KUCHING: Sekumpulan rakyat Sarawak dari pelbagai latar belakang berhimpun di Padang Merdeka hari ini sebagai menyokong pelaksanaan Cukai Jualan ke atas produk petroleum oleh Kerajaan Negeri.
Pelaksanakan cukai pada kadar 5 peratus ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 dan dijangka meningkat pendapatan negeri sebanyak RM3.85 bilion untuk digunakan semula bagi tujuan pembangunan di negeri ini.
Jurucakap perhimpunan, Lina Soo berkata ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri memperkenalkan cukai jualan ke atas produk petroleum yang akan dibayar oleh syarikat-syarikat minyak seperti Petronas.
Sarawak katanya mempunyai hak untuk mengenakan cukai ini kerana ia termaktub dibawah Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.
"Setiap tahun kita (Sarawak) terpaksa mengemis dana daripada Kerajaan Persekutuan yang datang dan mengambil hasil minyak dan gas kita.
"Kita terlalu baik dengan Kerajaan Persekutuan selama 44 tahun dan ini adalah masa untuk kita mendapatkan hak kita ke atas minyak dan gas kita sendiri," katanya.
Lina (kanan dan Anek (kiri) bercakap kepada pemberita di Padang Merdeka hari ini.
Lina (kanan dan Anek (kiri) bercakap kepada pemberita di Padang Merdeka hari ini.
Kenyataan Lina yang juga Presiden Parti Reformai Sarawak (STAR) turut disokong oleh Patrick Anek Uren yang turut menyertai perhimpunan singkat itu hari ini bersama kira-kira 20 orang penyokong yang lain.
"Kami berhimpun hari ini untuk menyatakan sokongan kami ke atas pelaksanaan cukai jualan 5 peratus ke atas produk petroleum.
"Kami sokong Ketua Menteri dan polisi Kerajaan Negeri ini demi kepentingan rakyat negeri ini sendiri," katanya yang juga Timbalan Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru. - Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment