KESEDAPAN IKAN TERUBUK SARAWAK MEMBUATKAN ANDA AKAN DATANG UNTUK KALI KE DUA KE SARAWAK, KERANA .....


Popularitinya seperti selebriti dan tidak lekang di bibir pelancong yang pernah menjejakkan kaki ke Sarawak Bumi Kenyalang.

Dikenali sebagai ikan pelancong, terubok Sarawak sudah sinonim sebagai ikon pelancongan di sebalik cerita duka spesis hampir pupus itu.

Di Sarawak terdapat dua jenis Ikan Terubuk ;
1. Terubuk Laut (Tenualosa Macrura) : Bermulut kecil, siaz kecil, bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk.

2. Terubuk Sungai (Tenualosa Toli) : Bermulut besar dan panjang.

Ikan Terubok Masin Sarawak

Terubok ini hanya terdapat di sungai-sungai utama di Sarawak iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Lassa. Manakala bagi terubok bermulut kecil T. macrura, yang kurang diminati, kebanyakkanya terdapat di persisiran perairan pantai Sarawak terutamanya di persisiran perairan hutan bakau dari Tg. Datu ke Tg. Sirik.

Ikan terubuk atau Nama saintifik: Tenualosa macrura adalah sejenis ikan pelagik yang hidup di perairan Selat Melaka, Selatan Borneo dan Teluk Bengal.
Ikan terubuk banyak sub spisesnye. Ikan terubuk Sarawak adalah lebih kecil daripada Terubuk yang ada diperairan Indonesia.

Percaya atau tidak satu spesis Terubuk akan mula mengawan pada musim monsoon di kawasan Teluk dan akan bertelur di hulu sungai yang berair tawar.

Fenomena ini berlaku di Bangladesh apabila selepas musim monsoon (banjir) penduduk bangladesh akan menangkap ikan terubuk di kawasan2 sawah dan sungai-sungai air tawar.

Di Sarawak, ikan terubuk mempunyai tiga jenis iaitu terubuk sungai, terubuk laut dan terubuk yang diimport dari Bangladesh, Myanmar dan India. Keseluruhannya, terdapat 30 jenis spesis ikan terubuk yang terdapat di seluruh dunia. Ikan terubuk tropika ialah yang dikenali dengan nama saintifiknya Tenualosa. Daripada jumlah itu, lima daripadanya ialah jenis ikan terubuk alam rumpun Tenualosa iaitu Tenualosa iliasa, Tenualosa macrura, Tenualosa reeveesii dan Tenualosa toli.

Kesemua jenis Temualosa toli merupakan terubuk laut. Bagaimanakah membezakan terubuk sungai dengan terubuk laut? Terubuk sungai lazimnya bersaiz pendek, gemuk, mempunyai ekor yang pendek dan harganya lebih mahal daripada terubuk laut. Kebanyakan terubuk yang dijual di beberapa pasar basah di Sarawak khususnya di Pasar Satok merupakan terubuk import atau terubuk laut. Populasi terubuk sungai Sarawak semakin merosot dan akan pupus dalam masa terdekat jika tiada langkah pemuliharaan dilakukan dengan segera."

Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.
Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.

Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lupar (Lingga dan Sebuyau dalam Bahagian Sri Aman), selain di Sungai Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam di Bahagian Betong) dan Sungai Lassa (Teba’ang dan Daro di Bahagian Mukah).

Bagaimanapun, berbeza dengan mudahnya terubuk itu dibeli, hakikatnya, terubuk tempatan kian terhad dan sukar diperoleh yang disebabkan usaha kerajaan mengawal tangkapan ikan yang kian pupus dengan mengehadkan kegiatan menangkap ikan terubuk. Semua ini demi membolehkan spesies ini membiak.

Biarpun bilangannya terhad, ramai peraih yang masuk ke kawasan berkenaan setiap kali musim terubuk untuk membeli bekalan yang terhad itu secara borong dan mengeksportnya ke luar negara terutama Singapura.

Tidak hairanlah harga ikan terubuk tempatan bertelur kini boleh mencecah antara RM36 hingga RM45 sekilogram berbanding sekitar RM28 sekilogram satu ketika dulu. Terubuk masin tempatan atau lebih dikenali sebagai ‘terubuk masin local’ di kalangan pembeli pula dijual pada harga RM18 seekor berbanding RM8 seekor untuk saiz sama bagi ikan terubuk import.

Ramai yang mungkin tidak sedar kebanyakan ikan terubuk masin yang dijual di kawasan Pasar Satok di Kuching itu diimport dari India dan Myanmar dengan jumlah pengusaha yang menjual ikan terubuk kini berjumlah 14 orang, dibantu lebih 100 pekerja.

Pengasas penjualan ikan terubuk masin di Sarawak, Ibrahim Mohd Sahari, 49, dari Jalan Muhibbah, Kuching, berkata mereka terpaksa membeli ikan terubuk yang diimport dari India dan Myanmar daripada pembekal.

Kawasan Tangkapan Terubok


Terubuk laut didapati banyak di persisiran pantai dari Tanjung Datu hingga ke Tanjung Sirik. Manakala terubuk Sarawak di perairan muara sungai seperti Batang (sungai) Lupar, di Sri Aman, Batang Lassa di Mukah, Batang Sadong di Samarahan dan Batang Saribas di Betong.

Tanjung DatuTerubok merupakan ikan pelagic di dalam famili “Clupeidae”. Penentuan jantina ikan terubok hanya dapat dkenal pasti apabila menjangkau dalam usia dua tahun dan bertelur(bergravid). Mengikut kajian Jabatan Perikanan laut Sarawak T. Toli mulai bertelur dari bulan September hingga Oktober dan berkurangan pada bulan November. Walaubagaimanapun, ikan terubok banyak memasuki sungai dari bulan April hingga bulan Oktober.

Musim Ikan terubok

Musim ikan terubok bermula agak lambat tetapi pendek (Jun hingga Oktober) bagi kawasan Btg. Lupar, manakala bagi Btg. Lassa pula, musimnya berpanjangan selama 6 bulan (April hingga November) (Willmann, et al., 1989 dan Albert, 1988). Faktor ini disebabkan perpindahan (migratory) terubok berbeza antara Btg. Lupar dan Btg. Lassa.

