TIPS REBUS TELUR SUPAYA MUDAH DIKUPAS DAN TAK MELEKAT

Nampak mudah tetapi sebenarnya, proses untuk merebus telur ini memerlukan teknik yang teliti. Mana tidaknya, jika tidak direbus dalam masa yang cukup, mestilah tidak menjadi telur rebus tersebut dan proses nak kupas kulit pun jadi rumit. Akhir sekali, bila nak masak rupa telur yang dikupas pun jadi tidak menarik.

Oleh itu, jika anda merupakan peminat telur rebus dan sering menggunakan telur rebus dalam masakan, anda kena cuba teknik untuk mendapatkan telur rebus yang cantik apabila dikupas. Barulah ‘flawless’ telur tu!

1.BASUH TELUR


Mula-mula, macam biasa basuhkan telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tambah air. Tak perlu air mendidih baru nak masukkan telur ya.

2.GUNA GARAM DAN MINYAK MASAK

Kemudian, masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak. Inilah rahsianya yang menjadikan kulit telur mudah terasing daripada isinya.

3. REBUS

Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10-15 minit atau sehingga air menggelegak.

4.RENDAM DAN KUPAS

Akhir sekali, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah agak suam, boleh terus kupas macam biasa. Hasilnya memang memuaskan dan memudahkan kerja!

Semoga bermanfaat!


USTAZ EBLIT LIEW HENTIKAN BANTUAN DAN TANGGUH BINA SEKOLAH DI SEMPORNA SABAH

Dalam perkembangan terbaru dunia Dakwah Malaysia, Ustaz Ebit Liew melalui catatan terbaru beliau di akaun facebook nya menyatakan bahawa beliau tidak dapat meneruskan misi bantuan dan menangguhkan niat untuk membina sebuah sekolah.

Beliau juga memaklukan bahawa, hasrat beliau untuk ke pulau-pulau  sekitar Semporna diminta untuk diberhentikan sambil memaklumkan bahawa denda RM100K atau penjara 3 tahun jika meneruskan perjalanan ke pulau berkenaan.

Ustaz Ebit Liew akan meneruskan misi kebajikan nya di Negeri Sabah untuk beberapa hari lagi dan akan ke Tawau, Sabah.

Semoga usaha murni Ustaz Ebit Liew menjadi asbab kebaikan dan hidayat kepada semua.

Berikut meruapakn text berkenaan perkara tersebut ;

Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah. Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun. 

Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya. Tiada caj. Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan. Sebab dekat sana tiada tempat untuk buat begitu. Dari bot jer bagi bantuan. Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.

Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.

Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah.

KUIH BUNGKO SIBO BILAL MASJID AT TAQWA GITA, KUCHING, SARAWAK

Diusahakan oleh pemuda, Ahmad Nazib Bin Zaidi yang juga merupakan Bilal di Masjid At-Taqwa Kampung Gita Kuching, Kuih Bungko Sibo tidak asing lagi bagi ahli masjid dan surau sekitar Kuching.

Memiliki rasa yang tersendiri dan jarang didapati ditempat lain Kuih Bungko Sibo ini merupakan hasil sentuhan bapa mertua beliau.

Rasa yang sedap dan harga yang berpatutan merupakan kunci sebenar Kuih Bungko Sibo ini diminati ramai dan seringkali menerima tempahan daripada orang ramai. Tidak kurang juga ada yang membeli dengan niat untuk bersedekah ke masjid-masjid dan surau di sekitar Kuching.



Semoga rezeki anak muda ini dipermudahkan dan mungkin Kuih Bungo Sibo boleh berkembang maju dan terbang jauh kehadapan.

5 TIPS KEKALKAN HUBUNGAN JARAK JAUH AKIBAT COVID-19


KEPESATAN dunia hari ini menuntut sebahagian individu untuk berada jauh daripada keluarga. Antara faktor menyumbang fenomena ini ialah peluang pekerjaan berstatus tetap di lokasi berbeza, jenis dan skop pekerjaan yang mempunyai komitmen di lokaliti tertentu dan keperluan sesetengah jawatan penting di kawasan ditetapkan.

