SESI DIALOG PROJEK NAIK TARAF SISTEM PERPAIPAN BEKALAN AIR KAWASAN PUSA. PENYELESAIAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA MASA PANJANG.


Booster di Loji Pusa akan dipasang sebagai penyelesaian jangka masa pendek masalah bekalan air bersih di sekitar pusa.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Utiliti Dato Sri Stephen Rundi Uthom ketika Sesi Dialog Projek Naik Taraf Sistem Perpaipan Bekalan Air Kawasan Pusa DUN N.29 Beting Maro pada 20 April 2018 yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Pusa. Program ini dimulakan dengan pembentangan projek bekalan air bersih daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak sebelum sesi dialog bersama penduduk tempatan.

Projek penyelesaian bagi jangka masa panjang bagi mengatasi masalah ini akan disiapkan dalam masa 12 bulan untuk disiapkan sepenuhnya. Projek ini membabitkan penukaran paip-paip lama kepada paip baru, aturan semula saluran perpaipan, penyediaan tangki simpanan baru dan menyalurkan tenaga bagi meningkatkan tekanan air yang rendah.

Sesi dialog ini turut dihadiri oleh Dato' Sri Rohani Abdul Karim (Ahli Parlimen Batang Lupar), Datuk Liwan Lagang (Menteri Muda Bekalan Air), Razaili Gapor (ADUN Beting Maro), Datuk Alice Jawan (TSetiausa Tetap, Kementerian Utiliti Sarawak), Chang Kuet Shian (Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak) dan Bujang Budin (Pegawai Daerah Pusa).

Januari lalu, penduduk di Kampung Pusa mengadu berkenaan masalah bekalan air bersih ini. Baca artikel berkenanan aduan penduduk ini. (klik Sini)

ANAK SYURGA : KHABAR GEMBIRA KEPADA IBU BAPA DARI ALLAH


Apa yang anda rasakan ketika anak, ibu bapa, saudara atau kerabat dekat Anda tiba-tiba saja di panggil oleh sang Khaliq? Tentu sedih dan mungkin putus asa karena kehilangan seseorang yang kita sayangi dan bahkan menjadi tumpuan hidup kita. Kehilangan orang tercinta memang sungguh menyedihkan tapi taukah anda, ada berkah di balik setiap peristiwa, pun kematian tentu jika kita mampu menyikapinya secara bijak, penuh kesabaran dan keikhlasan.

”Innalillahi Wa innalilallhi Roji’un” Sesungguhnya kita ini adalah milik Allah, dan pasti kita akan kembali kepada pemilik kita, Allah Ta’ala

Tahukah anda, ada satu perkhabaran gembira bagi ibu bapa yang kematian anak nya.

Sabda Rasulullah berikut ini 

’Diriwayatkan dari Anas ra, dia berkata : ”Rasulullah saw bersabda, tidaklah seorang muslim kematian tiga anaknya yang belum baligh, kecuali, Allah pasti akan memasukkannya ke dalam surga berkat kasih sayang-Nya kepada anak-anakny tersebut.” (HR Bukhori muslim).

Ada beberapa perkara yang mesti diketahui oleh ibu bapa yang kehilangan anak, agar kematian tersebut menjadi satu keberkatan dan redha Allah. Diantaranya ;

1. Ibu bapa mesti sabar dan iklas menerima pemergian anak tersayang dan tidak meratapi pemergiannya dengan terlalu sedih dan berlebihan sehingga  mendatangkan kemudaratan.

2. Sadar dan Ingat Allah
Dengan mengucapkan kalimat istirja (innaa lillahi wainnailillaihi roojiun) dan merenungi kandungan maknanya. Kita , anak kita, dan segala sesuatu yang ada disekitar kita semuanya adalah milik Allah. Anak adalah amanah, pinjaman dari Allah, yang mesti kita jaga dan pelihara dengan sebaik-baiknya. Kerana anak ibarat barang pinjaman dari Allah, tentu sekali akan sampai satu ketika pemilik akan mengambil pinjaman nya kembali dan kita hendaklah berlapang dada menyerahkan pinjaman itu kepada pemiliknya.

3. Mengharap pahala atas kematian sang anak.
Kematian seorang anak bukanlah suatu musibah melainkan himpunan keberkatan yang mesti diterima seadanya oleh orang yang di tinggalkan. Ibu bapa semestinya memohon pahala dan keberkatan dari peristiwa tersebut, maka dengan senang hati Allah akan melimpahkan banyak kebaikan dan pahala kepada hambanya yang meminta dengan setulus hati.

Inilah kabar gembira bagi ibu bapa yang yang kehilangan anak nya kerana kematian dan janji Allah tersebut merupakan bukti kemurahan Allah kepada hamba-hamba-Nya. 