Biologi

Terubok jantan didapati dalam ukuran panjang (fork length/FL) 12.8-34.0 cm, manakala betina ialah dari 14-46.2cm dan mempunyai purata berat 178.2g dan 533.9g masing-masing. Ini menunjukkan bahawa ikan jantan adalah kecil berbanding dengan ikan betina. Kajian ini mendapati terubok boleh membesar sehingga 58 cm atau fork length.

Gambarajah diatas menunjukkan kadar berat ikan terubok bagi setiap bahagian/daerah di seluruh negeri Sarawak.

Empirit adalah anak terubok dan mempunyai ukuran panjang (FL) lebih kurang 29cm merupakan kematangan peringkat pertama bagi terubok. Ketika berusia bawah setahun, ikan yang banyak tulang ini dikenali sebagai empirit oleh penduduk tempatan.

Oleh itu, emperit dijual dengan harga yang murah dan emperit ini mempunyai banyak tulang. Bagi sesiapa yang ingin membeli ikan terubok masin pastikan!!!!! Anda membeli ikan terubok masin yang telah matang (dewasa).

Kebanyakkan pengguna hanya membeli ikan terubok masin di pasaran hanya kerana ianya dinamakan ikan terubok masin. Anda juga perlu bijak memilih ikan terubok masin asli dari sarawak.. Anda juga perlu bijak mengenalpasti yang mana empirit dan yang mana terubok matang.

Tidak semua yang tahu mengenai ini…hanya tengok ikan terubok masin lalu beli…. Sebagai pengguna anda harus mengetahui hak anda sebagai pengguna.. Selidik dahulu….

Tapi bagaimana hendak mengetahui bentuk ikan terubok dewasa dan empirit Saya lihat semua ikan terubok masin sama saja ???

Empirit banyak didapati pada permulaan musim dan dipenghujung musim terubok. Purata bilangan telur dalam ovari ikan terubok betina adalah lebih kurang 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian menjadi matang sebagai yang dikenali sebagai terubuk dan bergantung kepada saiz ikan tersebut. Proses peneluran ini berlaku hanya sekali dalam setahun iaitu dari bulan Jun hingga Oktober.

Terubok banyak ditangkap di muara sungai apabila terdapat tahap kemasinan yang agak rendah. Keadaan ini juga ada mempunyai kaitan dengan jumlah hujan dari hulu sungai.

Terubok di Sarawak hanya dapat ditentukan jantinanya apabila menjangkau usia dua tahun dan bertelur. Sebelum tempoh itu, ketika berusia bawah setahun, ikan banyak tulang berkenaan dikenali sebagai empirit di kalangan penduduk tempatan. Saiznya sekitar 27 sentimeter panjang.

Mengikut kajian Commonwealth Scientific & Industrial Research Organisation (CSIRO Australia), Ikan terubok mempunyai sejarah putaran kehidupan yang sangat komplek dan ikan ini akan betukar jantina (protandrous hermaphrodite) and hanya hidup diantara 2 hingga 3 tahun.

Seekor terubuk yang berusia dua tahun, mampu menghasilkan antara 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian matang sebagai terubuk.


Untuk engetahun anda, oleh kerana Ikan Terubok ini popular di sekitar daerah Pusa, replika Ikan Terubok telah di bina di pekan kecik Pusa.

SESUNGGUHNYA IKAN BUNTAL LEBIH SEDAP DARI AYAM KFC!


Spesis ikan buntal kuning antara spesis ikan yang dikaji di bawah 'Rolling Plan' pertama (RP1) Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dalam usaha mengenal pasti potensi ekonomnya.

Ikan Buntal kuning yang terdapat banyak di negeri Sarawak terutamanya di Batang Saribas mempunyai potensi dijadikan produk perikanan bernilai tinggi sama ada sebagai ikan segar atau diproses. Contohnya, telur ikan buntal masin dijual dengan harga RM30/ Kg, dan harga ikan buntal segar telah meningkat daripada RM3 / Kg pada tahun 2003 sehingga RM6 / Kg sekarang ini.

Selain dijadikan bahan makanan terbaik, Ikan Buntal Kuning in telah menjadi salah satu produk tarikan pelancongan di Betong melalui penganjuran Pesta Ikan Buntal di Kampung Maggut, Spaoh sejak tahun 2003.

Ikan Buntal Kuning ini enak dimakan dengan pelbagai jenis masakan. Namun begitu, hanya orang tertentu sahaja memiliki kepakaran membuang 'toksik' yang dikatakan beracun dan mampu membawa maut. Jadi, jangan masak sebarang masak. Hee


Oleh kerana Kampung Spaoh, Betong terkenal dengan Ikan Buntal Kuning maka Ikan tersebut telah menjadi mercu tanda kepada kampung berkenaan dan kampung disekitarnya. Mercu tanda berkenaan jelas kelihatan di simpang utama Kampung Spaoh. (Selepas Betong, sebelum Saratok).

Percaya aau tidak? Bahawa jika Ikn Buntal ini digoreng sehingga garing boleh mengalahkan rasa KFC? Cuba dahulu, baru tahu.. hehe


Selain dari isi Ikan Buntal yang sedap, hati nya juga turut sedap di makan bersama nasi goreng sebagai juadah minum pagi sebelum berangkat ke pejabat. Hee. Jika silap cara memasak, rasanya akan pahit. Perlukan orang mahir sahaja untuk memasak telur Ikan Buntal ini. 

Dan yang paling sedap dan terbaik apa pada Ikan Buntal ialah Hati Ikan Buntal. Ini yang terbaik dari alam semesta. Paling sedap dalam pelabagai jenis masakan.

Walaubagaimanapun, Ikan Buntal Kuning ini sedap dimakan sekiranya berada dalam keadaan 100% fress, segar dari Sungai Saribas, Betong.

Cuba dahulu, baru tahu. Sedap hingga menjilat jari jemari. Hee

Sekian,
Terima kasih.

FAKTA : SARAWAK MEMILIKI LAPANGAN TERBANG TERBANYAK DI MALAYSIA!


