Showing posts with label Buaya. Show all posts
Showing posts with label Buaya. Show all posts

SEORANG LELAKI DISAMBAR BUAYA DI KAMPUNG MERANEK, SAMARAHAN

Seorang lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia setelah disambar buaya di Kampung Meranek, Samarahan. Mangsa telah turun ke sungai bersama bapanya pada awal subuh 12 Januari untuk menarik pukat. Namun demikian, mangsa telah disambar buaya dan bapanya segera pulang ke rumah untuk memberitahu perkara tersebut.

Melalui Operasi Mencari dan Menyelamat (SARS) yang dilakukan oleh pasukan bomba pada 14 Januari, mereka menemui sebahagian besar paha hingga ke pergelangan kaki kanan di Muara Sungai Samarahan iaitu kira-kira 7.5 km dari mangsa diserang buaya. Anggota badan tersebut dipercayai milik lelaki berkenaan setelah disahkan oleh ahli keluarganya.

SAR MANGSA SERANGAN BUAYA DIHENTIKAN

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Azyan Azhar,29, yang dilaporkan hilang dibaham buaya di sungai Kampung Meranek ditamatkan susulan penemuan sebahagian daripada mayat dipercayai milik mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat iaitu sebahagian penuh paha hingga pergelangan kaki kanan itu ditemui kira-kira 7.5 kilometer (km) dari lokasi mangsa diserang.

"Pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini ditingkatkan kepada radius 15km di hulu dan hilir kawasan tempat kejadian dan tempat pakaian mangsa dijumpai.

"Pada jam 12.05, pasukan SAR berjaya menjumpa sebahagian penuh paha hingga pergelangan kaki kanan di muara Sungai Samarahan iaitu 15km dari Pusat Kawalan Bomba dan 7.5km dari lokasi mangsa diserang buaya.

"SAR ditamatkan pada jam 1.45 petang selepas pihak keluarga mangsa mengambil keputusan menyakini bahawa penemuan tersebut adalah milik anaknya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebahagian mayat mangsa yang ditemui itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Hadir sama di lokasi kejadian ialah Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang.

Mangsa pada 12 Januari lalu bersama bapanya telah pergi ke Sungai Meranek untuk menarik pukat udang pada jam 3.45 pagi.

Dalam kejadian tersebut mangsa dikatakan disambar buaya dan terus hilang ke dalam sungai.

LapOran berhubung kejadian telah dibuat oleh keluarga mangsa dan operasi SAR terus dilancarkan selepas itu.

GEMPAR! BUAYA DITEMUI DITEBING SUNGAI!





Penduduk Kampung Kalok, Pusa, Betong, Sarawak gempar apabila menemui bangkai seekor buaya terdampar di teping sungai petang semalam. 

Penemuan bangkai buaya tersebut menimbulkan persoalan dan tanda tanya, ekoran tragedi serangan buaya yang telah berlaku beberapa bulan lepas.

Walau bagaimanapun, punca sebenar kematian buaya berkenaan belum dikenal pasti.

Sumber : I Love Pusa