Bagaimanapun, pandemik COVID-19 yang melanda dunia menyebabkan lebih ramai orang terpaksa mengalami perhubungan jarak jauh ini. Ibu ayah terpisah daripada anak-anak, suami tidak berjumpa isteri untuk tempoh lama dan anak-anak lebih memilih untuk tidak bersua orang tua kerana bimbang akan keselamatan mereka.

Justeru, bagaimanakah kita dapat mengekalkan perhubungan jarak jauh ini terutama yang disebabkan faktor COVID-19.

Pertama, sentiasa berfikiran positif dan kekal berhubung ialah asas kepada pengukuhan hubungan berkenaan. Walaupun tidak mampu menyamai perasaan ketika berada berhampiran, kiriman ingatan seperti makanan kegemaran ataupun hadiah melalui aplikasi pesanan dalam talian dapat meredakan ketegangan emosi ahli keluarga tinggal berjauhan.

Kedua, penggunaan servis kejutan hari istimewa disediakan pihak tertentu boleh menjadi antara usaha mengeratkan kasih sayang sesama mereka.

Ketiga, di sebalik kesibukan menjalani rutin harian, ingatan ringkas melalui pesanan suara dan video pendek mampu menjadi penghapus kerinduan. Bagi anak yang tidak dapat berada bertemu dengan ibu bapa disebabkan kekangan COVID-19, mereka boleh bertanya khabar secara berterusan mengenai perihal mereka adalah satu kemestian.

Keempat, kita perlu mengenali individu yang tinggal dalam kawasan kejiranan ibu bapa dapat memastikan mereka sekeluarga tidak terputus hubungan.

Tidak dinafikan, kehidupan suami isteri tinggal berjauhan adalah sesuatu mencabar kerana tanggungjawab dipikul ada kalanya menjadi lebih berat apabila bersendirian.

Justeru, tips kelima adalah dengan bercerita mengenai kehidupan seharian antara sesama pasangan dapat membuatkan ikatan menjadi lebih utuh. Contohnya, meluahkan kelelahan di rumah ataupun tempat kerja dan berkongsi masalah dapat membuatkan bebanan perasaan sedikit ringan.

Manusia ada waktunya memerlukan sokongan daripada kumpulan. Oleh itu, tips keenam adalah dengan menyertai kelompok mereka yang terbabit dalam hubungan jarak jauh ini, mereka boleh berkongsi petua dan kekuatan serta menguatkan mental untuk menempuhi hari mendatang.

Segala usaha untuk menguatkan ikatan kekeluargaan ini akan tercapai apabila semua pihak cuba untuk saling berhubung dan mengirimkan ingatan tidak kira dengan apa cara sekalipun.

PELAJAR SPM SMK PETRA JAYA JATUH DARI TINGKAT TIGA BAGUNAN SEKOLAH

Hari pertama sesi persekolahan di SMK Petra Jaya di sini bertukar tragedi apabila salah seorang pelajar jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi, ketika pelajar berkenaan berada berhampiran bilik darjahnya.

Mangsa yang berusia 17 tahun dari Kampung Tupong Batu di sini kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans dan keadaan dilaporkan stabil.

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan, untuk calon-calon yang mengambil peperiksaan awam.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

BANJIR 2021 : REMAJA DIHANYUTKAN ARUS DERAS DI KUBAH RIA

Kejadian berlau pada 14 Januari 2021. Sepasang lelaki dan wanita terjatuh ke dalam Sungai Sarawak berdekatan Kubah Ria semalam. Salah seorang mangsa iaitu wanita berusia 27 tahun berjaya diselamatkan oleh pekerja kapal yang kebetulan berada di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, seorang lagi mangsa iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun masih belum ditemui dan dikhuatiri lemas. Sehingga ke hari, operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba masih giat dilakukan.

Mayat mangsa telah dijumpai pada tengah hari 16 Januari 2021.

Al-Fatihah buat mangsa.

