Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

SUAMI ISTERI DISYAKI PENGEDAR DADAH DITANGKAP DI KOTA SAMARAHAN

 Dadah yang ditemui di dalam rumah suspek.

Kereta milik suspek yang disita untuk siasatan lanjut

KOTA SAMARAHAN: Sepasang suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah kerana disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Superintenden Sahar Abd Latif berkata pasangan yang berusia 36 dan 37 tahun itu ditangkap susulan penemuan dadah jenis syabu seberat 544.37 gram dalam serbuan ke atas rumah mereka di Merdang Garden, di sini sekitar jam 1.10 petang semalam.

“Pemeriksaan ke atas badan kedua-dua suspek tidak menjumpai apa-apa barang yang salah, namun pemeriksaan lanjut di dalam rumah menjumpai 32 paket plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 472.30 gram.

“Turut dijumpai satu beg yang mengandungi satu plastik lutsinar juga berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 72.07 gram.

“Kesemua dadah yang dianggarkan bernilai RM81,656 itu dirampas dan pasangan terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut,” kata Sahar dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Sahar, turut disita dalam serbuan tersebut ialah wang tunai, barang kemas dan tiga buah kereta milik pasangan terbabit yang dianggarkan keseluruhan bernilai RM169,080.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Siasatan awal mengesyaki aktiviti pengedaran (dadah) mereka bermula tahun lepas (2017) hingga sekarang.

“Kedua-dua suspek dalam proses permohonan reman,” kata Sahar. - Utusan Borneo

LOTERI HARAM : DUA WANITA DICEKUP DI BINTULU


BINTULU: Pelbagai taktik digunakan sindiket perjudian haram di Sarawak, termasuk menjadikan gadis muda dan wanita cantik sebagai ‘pelaris’ jualan loteri haram mereka.

Helah itu terbongkar selepas dua wanita tempatan berusia 23 dan 30 tahun ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu dalam dua serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti sindiket berkenaan.

“Serbuan dilakukan pada jam 1.30 petang dan 5.30 petang semalam melalui operasi khas, Ops Dadu, khusus bagi membersihkan daerah ini dari sebarang aktiviti perjudian haram.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM380 dipercayai hasil jualan loteri haram berkenaan, selain dua unit telefon bimbit, mesin pengira, dua unit mesin cetak mudah alih dan helaian kertas dipercayai rekod pertaruhan,” katanya.

Katanya, serbuan dilakukan atas maklumat risikan susulan aduan awam mengenai kegiatan mencurigakan di kedua-dua premis berkenaan.

“Kedua-dua suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM200,000 atau lima tahun penjara atau kedua-dua sekali,” katanya.

Sementara itu, beliau menghargai kerjasama orang ramai dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi kegiatan perjudian haram dengan menyalurkan maklumat berkaitan. - Berita Harian

ANJING MENITIS AIR MATA MENAHAN KESAKITAN AKIBAT DIRACUN PENJENAYAH SELEPAS GAGALKAN CUBAAN MEROMPAK


Anjing dan kucing merupakan antara haiwan yang paling rapat dengan manusia. Tetapi, dari segi kesetiaan, anjing dilihat sebagai haiwan peliharaan yang lebih setia jika dibandingkan dengan kucing. Bagaimanapun, masih ada lagi manusia yang sanggup bertindak kejam terhadap haiwan ini.

Seekor anjing di Indonesia menjadi mangsa kekejaman perompak apabila ia diracun oleh penjenayah itu dalam kejadian yang berlaku beberapa hari lalu.

Kisah menyedihkan itu dikongsi oleh pengguna Facebook, Achy Wijaya. Menurut Achy, halaman rumahnya dimasuki oleh orang yang tidak dikenali dipercayai untuk merompak namun niat tersebut gagal apabila anjing peliharaan Achy sempat menghalau mereka keluar.

"Beberapa hari yg lalu di tengah malam, halaman rumah kami dimasuki oleh orang tak di kenali, namun gagal karena digonggong oleh anjing peliharaan kami." tulis Achy.

Bagaimanapun, keesokan harinya, anjing terbabit telah diracuni oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya, anjing itu mati dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

"Pagi ini anjing kami mati diracuni oleh orang yang tak bertanggung jawab. Sudah dikasih pertolongan tapi tetap tidak selamat. Sudah di kasih susu 1 botol, minyak setengah liter, sama air kelapa tapi tidak selamat.

"Ingin di bawa ke doktor hewan tapi kami di Papua, doktor hewan hanya ada di dinas peternakan, dan kejadianya pada hari Minggu, dinas tersebut tutup." tulis Achy.

Bersama posting terbabit, Achy turut memuat naik beberapa video dan juga gambar saat-saat terakhir anjingnya itu.