HILANG 35 KG DALAM 3 BULAN, IBU 3 ANAK INI KONGSI 7 TIPS KURS SELEPAS BERSALIN

Hilang 35kg Dalam 3 Bulan, Ibu Anak 3 Ini Kongsi 7 Tips Kurus Lepas Bersalin
Masa mengandung lagi mesti ramai yang risau takut tak dapat kembalikan berat badan normal. Biasalah, lepas bersalin rutin kita pun akan berubah. Banyak kekangan masa, busy dengan anak-anak, dan selalunya tak tahu nak mula dari mana. Apatah lagi ibu yang menyusu badan, memang cepat terasa lapar dan letih.

Jadi dalam kesempatan ini kami ingin kongsikan pengalaman Puan Siti Zainab yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 35kg (dari 95kg kepada 59kg) selepas berpantang. Menariknya, beliau hanya mengambil masa 3 bulan saja!

Mari ikuti tips dan perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

7 TIPS SAYA TURUNKAN BERAT BADAN LEPAS BERPANTANG

Saya nekad lepas bersalin anak ketiga hari tu nak kuruskan badan. Memang badan terasa macam badak air masa tu. Walaupun ada slip disc, mula tu takut nak buat aktiviti berat dan lasak.

Tapi atas konsultasi doktor, katanya penurunan berat badan boleh membantu sakit untuk berkurang kerana beban berat takkan mengganggu bahagian yang sakit tersebut. Sedikit sebanyak, ini menyuntik lebih semangat untuk turunkan berat badan sebaik saja habis berpantang.

95kg ni masa Februari 2018


1. PILIH SENAMAN YANG KITA ENJOY
Mula-mula tu saya tak tahu aktiviti bersenam macam mana yang sesuai dengan disebabkan jadual yang sangat busy. Lagi pula saya tak suka pergi gym. Ada terfikir nak join zumba sebab saya suka menari dan menyanyi. Saya suka aktiviti yang enjoy dan fun. Sambil zumba sambil menyanyi sambil menari lompat-lompat boleh kurus. Best juga ni.

Jadi saya pun cari kelas zumba. Seronok rupanya. Tak pandai step pun tak apa. Lagipun buat di tempat tertutup, semua wanita. Ingatkan meletihkan, tapi lepas zumba badan rasa ringan!

Saya join 3 kali seminggu. Hujung minggu saya angkut sekali anak-anak join sama, sambil main dengan kawan-kawan lain.
Masa awal-awal join zumba.

Dah turun dalam 20kg masa ni 70kg.

2. HOME WORKOUT 
Selain di kelas, saya buat juga zumba sendiri di rumah. Kadang-kadang buat masa anak pergi sekolah atau tengah tidur. Sekarang ni dah senang, buka Youtube macam-macam ada. Subscribe yang mana mudah nak ikut.

Buatlah dalam 30 minit setiap hari, masa ni memang cepat badan turun. Saya buat home workout, squat dan sit up sebelum tidur sekurang-kurangnya 30-50 kali.

Masa mula-mula buat memang jalan terkangkang je. Maklumlah dah bertahun tak exercise. Tapi lepas tu oklah.

Ini antara link Youtube untuk shuffle, aerobic, zumba dance yang saya suka.

https://youtu.be/8TQAJz9U-68

https://youtu.be/Ma48WWEIzLM

https://youtu.be/iO50zg4zQE8

https://youtu.be/tePLvy2jSoU

https://youtu.be/1-O9GrfN80U


3. BERIADAH DENGAN FAMILI DI HUJUNG MINGGU
Hujung minggu biasanya saya jogging atau jalan kaki dengan anak-anak dan suami. Kami gilir-gilir jaga anak. Suami memang bagi sokongan 200%. Memang best bila buat aktiviti sama-sama.


4. JAGA MAKAN
Selain buat zumba, home workout, saya pun jaga makan. Makan kuantiti yang perlu je. Bukan makan ikut nafsu. Kalau tak buat yang ni memang badan akan makin naik.

Saya ada juga ambil suplemen sikit antaranya kalsium, zat besi dan energy booster sebab lepas beranak wanita selalu ada masalah kurang zat nutrisi dan tenaga.


5. PANTAU GUNA APPS
Saya install apps yang free. Dalam Apps Store memang banyak home workout yang anda boleh buat sendiri tanpa gym instructor pun.

Mula buat steps yang simple. Yang penting berpeluh, jantung berdegup laju, tak kisah kardio ke apa janji berpeluh. Dah bakar kalori dan lemak.


6. MESTI KONSISTEN!
Dalam 3 bulan ini memang saya konsisten bersenam setiap hari at least 15 minit-30 minit. Saya buang mindset tak ada masa, tak reti, busy. Kalau nak semua boleh.

Ramai yang dah buktikan selain saya. Tak perlu guna duit pun. Cuma perlu korban sedikit masa dan tenaga.


7. JANGAN BERTANGGUH
Akhir sekali, jangan bertangguh sebab tak tahu macam mana nak mula. Lagi bagus kalau ada push factor supaya kita selesa dengan rutin senaman dan diet supaya dapat teruskan gaya hidup sihat. Cari aktiviti yang betul-betul kita minat dan mulakan dengan yang paling simple. Tak semestinya pergi kelas, boleh buat sendiri di rumah. Yang penting, kena MULA buat.


BUKAN SEKADAR NAK CANTIK, TAPI UNTUK SIHAT
Jom sama-sama kita mulakan exercise dan jaga makan. Yang penting bukanlah kecantikan, tapi bila kurus lebih mudah nak buat aktiviti. Tak mudah penat. Barulah penyakit segan nak datang bila badan kita aktif. Tahap keyakinan diri bertambah, penyakit slip disc pun dah banyak berkurang.

Alhamdulillah sekarang dah boleh pakai baju zaman anak dara balik. Sekarang yang penting kena maintain pemakanan dan teruskan juga workout.

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi bagi anda di luar sana yang berazam untuk turunkan berat badan. Percayalah, anda mesti boleh!

Sumber : SirapLimau