Malaysia mempunyai sistem rangkaian lapangan terbang antarabangsa dan domestik yang lengkap, moden dan bertaraf dunia. Lapangan-lapangan terbang di Malaysia mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa dan kapasiti lapangan terbang yang boleh menampung keperluan pertambahan penumpang dan operasi syarikat penerbangan sama ada dalam dan luar negeri.​
​​
​​​​​​​Senarai Lapangan Terbang​

Malaysia mempunyai 6 lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 padang terbang (short take off landing ports - STOLports) untuk menampung permintaan penumpang yang semakin bertambah dan menampung operasi pelbagai jenis pesawat.​ ​

Apa yang menariknya, Sarawak memiliki 14 buah Lapangan Terbang, antara nya ialah seperti berikut ;

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
2. Lapangan Terbang Sibu
3. Lapangan Terbang Bintulu
4. Lapangan Terbang Miri
5. Lapangan Terbang Mulu
6. Lapangan Terbang Limbang
7. Lapangan Terbang STOLport Lawas
8. Lapangan Terbang STOLport Long Semado
9. Lapangan Terbang STOLport Bekalalan
10. Lapangan Terbang STOLport Long Seridan
11. Lapangan Terbang STOLport Bario
12. Lapangan Terbang STOLport Long Lellang
13. Lapangan Terbang STOLport Long Akah
14. Lapangan Terbang STOLport Long Banga

Sumber : Kementerian Pengangkutan Malaysia

ANAK TAK MAHU MAKAN UBAT?? ATASI MASALAH INI DENGAN TIP PEMBERIAN UBAT KEPADA KANAK-KANAK


TIP PEMBERIAN UBAT KEPADA KANAK-KANAK

Ramai ibu-bapa hadapi kesukaran memberikan ubat kepada kanak-kanak. Bertambah sukar apabila mereka dalam keadaan ‘cranky’.

Hmmmm bagaimana yer untuk atasi masalah ini?
Percaya atau tidak, senyuman sebenarnya boleh membantu dalam situasi seperti ini. Oleh itu kita sebagai ibu-bapa perlu wujudkan suasana ceria dan bersabar.

Kita perlu ingat bahawa anak-anak kita ini bijak. Oleh itu kita perlu terangkan kepada mereka dalam ayat yang mudah untuk mereka fahami berkaitan sakit mereka dan bagaimana ubat boleh membantu mereka untuk kembali sihat semula.

Jika masalah tidak mahu makan ubat berpunca daripada ‘rasa ubat’ itu, cuba berikan kepada anak kita minuman sejuk atau ketulan ice sebaik sahaja mereka menelan ubat. Ini adalah kerana suhu yang sejuk membantu mengurangkan deria rasa. (Kebas).
Selain daripada itu, mencubit sedikit untuk menutup lubang hidung ketika anak kita mengambil ubat juga boleh membantu.

Dengan cara ini, kita akan menghalang deria rasa dan bau untuk berfungsi. Malah untuk menjadikan bahan pujukkan atau dorongan atau menjadikan ia lebih menarik, benarkan anak kita sendiri memicit hidung mereka sendiri ketika makan/minum ubat.
Sebenarnya dengan memberi peluang kepada anak kita untuk ambil tempat atau turut bersama-sama dalam pengambilan ubat-ubatan mereka sendiri adalah sangat membantu.

Cara lain untuk mengatasi masalah memberi ubat kepada kanak-kanak adalah dengan memberi pilihan kepada mereka untuk memilih dimana lokasi dalam rumah yang mereka pilih untuk makan ubat.
Bukan itu sahaja, benarkan mereka memegang ubat dan mengambilnya sendiri bawah pemerhatian dan pemantauan anda sebagai ibu-bapa.

Beri mereka peluang dan tingkatkan keyakinan mereka melalui cara seperti ini.

Jika anak kita merasakan ubat dalam bentuk cecair sesuatu yang meloyakan. Bertanyalah kepada doktor atau hli farmasi anda untuk produk alternatif yang ada dalam pasaran dengan pelbagai perisa untuk atasi masalah ini.

Jika ubat yang diberikan adalah dalam bentuk tablet atau kapsul. Cuba tanya kepada Ahli Farmasi jika terdapat alternatif dalam bentuk “softgel’ yang mudah untuk dikunyah.

Mencampurkan ubat dengan ubat dengan sesuatu makanan yang menyelerakan seperti puding mangga boleh membantu melainkan pada label ubat tersebut telah dinyatakan larangan untuk dicampurkan dengan makanan. Jika melakukannya juga kemungkinan keberkesanan ubat tersebut akan terganggu.

Baca arahan pengambilan ubat untuk anak kita dengan teliti dan bertanyalah kepada doktor yang merawat atau ahli farmasi anda sebelum mencampurkan ubat ke dalam makanan.

Sedikit sifat ‘Lemah-lembut, Kasih Sayang dan Prihatin (TLC) diamalkan semasa memberi makan ubat kepada anak-nanak kita dapat membantu dan menyelesaikan pelbagai masalah pengambilan ubat dalam kanak-kanak.



TIP UNTUK BAYI
---------------
Bagi bayi pula, cara yang lebih baik memberi ubat adalah menggunakan picagari. Walau bagaimanapun elakkan daripada terus memancutkan ubat terus ke tekak bayi untuk mengelakkan daripada keadaan tercekik berlaku atau bayi tersedak dan muntahkan semula ubat yang diberikan.

Cara terbaik adalah memancutkan ubat menggunakan picagari ke arah dinding pipi (bahagian dalam mulut) bayi secara sedikit demi sedikit. Amalan ini mungkin membantu kerana deria rasa ada pada lidah. Pancut ke bahagian dinding pipi dapat mengurangkan bayi merasa pahit ubat tersebut.

Pancut sedikit demi sedikit pula dapat membantu jika bayi tersedak atau muntah. Maka kita sebagai ibu-bapa tahu berapa ml ubat yang telah diberikan dan perlu ditambah semula kerana bayi tersebut telah muntah.

Oh yer, mungkin membedung bayi ketika memberi ubat boleh membantu agar tangan bayi tersebut tidak terkapai-kapai dan boleh mengganggu proses pemberian ubat.

Elakkan daripada memberi ubat dalam keadaan bayi berbaring. Dukung dan condongkan sedikit (dalam sudut 45°) untuk beri makan ubat untuk elakkan daripada tercekik atau tersedak.

