Showing posts with label Dalam Negeri. Show all posts
Showing posts with label Dalam Negeri. Show all posts

TAMBAHAN FERI DAN LANJUTAN MASA OPERASI SEMPENA HARI GAWAI DAN AIDILFITRI 2019


Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menambah bilangan feri dan melanjutkan masa operasi perkhidmatan feri sepanjang tempoh 25 Mei 2019 sehingga 16 Jun 2019 di pengkalan-pengkalan feri di sepanjang laluan jalan pesisir Sarawak bagi menampung jumlah trafik bersempena musim cuti sekolah, perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Pengkalan feri tersebut adalah seperti berikut:

1) Feri Sebuyau/Triso di Bahagian Samarahan dan Betong; 
2) Feri Batang Saribas (Pusa/Beladin) di Bahagian Betong; 
3) Feri Sg. Sian, Bintangor di Bahagian Sarikei;
4) Feri Batang Lawas di Bahagian Limbang; dan
5) Feri Muara Lassa, Feri Batang Paloh dan Feri Kuala Igan di Bahagian Mukah

Masa operasi bagi kelima-lima pengkalan feri berkaitan adalah seperti berikut;

A. Pengkalan Feri Sebuyau/Triso Bahagian Samarahan dan Betong

1. Feri Pertama masa operasi dilanjutkan sehingga 12 tengah malam;

2. Feri Kedua akan dilanjutkan sehingga keesokkan 2 pagi; dan

3. Feri Ketiga akan beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.

B. Pengkalan Feri Batang Saribas (Pusa/Beladin) Bahagian Betong

1. Feri Pertama akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam; dan 
2. Feri Kedua sehingga keesokan 2 pagi.

C. Pengkalan Feri Sungai Sian, Bintangor Bahagian Sarikei

1. Feri Pertama bermula seawal jam 5 pagi dan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam.
2. Feri tambahan kedua juga akan beroperasi sepanjang tempoh ini dari jam 6 pagi sehingga 10 malam.

D. Pengkalan Feri Batang Lawas Bahagian Limbang

1. Feri Pertama dilanjutkan dari 8 malam sehingga 12 tengah malam.
2. Feri tambahan kedua juga akan turut beroperasi di pengkalan ini dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

E. Pengkalan Feri Muara Lassa, Batang Paloh dan Kuala Igan Bahagian Mukah

1. Feri Pertama dan Feri Kedua akan dilanjutkan masa operasi sehingga 12 tengah malam. Sepanjang tempoh ini, pertambahan satu lagi feri, iaitu
2. Feri Ketiga akan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

Langkah ini diambil bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak menggunakan perkhidmatan feri. Langkah ini juga dilihat mampu mengurangkan masa menunggu di pengkalan feri ini pada waktu puncak iaitu ketika musim perayaan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri serta musim cuti sekolah.

Pengguna-penguna jalan raya yang menggunakan perkhidmatan feri di seluruh Sarawak dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan feri dan memberi kerjasama supaya tidak memotong barisan serta mengikut arahan krew feri yang bertugas terutama semasa kenderaan keluar masuk feri.

Juga diingatkan bahawa, hanya pemandu sahaja dibenarkan berada di dalam kenderaan dengan cermin dibuka sepenuhnya manakala semua penumpang lain tidak dibenarkan berada di dalam kenderaan masing-masing ketika feri sedang bergerak. Ketika kenderaan berada di dalam feri, enjin hendaklah dimatikan, brek tangan ditarik dengan ketat dan pengguna dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap lokasi alat bantuan kecemasan seperti jaket, pelampung dan rakit keselamatan.

LRT KOTA SAMARAHAN - KUCHING DITERUSKAN


KUCHING: Selain bonus sebulan setengah atau minimum RM2,000 diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggembirakan penjawat awam semalam — hadiah lain cukup bermakna bagi rakyat Sarawak ialah penerusan projek Aliran Transit Ringan (LRT).

Sebelum ini projek LRT diumum untuk ditangguhkan bagi memberi fokus kepada projek infrarakyat yang lain.

Kini, atas permintaan ramai Sarawak meneruskan projek LRT ini dengan permulaan untuk laluan Kota Samarahan-Kuching.

Abang Johari dalam ucapan penggulungan beliau pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18, semalam berkata Kerajaan Negeri mempertimbang melaksanakan laluan Kota Samarahan-Kuching bagi menyuraikan masalah kesesakan.

Selian itu dengan siapnya LRT ini menghilangkan tekanan warga Samarahan yang terpaksa keluar rumah seawal 5 pagi setiap hari.

“Saya diberi jaminan sistem LRT yang dicadangkan akan berdasarkan teknologi kereta api terkini yang mempunyai kos modal lebih rendah jika dibandingkan dengan tempat lain di Malaysia,” kta Abang Johari.

Sebahagian kos modal projek ini katanya, diimbangi oleh keuntungan harta tanah sekitar laluan yang dicadangkan dengan pembangunan berorientasikan transit (tod).

Menurut beliau, keuntungan dijana melalui penyediaan perumahan mampu milik dan pembangunan bandar moden dalam lingkungan 800 meter dari hentian transit atau kira-kira 10 minit berjalan kaki.

Berdasarkan perancangan awal pada Mac lalu, projek ini dijangka beroperasi pada 2024, dan bernilai RM10.7 bilion.

Abang Johari berkata, asalnya ia mempunyai laluan sepanjang 155.2 kilometer dengan laluan dari Kota Samarahan memanjang ke pusat pelancongan Damai sejauh 62.4 kilometer.

Laluan ini dijangka mempunyai 28 stesen dan akan memenuhi 48 peratus daripada penggunaan sistem itu setiap hari. –Sarawakvoice