Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

BANJIR 2021 : REMAJA DIHANYUTKAN ARUS DERAS DI KUBAH RIA

Kejadian berlau pada 14 Januari 2021. Sepasang lelaki dan wanita terjatuh ke dalam Sungai Sarawak berdekatan Kubah Ria semalam. Salah seorang mangsa iaitu wanita berusia 27 tahun berjaya diselamatkan oleh pekerja kapal yang kebetulan berada di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, seorang lagi mangsa iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun masih belum ditemui dan dikhuatiri lemas. Sehingga ke hari, operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba masih giat dilakukan.

Mayat mangsa telah dijumpai pada tengah hari 16 Januari 2021.

Al-Fatihah buat mangsa.

SEORANG LELAKI DISAMBAR BUAYA DI KAMPUNG MERANEK, SAMARAHAN

Seorang lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia setelah disambar buaya di Kampung Meranek, Samarahan. Mangsa telah turun ke sungai bersama bapanya pada awal subuh 12 Januari untuk menarik pukat. Namun demikian, mangsa telah disambar buaya dan bapanya segera pulang ke rumah untuk memberitahu perkara tersebut.

Melalui Operasi Mencari dan Menyelamat (SARS) yang dilakukan oleh pasukan bomba pada 14 Januari, mereka menemui sebahagian besar paha hingga ke pergelangan kaki kanan di Muara Sungai Samarahan iaitu kira-kira 7.5 km dari mangsa diserang buaya. Anggota badan tersebut dipercayai milik lelaki berkenaan setelah disahkan oleh ahli keluarganya.

SAR MANGSA SERANGAN BUAYA DIHENTIKAN

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Azyan Azhar,29, yang dilaporkan hilang dibaham buaya di sungai Kampung Meranek ditamatkan susulan penemuan sebahagian daripada mayat dipercayai milik mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat iaitu sebahagian penuh paha hingga pergelangan kaki kanan itu ditemui kira-kira 7.5 kilometer (km) dari lokasi mangsa diserang.

"Pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini ditingkatkan kepada radius 15km di hulu dan hilir kawasan tempat kejadian dan tempat pakaian mangsa dijumpai.

"Pada jam 12.05, pasukan SAR berjaya menjumpa sebahagian penuh paha hingga pergelangan kaki kanan di muara Sungai Samarahan iaitu 15km dari Pusat Kawalan Bomba dan 7.5km dari lokasi mangsa diserang buaya.

"SAR ditamatkan pada jam 1.45 petang selepas pihak keluarga mangsa mengambil keputusan menyakini bahawa penemuan tersebut adalah milik anaknya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebahagian mayat mangsa yang ditemui itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Hadir sama di lokasi kejadian ialah Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang.

Mangsa pada 12 Januari lalu bersama bapanya telah pergi ke Sungai Meranek untuk menarik pukat udang pada jam 3.45 pagi.

Dalam kejadian tersebut mangsa dikatakan disambar buaya dan terus hilang ke dalam sungai.

LapOran berhubung kejadian telah dibuat oleh keluarga mangsa dan operasi SAR terus dilancarkan selepas itu.

SEDAR ANAK HILANG SELEPAS VIRALK DI MEDIA SOSIAL

KOTA SAMARAHAN - Dalam kejadian pada 3 Januari 2021 tersebut seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, seorang bapa baru menyedari kehilangan anaknya setelah melihat gambar anaknya tular di media sosial. Dalam masa yang sama, kanak-kanak tersebut ditemui merayau seorang diri oleh pasukan peronda MPV IPD Kota Samarahan. Pihak polis membawa kanak-kanak tersebut ke balai polis dan menerima panggilan daripada bapanya sejurus selepas itu.

Menurut bapanya, beliau membaiki rumah di tingkat atas dan anaknya berada di tingkat bawah untuk menonton televisyen. Namun demikian, semasa beliau turun ke tingkat bawah, anaknya tidak kelihatan namun menganggap bahawa kanak-kanak tersebut mengikut ibunya membersih rumah di tempat lain.