GANJARAN (REWARD) SUMBER MOTIVASI
--------------------------------------
Apa kata kita sebagai ibu-bapa bagi ganjaran atau 'reward' kepada anak kita kerana makan ubat. Contoh reward seperti belanja makan kek atau kita sendiri buatkan kek untuk anak kita atau berikan mereka 'stiker-stiker' watak kartun yang menarik untuk mereka beraktiviti menggunakan stiker tersebut.

Satu perkara yang perlu dielakkan semasa proses memujuk anak untuk makan ubat adalah dengan menanam satu ideologi bahawa ubat adalah gula-gula.

Contohnya "Jom aiman makan ubat ini, sedap tau macam gula-gula Strawberry". Yer ayat pujukkan seperti ini harus dielakkan.

Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada anak-anak kita anggap ubat adalah gula-gula. Bahaya jika di masa hadapan jika anak-anak kita tercapai ubat orang dewasa atau ada ubat dalam pegangan mereka, mereka akan ingat ubat adalah gula-gula dan makan ubat tersebut seterusnya menyebabkan berlakunya kesilapan pengubatan atau kesannya keracunan berlaku di rumah yang boleh meragut nyawa.

Maka satu lagi amalan penting adalah jauhkan ubat daripada capaian serta penglihatan kanak-kanak.

Nota:
Sumber poster adalah daripada Puan Hazlin Othman daripada unit Penggunaan Ubat Berkualiti, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.

TIPS BUAT MEREKA YANG BARU BERJINAK-JINAK DALAM AKTIVITI SUKAN LARIAN, BOLEH DILAKUKAN SEBAGAI LANGKAH PERSEDIAAN


16 Tip Berlari Untuk Beginner

Berlari atau running merupakan salah satu aktiviti fizikal boleh yang dilakukan dilakukan secara percuma. Bagi yang pertama kali mencuba, kebanyakkan akan memberikan reaksi yang kurang memberangsangkan.

Ini adalah beberapa tip berlari untuk beginner

Sebelum memulakan larian

1) Sertai kelab kelab larian

Jika tidak ada, tubuhkan kelab larian kecil antara kawan-kawan anda. Ini adalah bertujuan untuk menambahkan motivasi untuk berlari. Maklumlah jika keseorangan motivasi itu kadang-kadang hilang.

2) Lari beramai ramai 

Jika ingin berlari, larilah beramai-ramai. Samada dengan kawan atau mengikuti kumpulan yang sedang berlari.Paling tidak kita mempunyai pesaing.

3) Pastikan memakai kasut yang sesuai

Terdapat pelbagai jenis kasut sukan dipasaran seperti kasut sukan indoor, kasut sukan outdoor, kasut untuk berlari dan bermacam-macam lagi. Anda disarankan untuk memakai kasut yang bersesuian dengan anda. Cuba elakkan dari memakai kasut yang terlampau ketat dan tiada ruang udara

4) Panaskan badan sekurang kurangnya 5 minit sebelum larian

Sebelum memulakan larian anda diingatkan untuk memanaskan badan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah seperti regangan otot badan.


5) Bawa kelengkapan yang sesuai

Untuk mengelakkan kebosanan, anda juga dinasihatkan untuk mendengar muzik, membawa minuman dan juga memakai pakaian yang sesuai.

6) Setkan target yang bersesuaian

Sebelum anda memulakan larian, pastikan anda menetapkan target yang bersesuaian. Sebagai contoh untuk permulaan berlari untuk 2km dan tingkatkan jarak dari masa ke masa

7) Download application untuk berlari untuk setkan log larian

Ini adalah untuk memudahkan anda mengetahui dan juga ada boleh memuat turun applikasi untuk larian.

8) Plan trek larian

Sebelum memulakan larian, anda digalakkan untuk untuk membuat plan untuk terk larian. Salah satu cara untuk mengelak kebosanan adalah dengan mempelbagaikan trek larian.

9) Pastikan badan anda mempunyai air yang cukup

Kekurangan air dalam badan adalah amat bahaya. Pastikan anda menghidrate kan diri secukup rasa.



Semasa melakukan larian

10) Lari secara perlahan tetapi berkala

Pada permulaan anda digalakkan untuk berlari secara perlahan dan berkala untuk memanaskan badan. Selepas itu, anda boleh tingkatkan kadar larian dari masa ke masa.

11) Dengar muzik yang telah di download

Mendengar muzik juga mampu meningkatkan lagi kadar larian dan mengelakkan dari kebosanan.

12) Bermonlog dengan diri sendiri

Salah satu cara untuk meningkatkan motivasi diri semasa berlari adalah dengan bermonolog dengan diri sendiri. Sebagai contoh "Aku boleh, jangan putus asa " dan banyak lagi

13) Teruskan berlari

Jika anda berasa lemah atau patah semangat, teruskan berlari. Hati kena kering.



Selepas melaukan larian

14) Cool down dan melakukan post running work up

Pastikan anda memperuntukkan masa untuk melakukan cool down atau post running work up untuk mengelakkan dari kecederaan.

15) Setkan target untuk larian yang seterusnya

Jika anda sudah mencapat target yang ditetapkan, pastikan anda menetapkan target untuk larian seterusnya.

16) Pastikan ada hari rehat

Untuk memastikan badan anda berfungsi dengan baik, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Jangan memaksa diri sendiri dan boleh mencederakan anda.

*Ps gambar di ambil semasa larian superhero london. Run for charity bersama-sama MERCY Malaysia UK

Percayalah berlari itu best !

Sumber : Khairul Naeim Z

TIP ATASI MASALAH GASTRIK, PUNCA & PENGAMBILAN MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN SERTA YANG DIGALAKKAN PENGAMBILANNYA

                                   



Sememangnya apa yang berkaitan dengan makanan, kita pasti mempunyai keterujaan yang berbeza. Jika diikutkan, banyak yang tidak ingin dilepaskan dalam merasa makanan baru yang ada, tidak kiralah manis, masam, atau pedas.

Tapi, buat mereka yang menghidapi gastrik, ada beberapa makan yang harus dielakkan, dan dijaga. Lebih tepat, ada diet tersendiri, masa yang perlu diambil makanan, serta penjagaannya.

