LRT KOTA SAMARAHAN - KUCHING DITERUSKAN


KUCHING: Selain bonus sebulan setengah atau minimum RM2,000 diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggembirakan penjawat awam semalam — hadiah lain cukup bermakna bagi rakyat Sarawak ialah penerusan projek Aliran Transit Ringan (LRT).

Sebelum ini projek LRT diumum untuk ditangguhkan bagi memberi fokus kepada projek infrarakyat yang lain.

Kini, atas permintaan ramai Sarawak meneruskan projek LRT ini dengan permulaan untuk laluan Kota Samarahan-Kuching.

Abang Johari dalam ucapan penggulungan beliau pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18, semalam berkata Kerajaan Negeri mempertimbang melaksanakan laluan Kota Samarahan-Kuching bagi menyuraikan masalah kesesakan.

Selian itu dengan siapnya LRT ini menghilangkan tekanan warga Samarahan yang terpaksa keluar rumah seawal 5 pagi setiap hari.

“Saya diberi jaminan sistem LRT yang dicadangkan akan berdasarkan teknologi kereta api terkini yang mempunyai kos modal lebih rendah jika dibandingkan dengan tempat lain di Malaysia,” kta Abang Johari.

Sebahagian kos modal projek ini katanya, diimbangi oleh keuntungan harta tanah sekitar laluan yang dicadangkan dengan pembangunan berorientasikan transit (tod).

Menurut beliau, keuntungan dijana melalui penyediaan perumahan mampu milik dan pembangunan bandar moden dalam lingkungan 800 meter dari hentian transit atau kira-kira 10 minit berjalan kaki.

Berdasarkan perancangan awal pada Mac lalu, projek ini dijangka beroperasi pada 2024, dan bernilai RM10.7 bilion.

Abang Johari berkata, asalnya ia mempunyai laluan sepanjang 155.2 kilometer dengan laluan dari Kota Samarahan memanjang ke pusat pelancongan Damai sejauh 62.4 kilometer.

Laluan ini dijangka mempunyai 28 stesen dan akan memenuhi 48 peratus daripada penggunaan sistem itu setiap hari. –Sarawakvoice

ZAIBO MENINGGAL DUNIA.


BATU PAHAT: Pelakon veteran dan pelawak, Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, meninggal dunia di rumahnya di Rengit, dekat sini kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Berita sedih itu dikongsi oleh anak tirinya, Hafiz, dalam laman sosial Facebook (FB) yang mengesahkan Zaibo meninggal dunia akibat kanser esofagus (Esophageal Cancer) tahap empat yang dikesan sejak September lalu.

“Assalamualaikum, saya Hafiz. Mewakili pihak keluarga Zainal Ariffin bin Abd Hamid atau Zaibo ingin memaklumkan bahawa ayah pergi dijemput Illahi pada jam 1.30 tengah hari ini.

“Mohon doa semua agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan terpilih... Aminn,” katanya.

President Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT), Datuk DJ Dave, turut mengesahkan hal berkenaan.

“Saya diberitahu oleh isteri beliau sendiri, Puan Hawa mengenai berita sedih ini. Zaibo meninggal dunia dan akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor selepas Isyak malam ini,” katanya.

Isnin lalu, Zaibo sempat menerima kunjungan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit kanser esofagus tahap empat pada 27 Ogos lalu dan pernah menjalani rawatan di Hospital Batu Pahat dan Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor selain dirujuk ke Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

Allahyarham popular menerusi watak Pak Selamat dalam sitkom, Spanar Jaya, selain turut berlakon filem Anna & the King. -Berita Harian

PENGAMBILAN KONSTABEL LELAKI SAHAJA. DI SIBU 21 - 24 NOVEMBER 2018. DI KUCHING 26 - 28 NOVEMBER 2018






DUA BOT EKSPRES DI SIBU TERBAKAR


SIBU : Insiden membabitkan dua buah bot Ekspres terbakar telah, berlaku di Terminal Ekspres Sibu, pagi tadi. 

Kejadian bermula dari kebakaran bot penumpang pertama yang telah memusnahkan 100% bahagian luar dan dalam bot, manakala kebakaran kedua berlaku melibatkan bot ekspres kedua yang terbakar di bahagian enjin belakang bot berkenaan. 