SEORANG LELAKI DISAMBAR BUAYA DI KAMPUNG MERANEK, SAMARAHAN

Seorang lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia setelah disambar buaya di Kampung Meranek, Samarahan. Mangsa telah turun ke sungai bersama bapanya pada awal subuh 12 Januari untuk menarik pukat. Namun demikian, mangsa telah disambar buaya dan bapanya segera pulang ke rumah untuk memberitahu perkara tersebut.

Melalui Operasi Mencari dan Menyelamat (SARS) yang dilakukan oleh pasukan bomba pada 14 Januari, mereka menemui sebahagian besar paha hingga ke pergelangan kaki kanan di Muara Sungai Samarahan iaitu kira-kira 7.5 km dari mangsa diserang buaya. Anggota badan tersebut dipercayai milik lelaki berkenaan setelah disahkan oleh ahli keluarganya.

MINI REGATA DI KPG SEJIJAK SEMASA BANJIR 2021

Tatkala banjir melanda, sekumpulan pemuda di Kampung Sejijak pula menggunakan kesempatan ini untuk menghiburkan hati mereka dengan mengayuh perahu sesama mereka semalam iaitu 14 Januari 2021. Kumpulan pemuda ini dilihat berlumba sesama sendiri seolah-olah mini regatta semasa banjir melanda Kampung Sejijak dekat Matang, Kuching. Kampung ini sememangnya terkenal sebagai lokasi penganjuran acara lumba perahu iaitu Sejijak Regatta.

SAR MANGSA SERANGAN BUAYA DIHENTIKAN

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Azyan Azhar,29, yang dilaporkan hilang dibaham buaya di sungai Kampung Meranek ditamatkan susulan penemuan sebahagian daripada mayat dipercayai milik mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat iaitu sebahagian penuh paha hingga pergelangan kaki kanan itu ditemui kira-kira 7.5 kilometer (km) dari lokasi mangsa diserang.

"Pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini ditingkatkan kepada radius 15km di hulu dan hilir kawasan tempat kejadian dan tempat pakaian mangsa dijumpai.

"Pada jam 12.05, pasukan SAR berjaya menjumpa sebahagian penuh paha hingga pergelangan kaki kanan di muara Sungai Samarahan iaitu 15km dari Pusat Kawalan Bomba dan 7.5km dari lokasi mangsa diserang buaya.

"SAR ditamatkan pada jam 1.45 petang selepas pihak keluarga mangsa mengambil keputusan menyakini bahawa penemuan tersebut adalah milik anaknya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebahagian mayat mangsa yang ditemui itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Hadir sama di lokasi kejadian ialah Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang.

Mangsa pada 12 Januari lalu bersama bapanya telah pergi ke Sungai Meranek untuk menarik pukat udang pada jam 3.45 pagi.

Dalam kejadian tersebut mangsa dikatakan disambar buaya dan terus hilang ke dalam sungai.

LapOran berhubung kejadian telah dibuat oleh keluarga mangsa dan operasi SAR terus dilancarkan selepas itu.

PKP DI BAHAGIAN SIBU MULAI 16 JANUARI 2021

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Bahagian Sibu berkuatkuasa16 hingga 29 Januari.

Perkara ini diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) susulan peningkatan  kes positif COVID-19 di bahagian tersebut. 

“JPBNS telah memutuskan untuk melaksanakan PKP di Bahagian Sibu meliputi Daerah Sibu, Kanowit dan Selangau berkuatkuasa 16 Januari 2021 jam 12.01 pagi hingga 29 Januari 2021 jam 11.59 malam (14 hari). 

“SOP berhubung dengan PKP ini akan dimaklumkan kepada orang awam pada 15 Januari 2021,” katanya menerusi kenyataan menambah PKP Bersyarat untuk Bahagian Sarikei masih dikekalkan.

Mengenai tatacara kemasukan ke negeri ini, JPBNS memaklumkan semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang masuk ke negeri ini dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan dikehendaki membuat ujian saringan RT-PCR COVID-19 tiga hari sebelum kemasukan ke Sarawak. 

