Showing posts with label Limbang. Show all posts
Showing posts with label Limbang. Show all posts

PELANCONG SOLVAKIA ANTARA YANG MAUT KEMALANGAN DI LIMBANG




LIMBANG: Seorang lelaki yang juga pelancong warga Slovakia dan seorang wanita warga tempatan maut selepas pikap yang mereka naiki terlibat dalam nahas jalan raya di kilometer 6, berhampiran Kampung Batu Bakarang tengah hari tadi.

Dalam kejadian berkenaan tiga lagi pelancong Slovakia turut mengalami cedera parah.

Kejadian jam 11.19 pagi itu menyebabkan Jaros 71 yang duduk di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan pemandu berkenaan Annissa Saksriprapa Nantharat Sunan 27, dari Rumah Satu Kuala Medalam maut di lokasi kejadian akibat parah beberapa anggota badan.

Manakala seorang lelaki, 57, dan dua wanita berusia 51 dan 61 kesemua warga Slovakia parah dan dihantar ke hospital Limbang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata siasatan awal mendapati nahas itu berlaku ketika pikap yang dipandu Annissa dari arah Jalan Kubong menuju ke bandar Limbang.

Beliau berkata ketika berada di kilometer 6, pikap berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh lori yang datang dari arah bandar menuju ke Jalan Kubong.

"Pemandu dan penumpang di bahagian hadapan pikap tersepit akibat rempuhan itu dan meninggal dunia di lokasi kejadian,"katanya lagi.

Annissa merupakan isteri kepada atlet paralimpik negara Jamery Siga.

Jelasnya lagi keempat-empat  warga asing itu menginap semalam di sebuah inap desa di Kuala Mendalam sebelum pulang ke bandar ini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Utusan Borneo

KEBAKARAN DI SMK MENDAMIT


LIMBANG: Pelbagai dokumen dan peralatan sekolah musnah selepas empat buah pejabat di tingkat satu bangunan pentadbiran  sekolah SMK  Medamit ranap dalam kebakaran yang berlaku tengah malam tadi.

Kejadian jam 12.10 tengah malam itu disedari pengawal keselamatan yang pada awalnya berusaha memadam api dengan menggunakan dua tong pemadam api namun tidak berjaya kerana api merebak dengan cepat. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 12.28  tengah malam.

"Kebakaran melibatkan bangunan bilik guru  di tingkat atas  yang 50 peratus terbakar.

 " Tindakan pihak bomba adalah dengan memadamkan kebakaran tersebut menggunakan sumber air dari jentera dan sumber air terbuka sehingga api padam sepenuhnya,"katanya di sini, sebentar tadi.

Jelasnya  teknik RECEO telah di aplikasikan di dalam operasi pemadaman, dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5:16 pagi. 

Kebakaran jelasnya  tidak melibatkan kecederaan mangsa.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata kebakaran melibatkan empat pejabat  di tingkat  satu Pejabat Pentadbiran SMK Medamit.

 Hasil siasatan awal katanya kebakaran dipercayai berpunca dari percikan api wayar dibahagian tiang pejabat Kaunseling dan merebak ke pejabat lain. - Utusan Borneo