Walaupun kematian anak membuka jalan bagi ibu bapa di taman syurga, namun tidak digalakkan ibu bapa mengharapkan kematian anak nya. Syurga ini hanya pengganti anaknya yang di minta oleh Allah. Sesunguhnya anak merupakan ladang keberkatan, ketika masih hidup ataupun telah mati, anak sentiasa memberikan manfaat bagi Ibu bapa.

LEBUHRAYA PAN BORNEO AKHIRI PENANTIAN 50 TAHUN

Kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo giat dijalankan di
laluan Kampung Penan-Muslim, Jalan Bintulu-Miri.

BINTULU: Selepas 50 tahun 'menunggu', impian penduduk Sabah dan Sarawak memiliki lebuh raya moden merentasi kedua-dua negeri terbesar di Malaysia ini bakal terlaksana dalam tempoh kurang lima tahun dari sekarang.

Menjangkau jarak kira-kira 1,089 kilometer, bermula dari Telok Melano, Sematan, Sarawak iaitu titik paling selatan Kepulauan Borneo ke Lawas, projek mega berkenaan dibawakan Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan peruntukan RM14.2 bilion.

Fasa Pertama - Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dirasmikan sendiri Najib di Tapak Projek Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Simpang Bakun pada 30 Mac 2015, sekali gus memperlihatkan beliau serius dalam membawakan kemajuan ke negeri ini.

Disifatkan sebagai Projek Kejuruteraan Terhebat di Kepulauan Borneo, ia sebahagian daripada aku janji dalam manifesto BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dengan kerja-kerja pembinaannya sedang rancak berjalan ketika ini.

Malah, ia turut mencipta sejarah sebagai projek lebuh raya empat lorong Kategori 'R5' pertama dibina tanpa tol, selain diyakini mampu merangsang pembangunan setempat, sekali gus meningkatkan sosio-ekonomi rakyat, termasuk melalui kewujudan banyak bandar baharu di sepanjang lebuh raya, selain sektor pelancongan.

"Ia bakal membawa satu ledakan perubahan yang cukup besar kepada Sarawak, bukan hanya dalam konteks pembangunan, bahkan juga sosioekonomi rakyat," katanya.


Tingkat sosioekonomi

Keyakinan Najib bersandarkan keupayaan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang berjaya membawa banyak impak pembangunan dari Johor hingga ke Perlis sebelum ini.

Bagi Najib yang juga Pengerusi BN Pusat, projek berkenaan dilihatnya sebagai 'agen perubahan' yang berupaya membawa perubahan kepada pembangunan negeri ini, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar, sekali gus memberi impak positif kepada sosio-ekonomi rakyat.

"Ia bukan hanya membuka akses perhubungan darat lebih cekap, seterusnya mewujudkan banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat setiap kawasan laluannya, termasuk kemunculan banyak bandar baharu.

"Dari segi pelaksanaan pula, ia turut memberi banyak faedah kepada kontraktor kecil, terutama milik Bumiputera Sarawak yang terbabit dalam projek itu melalui kaedah Rakan Pelaksana Projek (PDP)," katanya.

Malah, beliau turut memberi jaminan projek mega itu, yang juga sebahagian daripada usaha merapatkan jurang pembangunan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, dapat disiapkan mengikut jadual kerana tidak mahu rakyat di kedua-dua negeri ini terus 'menunggu'.

Sementara itu, tinjauan wartawan NSTP di tapak projek Fasa Pertama Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, mendapati kerja pembinaan berjalan lancar membabitkan Jajaran Simpang Nyabau - Simpang Bakun, di sini.

Bagi penduduk Kizie Matusup, 36, pembinaan lebuh raya itu satu rahmat yang sudah tentu memudahkan pergerakan penduduk dari wilayah utara ke selatan negeri, yang sebelum ini mengambil tempoh terlalu lama.

"Dari Kuching ke Miri ketika ini, kita mengambil masa perjalanan antara 12 hingga 13 jam, bergantung kepada keadaan trafik, yang cukup memenatkan. Adanya lebuh raya ini, tempoh perjalanan dapat dipendekkan sekurang-kurangnya separuh," katanya.

Lakaran artis dari udara bangunan International Convention Centre (SICC) di Kota Kinabalu.
Jana pertumbuhan ekonomi

Malah, pembinaan lebuh raya itu, yang dimulakan sejak tiga tahun lalu turut membantu pertumbuhan ekonomi penduduk setempat melalui aktiviti perniagaan makanan dan minuman, termasuk barangan keperluan harian kepada kontraktor serta pekerja mereka.