Sewaktu kebakaran, tiada penumpang yang berada di dalam kedua-dua bot berkenaan. Kebakaran telah berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya oleh Pihak Bomba dengan bantuan dari pihak Lembaga Sungai Sarawak. 

Punca kebakaran, masih dalam siasatan.




PAGE FACEBOOK THE MADAH KENAK HACKED! TOK CERITANYA! MADAH MENA TOK.



Utk makluman semua, page asal The Madah yg ada 135K Likers kenak hacked pada 11/10/2018 oleh seorang yg sik dikenali.

Hari tok, ada bukak page yg udah kenak hacked ya dan ada post terbaru dengan templete yg lain dan menggunakan Bahasa Baku Melayu. Nisik nya tauk page The Madah tok kelaka Sarawak seranto-ranto.

Sekiranya, ada update dari page The Madah nak ada 135K Likers ya tek, ya bukanlah dari kamek sebagai admin asal The Madah.

Nya mungkin boleh hacked dan tendang admin asal tapi nya sik pandey kelaka Sarawak kali.

Nasib The Madah sebelum tok ada melahirkan page sekutu tersendiri. Ada duak page yg diadminkan oleh admin asal The Madah ; iaitu The Pesan (ada lebih 6K Likers) dan sigek agik The Kamboh (Ada lebih 22K Likers).

Follo The madah di twitter dan instagram

Oleh kerana ya, kamk sebagai admin asal the madah molah sigek page baru nama the madah juak dengan logo baru, templet baru dan semestinya bahasa Sarawak 100%. Boleh klik link tok. > The Madah. 

Selain ya, boleh juak follow the madah, the pesan dan the kamboh official di Instagram.

Nisik nya tauk, The Madah sebenarnya utk orang Sarawak ajak. Tadik baruk ngecek, paduhal pandey kelaka Malaya.

Semoga sipencuri itu kenak langgar lori jadi lumat mena2. Keribang rebus mena!

Sekian ajak cerita duak tiga hari tok.

Mohon share pakey madah dengan sidak lain urang Sarawak. Akhir kata The Madah for Sarawakian.!

#kmkmadahajak.

Logo baru / Profile Picture baru di semua media sosial Facebook,  Intsagram dan Twitter



 Facebook page The Kamboh


Facebook page The Pesan



Templete Baru The Madah



PELIK TAPI BENAR. NELAYAN HILANG 3 HARI DILAUT DIHANTAR PULANG OLEH ORANG BUNIAN?


24 Oktober lalu seorang nelayan dari Kampung Hilir Pusa, Betong terjatuh ke laut dari kapal menangkap ikan di perairan Bintulu (35 batu nautika dari Tanjung Kidurong) kira-kira jam 9.15 malam.

Setelah 3 hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malayisa (APMM), mangsa yang dikenali sebgai Hamden Dandan berumur 41 tahun dijumpai oleh oleh Jeragan Anai dan krewnya (Pantai ABF) di kejauhan 38 batu nautika atau lebih tepat Pelantar Minyak Pemanis pada pukul 5.15 ptg 27 Oktober.

Yang peliknya, mangsa dijumpai berada diatas Pelantar Minyak Pemanis yang dikatakan tidak digunakan lagi sejak sekian lama. Dan yang peliknya lagi mangsa di berada di atas pelantar minyak yang mustahil untuk dinaiki begitu sahaja tanpa menggunakan bot atau kapal.

Ada yang mengatakan mangsa dihantar oleh orang bunian balik. Pelik tapi benar. 

Setelah beberapa hari berada di Hospital Bintulu, mangsa di bawa pulang ke kampung halaman dan beberapa kali 'diganggu'.

Semoga semuanya baik-baik saja.

Info gambar : Bintulu News

SEKITAR PANTAI DAMAI DAN SUNSET


Mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan dari Kuching, Pantai Damai ini terletak di kaki Gunung Santubong dan bersebelahan dengan Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Culture Village) yang merupakan lokasi berlangsungnya Rainforest World Music Festival yang diadakan setiap tahun.

Selain daripada itu, pemandangan mentari senja atau sunset juga menarik ratusan pengunjung berkumpul dihadapan pantai ini setiap hari dan keadaan semakin meriah pada hujung minggu.









