Showing posts with label Bomba. Show all posts
Showing posts with label Bomba. Show all posts

SAR MANGSA SERANGAN BUAYA DIHENTIKAN

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Azyan Azhar,29, yang dilaporkan hilang dibaham buaya di sungai Kampung Meranek ditamatkan susulan penemuan sebahagian daripada mayat dipercayai milik mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat iaitu sebahagian penuh paha hingga pergelangan kaki kanan itu ditemui kira-kira 7.5 kilometer (km) dari lokasi mangsa diserang.

"Pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini ditingkatkan kepada radius 15km di hulu dan hilir kawasan tempat kejadian dan tempat pakaian mangsa dijumpai.

"Pada jam 12.05, pasukan SAR berjaya menjumpa sebahagian penuh paha hingga pergelangan kaki kanan di muara Sungai Samarahan iaitu 15km dari Pusat Kawalan Bomba dan 7.5km dari lokasi mangsa diserang buaya.

"SAR ditamatkan pada jam 1.45 petang selepas pihak keluarga mangsa mengambil keputusan menyakini bahawa penemuan tersebut adalah milik anaknya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebahagian mayat mangsa yang ditemui itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Hadir sama di lokasi kejadian ialah Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang.

Mangsa pada 12 Januari lalu bersama bapanya telah pergi ke Sungai Meranek untuk menarik pukat udang pada jam 3.45 pagi.

Dalam kejadian tersebut mangsa dikatakan disambar buaya dan terus hilang ke dalam sungai.

LapOran berhubung kejadian telah dibuat oleh keluarga mangsa dan operasi SAR terus dilancarkan selepas itu.

DUA BOT EKSPRES DI SIBU TERBAKAR


SIBU : Insiden membabitkan dua buah bot Ekspres terbakar telah, berlaku di Terminal Ekspres Sibu, pagi tadi. 

Kejadian bermula dari kebakaran bot penumpang pertama yang telah memusnahkan 100% bahagian luar dan dalam bot, manakala kebakaran kedua berlaku melibatkan bot ekspres kedua yang terbakar di bahagian enjin belakang bot berkenaan. 

Sewaktu kebakaran, tiada penumpang yang berada di dalam kedua-dua bot berkenaan. Kebakaran telah berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya oleh Pihak Bomba dengan bantuan dari pihak Lembaga Sungai Sarawak. 

Punca kebakaran, masih dalam siasatan.