Laman Kementerian Kesihatan Malaysia, ada kongsikan mengenai gastrik, yang mana dikongsikan akan punca/penyebab, serta tips yang boleh diikuti dalam atasi masalah gastrik.

Jom kita tengok apa yang boleh dilakukan.

Foto: onhealth

1. Penyakit Gastrik

Penyakit gastrik atau gastritis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa).

2. Punca / Penyebab
i. Jangkitan kuman ‘helicobacter pylori’
ii. Merokok
iii. Tekanan perasaan
iv. Pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh
v. Pengambilan alcohol berlebihan

Jika tidak dirawat, akan menyebabkan ulser, atau luka dalam perut

3. Makanan yang tidak digalakkan
i. Jenis berempah / pedas
ii. Jenis berasid seperti tomato
iii. Jenis-jenis limau
iv. Makanan terproses seperti sosej, nugget (kerana kandunagn bahan kimia)
v. Minuman berasaskan kopi atau coklat
vi. Beberapa jenis teh, peppermint/green/black
vii. Bawang/bawang putih

4. Makanan yang digalakkan
i. Bahan makanan berasaskan bijirin gandum
ii. Makanan rendah lemak / minyak
iii. Buah-buahan (selain jenis-nejis berasid)
iv. Sayur-sayuran segar

5. Tip atasi masalah gastrik
i. Ambil makanan sedikit tetapi kerap, contoh:
- Sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, dan makan malam, serta diakhiri minum malam (supper)

ii. Beza antaranya adalah 2-3 jam bagi selang masa setiap masa makan
iii. Hadkan ‘supper’ sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur
iv. Tidak melangkau waktu makan utama


PEKERJA MAHU GANTI MESIN ATM ROSAK DICEKUP SELEPAS DISANGKA PEROMPAK


Dua lelaki yang dilihat menolak keluar mesin juruwang automatik (ATM) disangka perompak telah ditahan di Jalan Kampung Baru, di sini, awal pagi tadi,

Kejadian berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Orang ramai yang melihat 'kegiatan' lelaki itu menolak dua mesin ATM membuatkan mereka curiga ianya aktiviti rompakan dan terus menghubungi pihak polis.

Namun telahan mereka meleset, rupanya kedua-dua lelaki berkenaan adalah pekerja yang sedang menukar mesin ATM lama kepada mesin ATM baru di bank berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisoner Md Zukir Md Isa menafikan maklumat yang tersebar mengenai rompakan atau samun di premis berkenaan.

Menurut beliau, selepas menerima laporan dua buah kereta peronda polis telah dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, sebuah lori dilihat diletakkan di hadapan pintu bank dengan dua lelaki berada di dalam premis bersama dua mesin ATM.


"Hasil pemeriksaan kedua-dua lelaki itu mendakwa membuat kerja menukar mesin ATM di bank terbabit dan mereka turut menunjukkan dokumen dari bank sebagai bukti. 

"Disebabkan kejadian awal pagi, polis tidak dapat membuat semakan dengan pihak bank dan kedua-dua lelaki itu ditahan untuk semakan lanjut," katanya.

Md Zukir menyesahkan kedua lelaki ini memang sedang melakukan kerja menukar mesin ATM di premis itu selepas berjaya menghubungi pihak bank terlibat kira-kira jam 9 pagi dan jadual sebenar untuk menukar mesin berkenaan juga adalah jam 9 pagi.

Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu kemudian dibebaskan susulan pengesahan itu. 

Sumber : Berita Harian

SEDAP : 8 LANGKAH MUDAH MASAK AYAM PANSUH SARAWAK YANG HARUS ANDA CUBA!



Ayam Pansuh Sarawak

SEBUT pasal ayam pansuh, sudah pasti ramai yang tahu dan pernah menikmati makanan eksotik tradisional masyarakat Dayak di Sarawak.
   
Makanan tradisional ini begitu sinonim dengan masyarakat Dayak di Sarawak, iaitu Iban, Bidayuh dan Orang ulu.
   
Malah masyarakat bukan Dayak termasuk dari Semenanjung dan pelancong dari luar negara pernah mencubanya ketika mengunjungi Sarawak.
   
Di kalangan masyarakat Iban, makanan yang dimasak di dalam buluh ini disebut ‘ayam pansuh’ atau ‘manok pansuh’, manakala di kalangan masyarakat Bidayuh mereka menyebut ‘syok tanok darum bu-uruk’ atau dalam bahasa Melayu bermaksud ayam masak dalam buluh.

Sama seperti lemang, juadah istimewa itu dimasak di dalam buluh dan dibakar dengan kayu api atau lebih baik di atas bara api. 
   
Sebatang buluh sepanjang satu meter mampu memuatkan seekor ayam yang dipotong dadu bersama ramuan khas yang digunakan bersama masakan tersebut.


Berikut merupakan cara memasak Ayam Pansuh yang dimaksudkan.

Bahan-bahan

500 g ayam, dipotong kecil
1 batang buluh lemang
3 sm halia, dikisar halus
2 ulas bawang putih, dikisar halus
3 sm lengkuas, dikisar halus
1 tangkai batang tepus (sejenis halia liar) , dipotong kecil
2 tangkai serai, dihiris
1 ikat daum kesum, ambil daunnya saja
12 g MAGGI® CukupRasa™
1 ikat daun ubi kayu, ambil daunnya saja

Cara Memasak
1. Sebelum bahan-bahan disediakan, penuhkan buluh dengan air, biarkan selama 30 minit hingga 1 jam untuk mencuci di bahagian dalam dan membantu untuk memudahkan air untuk meresap.

2. Kemudian, masukkan ayam dalam mangkuk bersama halia, bawang putih, lengkuas, serai, tepus, daun kesum, MAGGI® CukupRasa™ dan separuh daun ubi kayu.

3. Juadah ini perlu dimasak di atas dapur api terbuka.

4. Keluarkan air daripada buluh dan masukkan bahan-bahan tadi ke dalam buluh.

5. Lepas semua bahan tersebut telah dimasukkan, letakkan baki daun ubi kayu di atasnya.

6. Biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk pastikan ayam masak sepenuhnya. Apabila air mulai membuak di atas permukaan, maka ayam pun telah masak.