BAYI BERUSIA 6 BULAN ANTARA MANGSA KEMALANGAN SEKELUARGA DI PENGKALAN FERI TRISO SEBUYAU, SIMUNJAN.

1 Januari 2021, Hari Jumaat. Petang tadi gempar di Pengkalan feri Triso apabila sebuah Kereta Penumpang pacuan empat roda yang dinaiki sebuah keluarga terjunam ke dalam air di Pengkalan Feri Triso Sebuyau yang terletak di Muara Sungai Batang Lupar. Menurut info dari saksi kejadian di lokasi mengatakan seoarng bayi yang dipercayai berusia dalam lingkungan 6 bulan merupakan antara mangsa yang meninggal dunia.

Merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Amansyah kejadian yang berlaku pada jam 3.15 petang tadi adalah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai gagal dikawal dan tergelincir dari feri yang sedang menyeberangi sungai Triso. Kenderaan yang dinaiki oleh sekeluarga itu telah menjunam ke dalam sungai yang  dimana kedalaman di lokasi kejadian adalah kurang empat meter dari tebing sungai.

Orang ramai yang menyedari kejadian telah bergegas ke lokasi kejadian untuk dan bertindak pantas untuk menarik kesemua mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan dengan bantuan operator feri.

Selain itu terdapat sumber lain mengatakan bahawa mangsa - mangsa yang meninggal berasal dari Kapit Sarawak. Kesemua mangsan dipercayai berusia 4 bulan hingga 36 tahun.

Pemandu hilux (Wanita,) yang  meninggal dunia di sungai Pangkalan Feri Triso adalah seorang mualaf. Hajatnya adalah untuk menghantar anaknya pergi belajar tahfiz. Sangat menyedihkan kesemua mereka anak beranak lemas di dalam hilux tersebut.  Allahu.. Syurga menanti..Al fatihah

MAKLUMAT MANGSA

1.Siti Aisha Abdullah - 36 tahun / Perempuan

2.Mohd Ahmad bin Mohd Hamdan - 4 bulan / Bayi Lelaki

3.Muhd Mustaqim bin Mohd. Hamdan - 5 tahun / Lelaki

4.Mohd Aiman bin Mohd Hamdan - 7 tahun / Lelaki

5.Ronany Ting - 33 tahun / Perempuan (Pemandu)

6.Wallace Phang - 7 tahun / Lelaki

7.Alvin Phang - 12 tahun / Lelaki

8.Khairunnisa binti Muhamad - 14 tahun / Perempuan

9.Nor Shuhada ninti Mohamad - 16 tahun / Perempuan

Kita sama sama doakan semoga mengsa - mangsa ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Alfatihah buat mangsa - mangsa yang terkorban.









PELIK TAPI BENAR. NELAYAN HILANG 3 HARI DILAUT DIHANTAR PULANG OLEH ORANG BUNIAN?


24 Oktober lalu seorang nelayan dari Kampung Hilir Pusa, Betong terjatuh ke laut dari kapal menangkap ikan di perairan Bintulu (35 batu nautika dari Tanjung Kidurong) kira-kira jam 9.15 malam.

Setelah 3 hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malayisa (APMM), mangsa yang dikenali sebgai Hamden Dandan berumur 41 tahun dijumpai oleh oleh Jeragan Anai dan krewnya (Pantai ABF) di kejauhan 38 batu nautika atau lebih tepat Pelantar Minyak Pemanis pada pukul 5.15 ptg 27 Oktober.

Yang peliknya, mangsa dijumpai berada diatas Pelantar Minyak Pemanis yang dikatakan tidak digunakan lagi sejak sekian lama. Dan yang peliknya lagi mangsa di berada di atas pelantar minyak yang mustahil untuk dinaiki begitu sahaja tanpa menggunakan bot atau kapal.

Ada yang mengatakan mangsa dihantar oleh orang bunian balik. Pelik tapi benar. 

Setelah beberapa hari berada di Hospital Bintulu, mangsa di bawa pulang ke kampung halaman dan beberapa kali 'diganggu'.

Semoga semuanya baik-baik saja.

Info gambar : Bintulu News