SETIAP BAYI BARU LAHIR DI SARAWAK TERIMA INSENTIF RM1000


Rakyat negeri Sarawak yang bakal melahirkan anak di negeri ini adalah antara berita yang paling menggembirakan. Hal ini kerana setiap bayi baru lahir Sarawak akan diberi insentif RM1,000 tanpa mengira etnik, kepercayaan agama dan status sosial mulai tahun hadapan.

Namun insentif itu akan hanya boleh dikeluarkan selepas bayi berkenaan mencapai usia 18 tahun. Kerajaan Negeri membuat keputusan bagi memperkenalkan dasar baru itu dan ia bertujuan untuk memenuhi keperluan pendidikan atau dana untuk melanjutkan karier mereka.