7. Cabut daun ubi kayu daripada permukaan buluh dan tuangkan jusnya ke dalam mangkuk. Kemudian, belah bulu untuk mengeluarkan ayam. Susun di atas pinggan dengan sup.

8. Sedap dimakan dengan nasi Bario dari Sarawak.

Selamat mencuba. 

RM63 UPAH KURUS UNTUK SETIAP KILO BERAT BADAN YANG BERJAYA DITURUNKAN



Beijing: Sebuah syarikat di China memulakan satu program diet yang memberikan ganjaran kepada pekerjanya yang berjaya mengurangkan berat badan - biarpun bos di syarikat itu sendiri gagal menurunkan berat perut yang buncit.

Program yang dimulakan oleh Xian Jingtian Investment Consulting di Xian, wilayah Shaanxi itu memberi ganjaran kepada setiap pekerja 100 yuan (RM63) bagi setiap kilogram yang berjaya diturunkan, lapor CNWest.com.

Acara bulanan yang bertujuan untuk mempromosikan penurunan berat badan yang sihat itu dilancarkan pada Mac dan penurunan berat badan yang paling minimum untuk layak mendapat ganjaran wang adalah 3kg, tulis laporan.

Pekerja, Zhou Wei berkata, setakat ini, lebih dari separuh dari pekerja sudah berjaya mengumpul ganjaran itu setiap bulan.

Dia sendiri berjaya mengurangkan 20kg dalam masa dua bulan lepas, menjadikan ganjaran terkumpul sebanyak 2,000 yuan (RM1,260).

"Hari ini, saya makan kulat dan juga telur (sahaja)," katanya. "Sebelum ini, saya mesti kena makan daging, setiap kali makan mesti kena ada daging."

Selain diet, Zhou juga berkata dia mula pergi ke gym setiap hari untuk mempercepatkan penurunan berat badan.

Bos kepada syarikat itu, Wang Xuebao menyifatkan hasil dari program itu 'melebihi dari jangkaannya'.

"Saya merasa dukacita bila melihat pekerja kami selalu duduk sahaja di dalam pejabat, dan mereka tidak bergerak secukupnya - termasuk saya - jadi mereka terlebih berat. Melalui aktiviti penurunan berat ini, kita boleh buat satu budaya dan melibatkan diri dalam persaingan yang sihat."

Wang bagaimanapun tidak mampu menurunkan berat badannya sendiri biarpun dia yang memulakan inisiatif tersebut.

Kata Wang, dia juga bermatlamat untuk menurunkan berat badan supaya dia juga boleh layak untuk memenangi ganjaran acara terbabit.

PELAJAR TINGGALKAN NENAS DI GALERI SENI & BUAH ITU DISALAH ANGGAP SEBAGAI SENI SEHINGGA DIBERI KOTAK KACA


Seorang pelajar dari Aberdeen telah meninggalkan sebiji buah nenas di sebuah pameran seni sebagai satu 'prank' sebagai tidak tahu apa yang patut dilakukan dengan buah tersebut.

Ruairi Gray, 22, membeli buah terbabit untuk dijadikan bahan jenaka tetapi terkejut apabila keesokan harinya mendapati it telah diletakkan di atas satu gelas kaca sebagai salah satu bahan pameran di Universiti Robert Gordon.

'Prank' terbabit berjalan dengan jayanya apabila buah itu kekal dipamerkan di pameran itu selama enam hari sebelum ia diturun kerana pameran itu berakhir.

Ruairi, yang berasal dari Edinburgh, memberitahu metro.co.uk yang dia membeli buah itu untuk dijadikan bahan lawak ketika bersama rakan. Namun, lawaknya hambar dan tidak mendapat sambutan rakan-rakan.

"Kami tak tahu nak buat apa dengan buah nenas ini sehingga kami jumpa satu tempat kosong di galeri terbabit. Matlamat kami adalah untuk melihat berapa lama ia kekal disitu sehingga dibuang," katanya.

Selepas meletakkan buah nenas itu pada Khamis, pelajar berkenaan kembali empat hari selepas itu dan mendapati buah nenas berkenaan telah ditempatkan di sebuah kotak kaca.

"Kami sangat terkejut dan tidak percaya. Kami tidak berhenti ketawa selama 10 minit," katanya.

"Ia kekal disitu sehingga petang Rabu, dan ia merupakan barang terakhir yang diturunkan."

Ruairi juga menjelaskan salah seorang tutornya yang berada di pameran itu bertanya kepada seorang pensyarah seni jika nenas itu satu seni.

"Ruairi berkata, pensyarah itu menjawab: "Dah tentu ianya betul, kamu boleh tengok apa yang mereka cuba lakukan dengan bahagian atas buah nenas dan kotak kaca itu."


BERHADAPAN SITUASI DIBUANG KERJA SERTA-MERTA OLEH MAJIKAN, INI HAK ANDA YANG HARUS ANDA KETAHUI


Apabila kita bekerja dalam sesebuah organisasi, atau syarikat, sudah semestinya kita perlu mengikut segala aturan yang telah ditetapkan, lebih-lebih lagi tugasan yang seharusnya dilakukan oleh kita berdasarkan jawatan yang disandang.

Namun begitu, mungkin ada sedikit masalah yang dihadapi oleh syarikat, atau dari kita sendiri yang mana boleh menyebabkan majikan membuang memecat kita.

Tapi, sekiranya anda berhadapan dengan situasi tersebut, dan ianya adalah satu arahan serta-merta, anda sebenarnya ada hak ke atas pemecatan tersebut.

Menerusi perkongsian dari seorang peguam, iaitu Cik Nor Zabetha, sekiranya anda dibuang kerja dalam tempoh 24 jam tanpa notis, ini adalah hak yang anda boleh tuntut dari majikan.

Mari kita cuba fahami akan hak yang kita ada.

Dibuang dari kerja serta- merta! Apa hak kita?

Memang tidak adil sekiranya dibuang kerja dalam tempoh 24 jam tanpa sebarang notis. Sepatutnya kita diberikan peringatan terlebih dahulu, kita juga ada tanggungan. Tambahan pula, hendak mencari pekerjaan baru teramatlah sukar.

