejenis ikan pelagik yang hidup di perairan Selat Melaka, Selatan Borneo dan Teluk Bengal.
Ikan terubuk banyak sub spisesnye. Ikan terubuk Sarawak adalah lebih kecil daripada Terubuk yang ada diperairan Indonesia.

Percaya atau tidak satu spesis Terubuk akan mula mengawan pada musim monsoon di kawasan Teluk dan akan bertelur di hulu sungai yang berair tawar.

Fenomena ini berlaku di Bangladesh apabila selepas musim monsoon (banjir) penduduk bangladesh akan menangkap ikan terubuk di kawasan2 sawah dan sungai-sungai air tawar.

Di Sarawak, ikan terubuk mempunyai tiga jenis iaitu terubuk sungai, terubuk laut dan terubuk yang diimport dari Bangladesh, Myanmar dan India. Keseluruhannya, terdapat 30 jenis spesis ikan terubuk yang terdapat di seluruh dunia. Ikan terubuk tropika ialah yang dikenali dengan nama saintifiknya Tenualosa. Daripada jumlah itu, lima daripadanya ialah jenis ikan terubuk alam rumpun Tenualosa iaitu Tenualosa iliasa, Tenualosa macrura, Tenualosa reeveesii dan Tenualosa toli.

Kesemua jenis Temualosa toli merupakan terubuk laut. Bagaimanakah membezakan terubuk sungai dengan terubuk laut? Terubuk sungai lazimnya bersaiz pendek, gemuk, mempunyai ekor yang pendek dan harganya lebih mahal daripada terubuk laut. Kebanyakan terubuk yang dijual di beberapa pasar basah di Sarawak khususnya di Pasar Satok merupakan terubuk import atau terubuk laut. Populasi terubuk sungai Sarawak semakin merosot dan akan pupus dalam masa terdekat jika tiada langkah pemuliharaan dilakukan dengan segera."

Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.
Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.

Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lupar (Lingga dan Sebuyau dalam Bahagian Sri Aman), selain di Sungai Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam di Bahagian Betong) dan Sungai Lassa (Teba’ang dan Daro di Bahagian Mukah).

Bagaimanapun, berbeza dengan mudahnya terubuk itu dibeli, hakikatnya, terubuk tempatan kian terhad dan sukar diperoleh yang disebabkan usaha kerajaan mengawal tangkapan ikan yang kian pupus dengan mengehadkan kegiatan menangkap ikan terubuk. Semua ini demi membolehkan spesies ini membiak.

Biarpun bilangannya terhad, ramai peraih yang masuk ke kawasan berkenaan setiap kali musim terubuk untuk membeli bekalan yang terhad itu secara borong dan mengeksportnya ke luar negara terutama Singapura.

Tidak hairanlah harga ikan terubuk tempatan bertelur kini boleh mencecah antara RM36 hingga RM45 sekilogram berbanding sekitar RM28 sekilogram satu ketika dulu. Terubuk masin tempatan atau lebih dikenali sebagai ‘terubuk masin local’ di kalangan pembeli pula dijual pada harga RM18 seekor berbanding RM8 seekor untuk saiz sama bagi ikan terubuk import.

Ramai yang mungkin tidak sedar kebanyakan ikan terubuk masin yang dijual di kawasan Pasar Satok di Kuching itu diimport dari India dan Myanmar dengan jumlah pengusaha yang menjual ikan terubuk kini berjumlah 14 orang, dibantu lebih 100 pekerja.

Pengasas penjualan ikan terubuk masin di Sarawak, Ibrahim Mohd Sahari, 49, dari Jalan Muhibbah, Kuching, berkata mereka terpaksa membeli ikan terubuk yang diimport dari India dan Myanmar daripada pembekal.

Kawasan Tangkapan Terubok


Terubuk laut didapati banyak di persisiran pantai dari Tanjung Datu hingga ke Tanjung Sirik. Manakala terubuk Sarawak di perairan muara sungai seperti Batang (sungai) Lupar, di Sri Aman, Batang Lassa di Mukah, Batang Sadong di Samarahan dan Batang Saribas di Betong.