TIP HANTAR ANAK KE PENGASUH


Sejak kebelakangan ini kes membabitkan penderaan kanak-kanak oleh pengasuh semakin menjadi-jadi sehingga menyebabkan kematian. Berikut merupakan serba sedikit tip kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak ke pengasuh ;

1. Kenal pasti jumlah isi rumah yang tinggal bersama pengasuh. Contohnya nama, umur, pekerjaan dan waktu mereka berada di rumah. 

2. Memastikan pengasuh tidak membiarkan anak diasuh oleh orang lain.

3. Ketahui jumlah dan siapa pelawat yang sering datang ke rumah pengasuh.

4. Ibu bapa perlu rajin melakukan pemeriksaan mengejut.

5. Perhatikan tingkah laku dan respon bayi semasa menghantar dan mengambil bayi. Contohnya, adakah anak-anak suka atau takut apabila dibawa ke rumah pengasuh.

6. Tanya kepada anak mengenai aktiviti yang sering dilakukan pengasuh setiap hari.

Jika terdapat sebarang keraguan mengenai pengasuh hubungi talian kasih 15999 (24 jam) atau laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.


AIR PANCUT BERIRAMA MEMANG MENELAN KOS BESAR


KUCHING : Kos besar sememangnya diperlukan untuk pembinaan air pancut berirama, jelas Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip.

“Sangat mengejutkan Yang Berhormat bagi Pending mendakwa projek Musical Fountain Darul Hana ini dapat disiapkan dengan kos hanya RM5 juta jika dilaksanakan secara tender terbuka,” jelasnya dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.

Antara contoh projek air pancut berirama yang mahal adalah Song of the Sea di Pantai Siloso, Sentosa di Si-ngapura (RM91 juta/$30 juta dolar Singapura) dibina pada 2017 dan Dubai Fountain (RM910 juta/AS$218 juta) dibina pada 2009.

“Ini kos pembinaan dan teknologi 10 tahun yang lepas, sekarang sudah tentu kosnya jauh lebih tinggi,” jelas beliau.

Kerajaan Sarawak katanya, bersedia berkongsi reka bentuk dengan pembangkang untuk melaksanakan projek ini dengan kos RM5 juta.

Beliau menambah, projek bernilai RM31 juta itu sangat kompleks dan memerlukan kepakaran khusus kerana beroperasi menggunakan teknologi terkini dengan pontun selebar 100 meter berserta 372 ‘nozzle’ khas dengan keupayaan pancutan air ‘central spray’ setinggi 60 meter dan ‘cascade fountain’ 25 meter.

Ia juga dilengkapi ciri-ciri unik dengan dinding air berketinggian sembilan meter dan 80 meter panjang sebagai latar belakang pancutan air.

Takungan air di bahagian dinding air direka bersama jubin khas, memberi sentuhan semula jadi terhadap projek ini.

“Ia dilengkapi dengan ‘water screen’ untuk tayangan audio visual. Projek ini juga melibatkan pembinaan ‘walkway waterfront’, bilik kawan berkomputer, ‘sub-station’ elektrik, sistem cahaya serta bunyi dan hiasan landskap,” jelasnya.

Projek telah dilaksanakan melalui kaedah reka dan bina dan mematuhi prosedur operasi standard DBKU dan Regulation 221 Part VII Local Authorities Financial Regu-lation 1997.

Di samping itu, kos projek telah dibentang dan melalui ‘Special Cost Committee’ yang dipengerusikan setiausaha kewangan negeri.

Skop kontrak juga meliputi dua tahun kos penyelenggaraan dan lima tahun jaminan rekaan.

Mengenai isu projek solar hibrid, isu sedang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di mana beberapa saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan. 

Projek adalah untuk membekalkan tenaga elektrik kepada luar bandar di Sarawak melibatkan syarikat swasta iaitu Jepak Holdings.

“Dakwaan mengatakan ada usaha untuk menutup kes ini ternyata sekali satu tohmahan berniat jahat untuk mencalar imej baik Kerajaan Sarawak. Inilah kerja mereka yang penuh dengan agenda politik tanpa mengira kesannya kepada rakyat,” tegas beliau.

