PELAJAR DI KHUATIRI LEMAS DI BATANG OYA, MUKAH



Seorang pelajar tingkatan dua dikhuatiri lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di Batang Oya sekitar jam 5.15 petang kelmarin.

Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Tiong Ling Hii berkata, empat sekawan terbabit pada mulanya mandi di Sungai Oya namun mangsa yang dikenali sebagai Rabani Abdul Razak, 14, berasal dari Kampung Terus, cuba berenang ke seberang sungai.

“Tiga lagi rakannya hanya berenang di tepi sungai,” katanya.

Bagaimanapun ketika cuba berenang ke seberang, mangsa dikatakan telah tenggelam.

Tiga rakannya panik apabila kelibat mangsa tidak kelihatan untuk beberapa ketika sekali gus meminta bantuan daripada penduduk kampung.

Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudiannya dimaklumkan dan turut serta dalam operasi sebelum ditamatkan pada jam 8.45 malam kerana arus sungai yang deras dan jarak penglihatan waktu malam yang amat terhad.

SAR kemudiannya diteruskan pada pagi semalam sebelum ditangguhkan semula jam 6 petang. - Utusan Borneo




Photo : My Mukah

No comments:

Post a Comment