Keputusan ujian mestilah negatif dan dilampirkan dalam permohonan enterSarawak dan arahan berkuatkuasa mulai 16 Januari 2021. 

Kementerian Pengangkutan Sarawak dalam pada itu akan mengumumkan maklumat jadual penerbangan yang telah diluluskan oleh JPBNS.

180 KES POSITIF COVID19 DI SARAWAK

Kes positif COVID-19 baharu di Sarawak terus meningkat hari ini iaitu sebanyak 180 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 1,920 setakat ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Sibu merekodkan kes tertinggi 150 kes dengan 148 kes melibatkan Kluster Pasai manakala dua kes lain-lain saringan. 

Miri katanya merekodkan sembilan kes dengan lima daripadanya melibatkan Kluster Jelita, dua kes dari Kluster Bah Sayap, satu kes balik dari Sabah dan satu lagi kes disaring melalui pengesanan kes secara aktif di premis makanan. 

Lain-lain kes direkodkan di Bintulu (4), Kuching (4), Dalat (3), Simunjan (2), Sebauh (2), Limbang, Samarahan, Tebedu, Betong, Sarikei dan Lubok Antu masing-masing satu kes. 

JPBNS turut memaklumkan Daerah Sarikei dan Lubok Antu telah bertukar status  dari Hijau kepada Kuning setelah satu kes baharu dikesan melibatkan jangkitan tempatan. 

Daerah Kuching, Sibu dan Miri kekal berstatus Merah manakala Daerah Sebauh berstatus Jingga. 

Daerah Beluru, Dalat, Selangau, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Meradong, Bintulu dan Limbang kekal berstatus Kuning manakala lain-lain daerah Hijau. 

"Terdapat sembilan kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini iaitu dari Hospital Miri (6) dan Hospital Umum Sarawak (3). 

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 1,131 orang,” katanya. 

Manakala jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 768 orang. 

“Hari ini juga terdapat dua kes COVID-19 yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu di Hospital Miri. Kes dalam keadaan stabil. 

Mengenai kes orang disyaki (PUI) pula, hari ini sebanyak 279 PUI baru dilaporkan dengan 83 PUI masih menunggu keputusan ujian makmal. 

Manakala seramai 368 individu di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin. 

NENK 63 TAHUN SELAMATKAN EMPAT CUCUNYA DARIPADA KEJADIAN TANAH RUNTUH

PADAWAN: Seorang nenek berusia 63 tahun bersama anak perempuannya bertindak pantas membawa keluar empat cucunya apabila sebahagian rumah mereka di Kampung Garung, kilometer 40 Jalan Puncak Borneo ditimbus tanah runtuh malam tadi.

Nona Budis berkata, kejadian tanah susur di belakang rumahnya itu berlaku pada 8.30 malam ketika beliau sedang menonton televisyen di ruang tamu, manakala cucu dan anak perempuannya berada di dapur rumah berkenaan.

"Tiba-tiba saya terdengar dentuman kuat, diikuti runtuhan dinding rumah kami dan tanah memasuki ke dalam ruang tamu rumah.

"Mujurlah ketika itu anak dan cucu-cucu saya tidak berada dekat dengan televisyen seperti kebiasaannya," katanya ketika ditemui di rumahnya itu hari ini.

Hadir untuk melawat dan meninjau tempat kejadian ialah Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi.

Menurut Nona, ini adalah kali kedua kejadian tanah runtuh di belakang rumahnya itu berlaku, selepas kejadian baru-baru ini.

"Ketika ini, kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah anak saya," katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan dua rumah mengalami kerosakan akibat tanah runtuh di Kampung Annah Sadir, Padawan kira-kira 3.30 pagi semalam.

Menurut ketua kampungnya, Sagu Bakong kejadian tanah runtuh itu berlaku akibat hujan yang beterusan sejak Isnin lepas. - BERNAMA

Sumber : astro awani

PKPB DI 3 ZON DI SARAWAK BERMULA TENGAH MALAM INI!