Menurut Talib, objektif pembangkang adalah untuk menanam di pemikiran rakyat secara konsisten agar rakyat terpengaruh dengan tohmahan mereka tanpa sebarang bukti, tidak kira sama ada cerita tersebut benar atau tidak. - Utusan Borneo

PROGRAM GRID BEKALAN AIR SARAWAK DIJADUAL SIAP 2020


KUCHING : Fasa pertama Program Grid Bekalan Air Sarawak bagi kawasan mengalami masalah bekalan air kritikal, melibatkan 251 projek dijadual siap pada 2020.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata projek berkenaan melibatkan kos keseluruhan RM3.92 bilion dan dianggarkan RM2.8 bilion diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

"Projek-projek ini akan dilaksanakan dan dijadual siap dalam tempoh dua tahun dengan 249 projek dijadual siap pada 2020 dan dua lagi sedikit terlewat.

“Setakat ini, lima projek telah siap dan 24 lagi ketika ini masih dalam pembinaan manakala baki projek di pelbagai peringkat reka bentuk dan tender,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Utiliti pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dr Rundi berkata seiring dengan visi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menyediakan bekalan air berdaya tahan di seluruh negeri menerusi sistem grid bekalan air, perunding telah ditugaskan pada Mei tahun ini untuk melakukan kajian ke atas Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air.

Beliau berkata kajian itu sedang dilakukan dan mengambil masa selama lapan bulan untuk disiapkan disebabkan skop serta perinciannya yang luas.

“Setakat ini, perunding telah menghantar Laporan Awal diikuti Laporan Interim No.1 untuk Kajian Pelan Induk. Mereka telah mengemukakan penemuan dan cadangan awal yang perlu dikaji lebih mendalam.

“Ketika ini mereka sedang menyiapkan Laporan Interim No.2, yang dijangka dikemukakan dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Menurutnya, hasil kajian itu akan digunakan bagi merangka strategi-strategi Pelan Induk untuk memenuhi permintaan bekalan air bagi perancangan jangka pendek, jengka sederhana dan jangka panjang.

Strategi-strategi itu katanya, akan merangkumi pilihan dicadangkan termasuk grid air seluruh negeri, penyelesaian alternatif bekalan air bagi komuniti yang tinggal jauh di pedalaman, pengurusan tadahan air, pengurusan air tiada hasil (NRW) secara holistik, inisiatif pemodenan dan teknologi digital.

Menjelas lanjut mengenai Program Grid Bekalan Air Sarawak di kawasan mengalami masalah air kritikal, Dr Rundi berkata  ia melibatkan lapan komponen utama.

Komponen pertama katanya ialah membangunkan sumber air mentah, membina baharu atau menaik taraf loji rawatan air bagi meningkatkan kapasitinya, pembinaan sistem rangkaian pengagihan bekalan air dan melakukan kerja menaik taraf loji rawatan air sedia ada.

“Komponen kelima program ini ialah melaksanakan kerja mengganti saluran paip lama dengan yang baharu, pengurusan NRW, melaksanakan inisiatif pemodenan bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan air dan melaksanakan Bekalan Air Luar Bandar Alternatif Sarawak (SAWAS) bagi meningkatkan liputan bekalan air luar bandar,” jelasnya.

Beliau berkata SAWAS penting untuk merealisasikan visi Kerajaan Sarawak mencapai liputan 100 peratus bekalan air di Sarawak menjelang 2025.

“Sebagai permulaan, lima pakej telah disiapkan dalam masa 12 bulan menjelang 31 Oktober 2018.

“Sekarang lima pakej ini sedia membekalkan bekalan air dengan selamatnya ke 22 kampung terdiri daripada 572 isi rumah dengan anggaran 2,860 penduduk,” katanya. - Utusan Borneo

AFF SUZUKI CUP : MALAYSIA 3 - 1 LAOS


KUALA LUMPUR: Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menjadi penyelamat apabila meledak dua gol untuk Malaysia bangkit mengatasi Laos 3-1, dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Ia jaringan ketiga penyerang berpengalaman itu yang turut dikenali sebagai Mat Yo, selepas meledak gol tunggal menewaskan Kemboja 1-0, di Phnom Penh pada perlawanan pembukaan, