ENAM TEMPAT MAKAN TERBAIK DAN HARUS ANDA CUBA BILA BERKUNJUNG KE KUCHING SARAWAK.#WAJIBTRY

SARAWAK terkenal dengan kepelbagaian budaya hasil daripada kepelbagaian suku kaum dan etinik yang ada di Bumi Kenyalang ini.

Oleh kerana itu, Sarawak juga turut dikenali sebagai syurga makanan bagi setiap pengunjung yang datang ke Sarawak.

Disini akan saya senaraikan enam tempat makanan yang best dan harus anda try bila berkunjung ke Kuching, Sarawak. Antaranya ialah :

TOKO DAGING


Toko Daging menyediakan Westrn Food dengan harga dan rasa yang berbaloi. Terletak di Taman Mawar Gita dan baru sahaja membuka cawangan keduanya di Satok. Untuk maklumat lanjut berkaan Toko Daging boleh baca entry sebelum ini >> Toko Daging.

PAK AMIT CAFE


Nama yang tidak asing lagi bagi warga Kuching, Pak Amit Cafe yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan yang paling popular ialah Laksa Sarawak yang mempunyai rasa yang tersendiri dan pasti diminati ramai. Pak Amit Cafe memiliki beberapa buah cawangan di sekitar Kuching. Dibuka seawal 7 pagi hingga 11 malam. Boleh singgah di page Pak Amit Cafe.

RUMAH HIJAU


Rumah Hijau antara kedai makan yang popular di Kuching. Terletak di Rubber Road, Satok. Kedai makan berkonsepkan rumah ini dibuka bermula 9 pagi hingga 10.30 malam. Pelbagai menu menarik dan sedap yang harus dicuba bila berkunjung ke Kuching. Boleh singgah di page facebook Rumah Hijau Cafe

DAPUR KAMPUNG 



Dapur Kampung terletak di Jalan Haji Taha dan menyediakan masakan Indonesia. Sesuai untuk makan bersama keluarga tersayang.

CENDOL MAMI



Cendol Mami mempersebahkan cendol pelbagai jenis cendol. Ada Cendol Durian, Pulut, Tapai, Sagu dan banyak lagi. Mee Belacan dan Cucur antara menu hidangan yang sesuai untuk minum petang bersama keluarga tersayang. Teletak di tepi jalan, Jalan Matang Baru, Cendol Mami dibuka setiap hari bermula 11 pagi hingga 6.30 petang. Maklumat lanjut boleh singgah di facebook page Mami Cendol

NASI LEMAK GANJA


Nasi Lemak Ganja beroperasi di Kubah Ria. Menyediakan hidangan nasi lemak pelbagai jenis lauk, antaranya ialah Nasi Lemak Sambal Udang dan Sambal Sotong. Untuk maklumat lanjut boleh singgah sekejap di facebook page Nasi Lemak Ganja