Bolehkah majikan membuang kerja dalam tempoh 24 jam?

Pembuangan kerja 24 jam mungkin dibenarkan dalam kes salah laku yang serius dan mendatangkan mudarat kepada syarikat atau pekerja lain. Contohnya anda menyerang pekerja lain dengan senjata ditempat kerja atau anda membawa dadah ketempat kerja atau anda mencuri barang syarikat.

Dalam keadaan lain, majikan tidak boleh membuang anda sewenang-wenangnya. Majikan perlu terlebih dahulu:

a. Menghantar surat peringatan, 
b. Disusuli tunjuk sebab, 
c. Disusuli dengan penyiasatan oleh badan siasatan, dan kemudian 
d. Sekiranya didapati anda memang layak diberhentikan, barulah anda diberhentikan. 

Sekiranya anda dibuang secara salah, anda boleh membawa kes ini ke mahkamah buruh atau jabatan perusahaan sebelum mendapat izin ke mahkamah industri.

Tuntutan di mahkamah industri bagi gaji yang melebihi RM2,000.00 dan anda boleh minta maksimum 24 bulan gaji. 

Manakala tuntutan, di Mahkamah buruh bagi gaji kurang dari RM2,000.00 dan berdasarkan perjanjian.

Share untuk manfaat bersama.

ANJING MENITIS AIR MATA MENAHAN KESAKITAN AKIBAT DIRACUN PENJENAYAH SELEPAS GAGALKAN CUBAAN MEROMPAK


Anjing dan kucing merupakan antara haiwan yang paling rapat dengan manusia. Tetapi, dari segi kesetiaan, anjing dilihat sebagai haiwan peliharaan yang lebih setia jika dibandingkan dengan kucing. Bagaimanapun, masih ada lagi manusia yang sanggup bertindak kejam terhadap haiwan ini.

Seekor anjing di Indonesia menjadi mangsa kekejaman perompak apabila ia diracun oleh penjenayah itu dalam kejadian yang berlaku beberapa hari lalu.

Kisah menyedihkan itu dikongsi oleh pengguna Facebook, Achy Wijaya. Menurut Achy, halaman rumahnya dimasuki oleh orang yang tidak dikenali dipercayai untuk merompak namun niat tersebut gagal apabila anjing peliharaan Achy sempat menghalau mereka keluar.

"Beberapa hari yg lalu di tengah malam, halaman rumah kami dimasuki oleh orang tak di kenali, namun gagal karena digonggong oleh anjing peliharaan kami." tulis Achy.

Bagaimanapun, keesokan harinya, anjing terbabit telah diracuni oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya, anjing itu mati dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

"Pagi ini anjing kami mati diracuni oleh orang yang tak bertanggung jawab. Sudah dikasih pertolongan tapi tetap tidak selamat. Sudah di kasih susu 1 botol, minyak setengah liter, sama air kelapa tapi tidak selamat.

"Ingin di bawa ke doktor hewan tapi kami di Papua, doktor hewan hanya ada di dinas peternakan, dan kejadianya pada hari Minggu, dinas tersebut tutup." tulis Achy.

Bersama posting terbabit, Achy turut memuat naik beberapa video dan juga gambar saat-saat terakhir anjingnya itu.


GADUH? NORA DANISH VS FASHA SANDHA


Gaduh? Nora Danish & Fasha Sandha.

Kuala Lumpur, 12 Mei - Penganjur acara 'Fenomena Aidilfitri 2017' sebentar tadi mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf mengenai isu yang timbul melibatkan dua selebriti tanah air, Nora Danish dan Fasha Sandha.

Ketua Pegawai Eksekutif Glass Go Media Sdn Bhd, Amiruddin Rizuan Khairun Ali menerusi kenyataan memohon maaf itu berkata dia berjanji akan menyelesaikan isu tersebut dengan kedua-dua selebriti itu.

"Saya berharap agar kekhilafan ini dapat diteladani dengan baik dan akan mempastikan agar perkara sedemikian tidak lagi berulang dengan menambahbaik, meningkatkan, serta memperkemaskan lagi kualiti operasi kami,"

"Saya memohon maaf juga kerana situasi salah faham ini adalah berpunca daripada kekeliruan saya sendiri. Saya berjanji akan menyelesaikan perkara ini dengan Fasha Sandha dan Nora Danish sebaiknya." tulisnya.

Berikut adalah teks penuh kenyataan terbabit.

RESPONS GLASSGO MEDIA SDN. BHD. SELAKU PENGANJUR ACARA “FENOMENA AIDILFITRI 2017” BERHUBUNG KENYATAAN-KENYATAAN TERBUKA YANG DIPERKATA DAN SEDANG MENULAR DI LAMAN-LAMAN MEDIA SOSIAL YANG MENDAKWA BERLAKUNYA LAYANAN BURUK TERHADAP JEMPUTAN YANG HADIR.  

Venue : 10 Mei 2017 - DOUBLETREE HOTEL, KUALA LUMPUR

1. Selaku pihak penganjur yang bertanggungjawab menguruskan acara, saya bagi pihak Glass Go Media Sdn Bhd dengan ini mengemukakan kenyataan terbuka yang bertujuan memohon dengan hormatnya, kemaafan secara terbuka daripada semua pihak dan para peminat, samada secara langsung atau tidak langsung, telah tersentuh hati akibat daripada dakwaan telah menerima layanan kurang baik semasa menghadiri acara tersebut.

2. Oleh itu, perkara tersebut adalah diharap dapat diselesaikan dengan baik melalui ketelusan kenyataan serta kemaafan yang terbuka bagi menjaga serta memelihara nama-nama baik kesemua pihak yang terlibat.

3. Dalam suasana penuh hikmah ini juga, saya  menyatakan rasa amat kesal terhadap perkara yang tidak diingini itu berlaku. Dengan rendah hati saya juga memohon agar hal-hal perkara itu tidak lagi diperpanjangkan kerana tidak akan mendatangkan manfaat mahupun kebaikan sekiranya situasi yang berupa tuduh-menuduh dibiarkan. 

4. Saya berharap agar kekhilafan ini dapat diteladani dengan baik dan akan mempastikan agar perkara sedemikian tidak lagi berulang dengan menambahbaik, meningkatkan, serta memperkemaskan lagi kualiti operasi kami.

