MAYAT PELAJAR LEMAS DI SUNGAI OYA DIJUMPAI


MUKAH: Seorang pelajar tingkatan dua dijumpai lemas lemas di Sungai Oya sekitar pukul 8.30 pagi tadi.

Mayat mangsa Rabani Abdul Razak, 14 beralamat di Kampung Terus, Oya ditemui dua kilometer dari kawasan terakhir beliau dilihat.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Roslan Leman mengesahkan telah menerima laporan berkenaan penemuan itu.

"Mayat dibawa ke Hospital Dalat untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dan empat lagi rakannya sedang mandi di sungai tersebut sekitar 6 petang Sabtu lalu.

Ketika berenang, mangsa kemudiannya tidak kelihatan dan ia disedari oleh raknnya yang lain.

Satu Gerakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan sejurus selepas itu merangkumi orang awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). - Utusan Borneo



No comments:

Post a Comment