Showing posts with label Feri. Show all posts
Showing posts with label Feri. Show all posts

BAYI BERUSIA 6 BULAN ANTARA MANGSA KEMALANGAN SEKELUARGA DI PENGKALAN FERI TRISO SEBUYAU, SIMUNJAN.

1 Januari 2021, Hari Jumaat. Petang tadi gempar di Pengkalan feri Triso apabila sebuah Kereta Penumpang pacuan empat roda yang dinaiki sebuah keluarga terjunam ke dalam air di Pengkalan Feri Triso Sebuyau yang terletak di Muara Sungai Batang Lupar. Menurut info dari saksi kejadian di lokasi mengatakan seoarng bayi yang dipercayai berusia dalam lingkungan 6 bulan merupakan antara mangsa yang meninggal dunia.

Merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Amansyah kejadian yang berlaku pada jam 3.15 petang tadi adalah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai gagal dikawal dan tergelincir dari feri yang sedang menyeberangi sungai Triso. Kenderaan yang dinaiki oleh sekeluarga itu telah menjunam ke dalam sungai yang  dimana kedalaman di lokasi kejadian adalah kurang empat meter dari tebing sungai.

Orang ramai yang menyedari kejadian telah bergegas ke lokasi kejadian untuk dan bertindak pantas untuk menarik kesemua mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan dengan bantuan operator feri.

Selain itu terdapat sumber lain mengatakan bahawa mangsa - mangsa yang meninggal berasal dari Kapit Sarawak. Kesemua mangsan dipercayai berusia 4 bulan hingga 36 tahun.

Pemandu hilux (Wanita,) yang  meninggal dunia di sungai Pangkalan Feri Triso adalah seorang mualaf. Hajatnya adalah untuk menghantar anaknya pergi belajar tahfiz. Sangat menyedihkan kesemua mereka anak beranak lemas di dalam hilux tersebut.  Allahu.. Syurga menanti..Al fatihah

MAKLUMAT MANGSA

1.Siti Aisha Abdullah - 36 tahun / Perempuan

2.Mohd Ahmad bin Mohd Hamdan - 4 bulan / Bayi Lelaki

3.Muhd Mustaqim bin Mohd. Hamdan - 5 tahun / Lelaki

4.Mohd Aiman bin Mohd Hamdan - 7 tahun / Lelaki

5.Ronany Ting - 33 tahun / Perempuan (Pemandu)

6.Wallace Phang - 7 tahun / Lelaki

7.Alvin Phang - 12 tahun / Lelaki

8.Khairunnisa binti Muhamad - 14 tahun / Perempuan

9.Nor Shuhada ninti Mohamad - 16 tahun / Perempuan

Kita sama sama doakan semoga mengsa - mangsa ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Alfatihah buat mangsa - mangsa yang terkorban.









TAMBAHAN FERI DAN LANJUTAN MASA OPERASI SEMPENA HARI GAWAI DAN AIDILFITRI 2019


Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menambah bilangan feri dan melanjutkan masa operasi perkhidmatan feri sepanjang tempoh 25 Mei 2019 sehingga 16 Jun 2019 di pengkalan-pengkalan feri di sepanjang laluan jalan pesisir Sarawak bagi menampung jumlah trafik bersempena musim cuti sekolah, perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Pengkalan feri tersebut adalah seperti berikut:

1) Feri Sebuyau/Triso di Bahagian Samarahan dan Betong; 
2) Feri Batang Saribas (Pusa/Beladin) di Bahagian Betong; 
3) Feri Sg. Sian, Bintangor di Bahagian Sarikei;
4) Feri Batang Lawas di Bahagian Limbang; dan
5) Feri Muara Lassa, Feri Batang Paloh dan Feri Kuala Igan di Bahagian Mukah

Masa operasi bagi kelima-lima pengkalan feri berkaitan adalah seperti berikut;

A. Pengkalan Feri Sebuyau/Triso Bahagian Samarahan dan Betong

1. Feri Pertama masa operasi dilanjutkan sehingga 12 tengah malam;

2. Feri Kedua akan dilanjutkan sehingga keesokkan 2 pagi; dan

3. Feri Ketiga akan beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.

B. Pengkalan Feri Batang Saribas (Pusa/Beladin) Bahagian Betong

1. Feri Pertama akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam; dan 
2. Feri Kedua sehingga keesokan 2 pagi.

C. Pengkalan Feri Sungai Sian, Bintangor Bahagian Sarikei

1. Feri Pertama bermula seawal jam 5 pagi dan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam.
2. Feri tambahan kedua juga akan beroperasi sepanjang tempoh ini dari jam 6 pagi sehingga 10 malam.

D. Pengkalan Feri Batang Lawas Bahagian Limbang

1. Feri Pertama dilanjutkan dari 8 malam sehingga 12 tengah malam.
2. Feri tambahan kedua juga akan turut beroperasi di pengkalan ini dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

E. Pengkalan Feri Muara Lassa, Batang Paloh dan Kuala Igan Bahagian Mukah

1. Feri Pertama dan Feri Kedua akan dilanjutkan masa operasi sehingga 12 tengah malam. Sepanjang tempoh ini, pertambahan satu lagi feri, iaitu
2. Feri Ketiga akan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

Langkah ini diambil bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak menggunakan perkhidmatan feri. Langkah ini juga dilihat mampu mengurangkan masa menunggu di pengkalan feri ini pada waktu puncak iaitu ketika musim perayaan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri serta musim cuti sekolah.

Pengguna-penguna jalan raya yang menggunakan perkhidmatan feri di seluruh Sarawak dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan feri dan memberi kerjasama supaya tidak memotong barisan serta mengikut arahan krew feri yang bertugas terutama semasa kenderaan keluar masuk feri.

Juga diingatkan bahawa, hanya pemandu sahaja dibenarkan berada di dalam kenderaan dengan cermin dibuka sepenuhnya manakala semua penumpang lain tidak dibenarkan berada di dalam kenderaan masing-masing ketika feri sedang bergerak. Ketika kenderaan berada di dalam feri, enjin hendaklah dimatikan, brek tangan ditarik dengan ketat dan pengguna dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap lokasi alat bantuan kecemasan seperti jaket, pelampung dan rakit keselamatan.