Di Sarawak, 11 fasa projek itu sedang giat dilaksanakan, dengan kebanyakannya membabit proses menaik taraf Jalan Persekutuan daripada dua kepada empat lorong, kecuali Jajaran Teluk Melano-Sematan, satu-satunya jajaran baharu dibina atas permintaan bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Ia turut membabitkan pembinaan jambatan penghubung, selain kemudahan berkaitan yang diperlukan bagi rangkaian lebuh raya seperti Kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah pula, membabitkan 35 pakej kerja bernilai RM12.8 bilion bermula dari Sindumin, Sipitang hingga ke Tawau, dengan tujuh fasa sedang dilaksanakan ketika ini selepas dilancarkan Najib antara April 2016 hingga Disember 2017.

Pengarah Urusan Borneo Highway PDP, Ir Shahelmy Yahya, berkata sehingga akhir Mac 2018, lima daripada pakej itu pada peringkat kerja tanah untuk membina jajaran jalan raya dan jambatan, manakala dua lagi dalam proses memasuki tapak.

Beliau berkata, penyerahan baki pakej projek itu kepada kontraktor dijangka diselesaikan pada akhir Jun depan dengan 10 daripadanya membabitkan jajaran di kawasan pantai barat, manakala 18 pakej lagi di kawasan tengah dan pantai timur Sabah.

"Setakat Mac 2018, 10 pakej baharu diluluskan Kementerian Kewangan dengan lima daripadanya sudah dikeluarkan surat lantikan, manakala lima lagi dalam proses untuk mengeluarkan surat. Empat pakej lagi di peringkat menunggu kelulusan peruntukan, manakala 14 pakej dalam proses tender dan penilaian awal kejuruteraan," katanya.

Di Sabah, projek itu turut membabitkan pembinaan tiga jajaran baharu iaitu Putatan - Inanam dikenali Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu (KKOR), Jalan Pesisir Pantai Tuaran - Kudat dan Jalan Lahad Datu Bypass.

Shahelmey berkata, berdasarkan perkembangan semasa, termasuk keperluan bahan pembinaan asas jalan raya seperti batu aggregat yang dijamin mencukupi, pihaknya yakin projek itu mampu disiapkan mengikut jadual.

Katanya, walaupun ada pihak meragui perkara itu, pihaknya memberi jaminan pelaksanaan projek berjalan lancar selepas proses tender dan penyerahan semua pakej kepada kontraktor selesai.

Kerja mengikut jadual

"Jika ada pun masalah, ia mungkin berpunca keadaan cuaca dan proses pengambilan tanah yang melewatkan kerja. Namun, kita sudah mengingatkan semua kontraktor supaya memastikan kerja berjalan lancar mengikut jadual," katanya.

Sementara itu, tempoh dua jam menunggu adalah sesuatu yang biasa perlu diharungi penduduk setempat, terutama pada waktu puncak dan hujung minggu, untuk menggunakan perkhidmatan feri menyeberangi Sungai Batang Sadong.

Ia boleh berlarutan hingga empat jam pada musim perayaan apabila pengguna terpaksa berbaris panjang menunggu giliran, tidak termasuk termasuk tempoh 'belayar' di antara 30 hingga 45 minit, bergantung kepada arus sungai.

Kepayahan penduduk itu mendapat perhatian Perdana Menteri ketika meluangkan masa meninjau keadaan berkenaan dalam siri lawatan kerjanya sebelum ini, seterusnya mengumumkan pembinaan Jambatan Batang Sadong.

Siap sepenuhnya pada 2016, jambatan dua lorong bernilai RM231 juta itu 'hadiah istimewa Kerajaan Persekutuan kepada warga Parlimen Batang Sadong, yang juga antara kubu terkuat BN di Sarawak.

Binaan sepanjang 1.5 kilometer menjadi akses perhubungan darat yang cekap kepada 70,000 penduduk setempat, termasuk dari kawasan berhampiran seperti Sebuyau dan Simunjan.

Penduduk, Affendi Ayub,52, berkata jambatan itu tidak hanya menyediakan laluan penghubung yang selesa, tetapi membuka banyak peluang ekonomi di kawasan setempat, terutama berasaskan aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan.

"Jambatan Batang Sadong bukti keprihatinan Kerajaan Pusat dan BN membawa kemajuan ke kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak, bukan hanya dalam konteks pembangunan, bahkan juga ekonomi.