Tanjung DatuTerubok merupakan ikan pelagic di dalam famili “Clupeidae”. Penentuan jantina ikan terubok hanya dapat dkenal pasti apabila menjangkau dalam usia dua tahun dan bertelur(bergravid). Mengikut kajian Jabatan Perikanan laut Sarawak T. Toli mulai bertelur dari bulan September hingga Oktober dan berkurangan pada bulan November. Walaubagaimanapun, ikan terubok banyak memasuki sungai dari bulan April hingga bulan Oktober.

Musim Ikan terubok

Musim ikan terubok bermula agak lambat tetapi pendek (Jun hingga Oktober) bagi kawasan Btg. Lupar, manakala bagi Btg. Lassa pula, musimnya berpanjangan selama 6 bulan (April hingga November) (Willmann, et al., 1989 dan Albert, 1988). Faktor ini disebabkan perpindahan (migratory) terubok berbeza antara Btg. Lupar dan Btg. Lassa.

Biologi

Terubok jantan didapati dalam ukuran panjang (fork length/FL) 12.8-34.0 cm, manakala betina ialah dari 14-46.2cm dan mempunyai purata berat 178.2g dan 533.9g masing-masing. Ini menunjukkan bahawa ikan jantan adalah kecil berbanding dengan ikan betina. Kajian ini mendapati terubok boleh membesar sehingga 58 cm atau fork length.

Gambarajah diatas menunjukkan kadar berat ikan terubok bagi setiap bahagian/daerah di seluruh negeri Sarawak.

Empirit adalah anak terubok dan mempunyai ukuran panjang (FL) lebih kurang 29cm merupakan kematangan peringkat pertama bagi terubok. Ketika berusia bawah setahun, ikan yang banyak tulang ini dikenali sebagai empirit oleh penduduk tempatan.

Oleh itu, emperit dijual dengan harga yang murah dan emperit ini mempunyai banyak tulang. Bagi sesiapa yang ingin membeli ikan terubok masin pastikan!!!!! Anda membeli ikan terubok masin yang telah matang (dewasa).

Kebanyakkan pengguna hanya membeli ikan terubok masin di pasaran hanya kerana ianya dinamakan ikan terubok masin. Anda juga perlu bijak memilih ikan terubok masin asli dari sarawak.. Anda juga perlu bijak mengenalpasti yang mana empirit dan yang mana terubok matang.

Tidak semua yang tahu mengenai ini…hanya tengok ikan terubok masin lalu beli…. Sebagai pengguna anda harus mengetahui hak anda sebagai pengguna.. Selidik dahulu….

Tapi bagaimana hendak mengetahui bentuk ikan terubok dewasa dan empirit Saya lihat semua ikan terubok masin sama saja ???

Empirit banyak didapati pada permulaan musim dan dipenghujung musim terubok. Purata bilangan telur dalam ovari ikan terubok betina adalah lebih kurang 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian menjadi matang sebagai yang dikenali sebagai terubuk dan bergantung kepada saiz ikan tersebut. Proses peneluran ini berlaku hanya sekali dalam setahun iaitu dari bulan Jun hingga Oktober.

Terubok banyak ditangkap di muara sungai apabila terdapat tahap kemasinan yang agak rendah. Keadaan ini juga ada mempunyai kaitan dengan jumlah hujan dari hulu sungai.

Terubok di Sarawak hanya dapat ditentukan jantinanya apabila menjangkau usia dua tahun dan bertelur. Sebelum tempoh itu, ketika berusia bawah setahun, ikan banyak tulang berkenaan dikenali sebagai empirit di kalangan penduduk tempatan. Saiznya sekitar 27 sentimeter panjang.

Mengikut kajian Commonwealth Scientific & Industrial Research Organisation (CSIRO Australia), Ikan terubok mempunyai sejarah putaran kehidupan yang sangat komplek dan ikan ini akan betukar jantina (protandrous hermaphrodite) and hanya hidup diantara 2 hingga 3 tahun.

Seekor terubuk yang berusia dua tahun, mampu menghasilkan antara 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian matang sebagai terubuk.


Untuk engetahun anda, oleh kerana Ikan Terubok ini popular di sekitar daerah Pusa, replika Ikan Terubok telah di bina di pekan kecik Pusa.