5. Saya memohon maaf juga kerana situasi salah faham ini adalah berpunca daripada kekeliruan saya sendiri. Saya berjanji akan menyelesaikan perkara ini dengan Fasha Sandha dan Nora Danish sebaiknya.

AMIRUDDIN RIZUAN KHAIRUN ALI
Ketua Pegawai Eksekutif
Glass Go Media Sdn Bhd
12 Mei 2017

GEMPAR! BUAYA DITEMUI DITEBING SUNGAI!





Penduduk Kampung Kalok, Pusa, Betong, Sarawak gempar apabila menemui bangkai seekor buaya terdampar di teping sungai petang semalam. 

Penemuan bangkai buaya tersebut menimbulkan persoalan dan tanda tanya, ekoran tragedi serangan buaya yang telah berlaku beberapa bulan lepas.

Walau bagaimanapun, punca sebenar kematian buaya berkenaan belum dikenal pasti.

Sumber : I Love Pusa

NGERI : PERCUTIAN PELAJAR DIINTIP KAMERA TERSEMBUNYI

Petaling Jaya: Percutian yang membabitkan 31 pelajar universiti bertukar menjadi 'mimpi ngeri' buat mereka apabila mereka dirakam secara rahsia di bilik mandi.

MStar Online melaporkan, kumpulan terbabit; 23 wanita dan lapan lelaki; yang berusia sekitar 20-an itu tinggal di seebuah homestay di Selayang pada 9 Mei dalam satu percutian.


Salah seorang pelajar, Wong, terkejut apabila salah satu penyangkut di bilik mandi itu terjatuh selepas dia menyangkut tuala di situ.

Dia berasa tidak selesa apabila ternampak satu cip dan sesuatu yang menyerupai kanta kamera, lantas bertindak memberitahu rakan-rakannya.

Pelajar-pelajar berkenaan kemudian memeriksa bilik mandi lain dan terkejut apabila menemui peranti sama.

Laporan polis telah dibuat oleh salah seorang bapa pelajar di Balai Polis Selayang, sebelum membawa perkara itu kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong.

"Dia juga meminta bantuan juruteknik memeriksa peranti itu yang akhirnya dikenal pasti sebagai kamera pengintip," katanya.

Kata Chong, setakat ini pengendali homestay dan seorang pekerja asing telah disoal siasat polis.

Beliau menambah ini adalah aduan ketujuh yang diterima melibatkan kamera pengintip sambil mengingatkan pemilik yang menjadikan kediaman mereka sebagai homestay memastikan lokasi mereka 'bersih' daripada peranti seperti itu.

"Ia mungkin telah dipasang oleh seseorang dengan niat tidak baik, jadi lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena," katanya.

Sumber : mstar

PANGGUNG WAYANG TERAPUNG DI DALAM KOLAM RENANG DI STARSBOURG

Anyway konsep wayang di dalam kolam ini muncul ketika Festival European Fantastic Film. Tayangan khas filem Jaws dilakukan di kolam renang Strasbourg. Jika sudah bosan dengan beanie cinemas, ini the next step untuk gimik wayang. On a side note this will never come to Kelantan in any shape or form due to haram. 







LUKISAN PENUH SINIKAL DAN SATIRIKAL PAWEL KUCZYNSKI


Lukisan Pawel Kuczynski sangat sinikal dan satirikal. Komentar masyarakat yang sangat tajam. Ini ialah bahagian ke-empat beliau dan kali ini ia memandang media sosial dengan kanta penuh benci.





Sumber : Pawel Kuczynski

PELIK? : GADIS TANAH LIAT



Tanah liat sinonim dengan permainan kanak-kanak namun ternyata faktor umur bukan penghalang minat jurutera, Farrah Wahida Saari, 27, yang obses dengannya sejak berumur lapan tahun.

Bertitik tolak dari itu, Farrah Wahida mula mempelajari cara menghasilkan cenderahati diperbuat daripada tanah liat jenis polimer.

Meskipun tiada asas, dia sanggup belajar sendiri dan kemahiran itu nyata berguna kerana Farrah Wahida kini dapat menambah ‘duit poket’ dengan menjual cenderahati hasil kerja tangannya itu di dalam talian.

“Saya mula tertarik dengan tanah liat selepas melihat patung diperbuat daripada bahan itu ketika kecil.

“Sejak itu, saya cuba mempelajarinya daripada orang perseorangan selain menjadikan YouTube sebagai rujukan.

“Lama-kelamaan, minat itu bertambah dan tidak sangka ia akhirnya menjadi pendapatan sampingan kini,” katanya.

Meskipun sudah mahir, Farrah Wahida berkata, dia masih tidak jemu mempelajari teknik lain yang boleh membantunya menghasilkan lebih banyak barangan berasaskan tanah liat.

Baginya, banyak kegunaan tanah liat dan bukan sekadar menghasilkan cenderahati atau tembikar saja seperti yang diketahui umum.

“Disebabkan minat, saya boleh menghabiskan masa berjam-jam ketika di rumah hanya untuk menghasilkan pelbagai barangan daripada tanah liat.

“Mujurlah keluarga memahami minat ini malah mereka turut memberikan sokongan kerana tahu ia tidak sia-sia sebaliknya memberi pendapatan sampingan kepada saya.

“Namun, ada juga mempersoalkan minat saya kerana menganggap harga tanah liat terlalu mahal dan tidak berbaloi untuk membelinya,” katanya yang mengambil tempahan menghasilkan patung hiasan kek, bingkai gambar, anting-anting dan tag nama.

Anak jati Langkawi, Kedah ini berkata, dia gembira kerana hasil kerja tangannya itu bukan saja menjadi pilihan ramai termasuk pelancong luar negara.

Menurut Farrah Wahida, penerimaan baik itu mendorongnya membuat barangan lebih bermutu pada masa akan datang.

“Kalau boleh, saya tidak mahu terlalu tertumpu dalam penghasilan cenderahati semata-mata.

“Sebaliknya, saya ingin menghasilkan lebih banyak barangan seperti meja, kerusi dan lain-lain seperti pencinta tanah liat di luar negara,” katanya.

Sumber : Harian Metro