"Ia membantu penduduk membawa keluar hasil pertanian dan perikanan mereka ke bandar berhampiran, termasuk Kuching secara lebih cekap, menjimatkan kos dan tempoh perjalanan," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, menyifatkan jambatan itu antara projek infrastruktur terbesar dalam Parlimen Batang Sadong, atas inisiatif Najib sendiri yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, berkata berikutan kemudahan itu, lebih banyak agenda pembangunan dapat dibawakan ke kawasan terbabit, termasuk Projek Jalan Pesisir yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri.

"Banyak perubahan dapat disaksikan berlaku pada landskap pembangunan dan ekonomi di kawasan pesisir negeri ini melalui pembukaan jambatan itu," katanya.

Jambatan Batang Sadong adalah sebahagian daripada 11 jambatan baharu di Sarawak, dengan sebahagian besarnya sedang dalam pembinaan membabitkan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Ini termasuk pembinaan Jambatan Batang Lupar di Sri Aman, sepanjang lima kilometer membabitkan kos keseluruhan RM1 bilion, yang dicadangkan Perdana Menteri, sekali gus bakal muncul sebagai 'Jambatan Sungai Terpanjang Di Malaysia' apabila siap sepenuhnya kelak.

Ia antara komponen terpenting bagi melengkapkan Projek Jalan Pesisir atau 'Lebuhraya Pesisir' sepanjang 900 kilometer yang sedang pembinaan ketika ini sebagai laluan alternatif kepada Lebuhraya Pan Borneo.

Projek SICC, TAED dapat suntikan dana Pusat

Hubungan akrab Kerajaan Sabah dan Persekutuan, membolehkan peruntukan besar disalurkan bagi pembinaan dua projek besar berimpak tinggi di negeri ini.

Dua projek berkenaan ialah Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan Tanjung Aru Eco Development (TAED) di bandar raya ini.

Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan RM250 juta bagi projek SICC yang kini dalam pembinaan, selain RM500 juta melalui dana Pemudahcara projek TAED.

Pembangunan Pakej 2 SICC bermula pada Januari 2015 dan dijangka siap pada Oktober ini yang mendapat sokongan padu kerajaan negeri dan Pusat, dengan pembinaannya membabitkan kawasan seluas kira-kira enam hektar.

Mercu tanda baharu

Pembinaan SICC yang dilaksanakan Kumpulan Yayasan Sabah dengan ditampung menerusi dana yayasan itu mampu menampung antara 15,000 hingga 20,000 orang dalam satu masa.

SICC bukan saja menjadi mercu tanda baharu bandar raya ini, malah berperanan sebagai pusat persidangan antarabangsa, di samping menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata Kerajaan Pusat di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak, memberi begitu banyak peruntukan kepada Sabah.

"Kerajaan negeri merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri kerana memberi geran sejumlah RM250 juta bagi membangunkan SICC dan dana Pemudahcara bagi projek TAED.

"Ini juga hasil hubungan baik antara kerajaan negeri dan Pusat. SICC bakal menjadi mercu tanda baharu di bandar raya ini apabila siap nanti," katanya.

Tingkat industri pelancongan

Sementara itu, projek TAED dilancarkan Perdana Menteri pada 2013 akan memberi nafas baharu kepada Tanjung Aru yang terkenal sebagai lokasi peranginan tepi laut di pinggir bandar raya ini dengan melakukan pembangunan semula membabitkan keluasan 348 hektar yang mengetengahkan ciri-ciri mesra alam.

Difahamkan, Pantai Tanjung Aru dan Taman Prince Philip akan kekal sebagai tempat awam dengan ciri-ciri baharu seperti persiaran, tempat berjalan kaki dan laluan berbasikal.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah, berkata projek TAED  bukan saja pembaharuan kepada pantai Tanjung Aru, malah membuktikan keprihatinan kerajaan Pusat untuk menyalurkan dana bagi membantu melaksanakan projek berkenaan.

"Penyaluran dana oleh Kerajaan Pusat ke atas projek TAED adalah hasil hubungan baik kerajaan negeri dan Persekutuan," katanya sambil memberitahu fasa pertama projek TAED dijangka bermula dalam masa terdekat. - Berita Harian

RESEPI : EGG DROP SOUP


Bahan-bahan diperlukan:
Bahan-bahan:
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 2 cawan stok ayam
- 1 sudu besar minyak bijan
- Tepung jagung (dibancuh dengan air)
- 1 sudu kecil garam
- Daun bawang (jika mahu)


Cara menyediakan dan memasak:
Cara-cara:
1. Gaul telur dengan 1 sudu kecil tepung jagung.
2. Di dalam periuk, panaskan stok ayam dan minyak bijan.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biar mendidih.
4. Tuang adunan telur perlahan-lahan dan teruskan mengacau.
5. Masukkan garam dan kacau.
6. Siap untuk dihidang! Tabur dengan daun bawang jika mahu.