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)akan dikuatkuasakan di tiga zon merah melibatkan Kuching, Sibu dan Miri bermula tengah malam ini (13 Januari 2021).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, PKPB itu akan dilaksanakan bermula 13 hingga 26 Januari 2021 iaitu selama 14 hari.

Menurut JPBN, Zon Kuching merangkumi Kuching, Samarahan dan Serian, Zon Sibu melibatkan Sibu dan Sarikei manakala Zon Miri merangkumi Daerah Miri.

SEDAR ANAK HILANG SELEPAS VIRALK DI MEDIA SOSIAL

KOTA SAMARAHAN - Dalam kejadian pada 3 Januari 2021 tersebut seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, seorang bapa baru menyedari kehilangan anaknya setelah melihat gambar anaknya tular di media sosial. Dalam masa yang sama, kanak-kanak tersebut ditemui merayau seorang diri oleh pasukan peronda MPV IPD Kota Samarahan. Pihak polis membawa kanak-kanak tersebut ke balai polis dan menerima panggilan daripada bapanya sejurus selepas itu.

Menurut bapanya, beliau membaiki rumah di tingkat atas dan anaknya berada di tingkat bawah untuk menonton televisyen. Namun demikian, semasa beliau turun ke tingkat bawah, anaknya tidak kelihatan namun menganggap bahawa kanak-kanak tersebut mengikut ibunya membersih rumah di tempat lain.

BAYI BERUSIA 6 BULAN ANTARA MANGSA KEMALANGAN SEKELUARGA DI PENGKALAN FERI TRISO SEBUYAU, SIMUNJAN.

1 Januari 2021, Hari Jumaat. Petang tadi gempar di Pengkalan feri Triso apabila sebuah Kereta Penumpang pacuan empat roda yang dinaiki sebuah keluarga terjunam ke dalam air di Pengkalan Feri Triso Sebuyau yang terletak di Muara Sungai Batang Lupar. Menurut info dari saksi kejadian di lokasi mengatakan seoarng bayi yang dipercayai berusia dalam lingkungan 6 bulan merupakan antara mangsa yang meninggal dunia.

Merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Amansyah kejadian yang berlaku pada jam 3.15 petang tadi adalah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai gagal dikawal dan tergelincir dari feri yang sedang menyeberangi sungai Triso. Kenderaan yang dinaiki oleh sekeluarga itu telah menjunam ke dalam sungai yang  dimana kedalaman di lokasi kejadian adalah kurang empat meter dari tebing sungai.

Orang ramai yang menyedari kejadian telah bergegas ke lokasi kejadian untuk dan bertindak pantas untuk menarik kesemua mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan dengan bantuan operator feri.

Selain itu terdapat sumber lain mengatakan bahawa mangsa - mangsa yang meninggal berasal dari Kapit Sarawak. Kesemua mangsan dipercayai berusia 4 bulan hingga 36 tahun.

Pemandu hilux (Wanita,) yang  meninggal dunia di sungai Pangkalan Feri Triso adalah seorang mualaf. Hajatnya adalah untuk menghantar anaknya pergi belajar tahfiz. Sangat menyedihkan kesemua mereka anak beranak lemas di dalam hilux tersebut.  Allahu.. Syurga menanti..Al fatihah

MAKLUMAT MANGSA

1.Siti Aisha Abdullah - 36 tahun / Perempuan

2.Mohd Ahmad bin Mohd Hamdan - 4 bulan / Bayi Lelaki

3.Muhd Mustaqim bin Mohd. Hamdan - 5 tahun / Lelaki

4.Mohd Aiman bin Mohd Hamdan - 7 tahun / Lelaki

5.Ronany Ting - 33 tahun / Perempuan (Pemandu)

6.Wallace Phang - 7 tahun / Lelaki

7.Alvin Phang - 12 tahun / Lelaki

8.Khairunnisa binti Muhamad - 14 tahun / Perempuan

9.Nor Shuhada ninti Mohamad - 16 tahun / Perempuan

Kita sama sama doakan semoga mengsa - mangsa ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Alfatihah buat mangsa - mangsa yang terkorban.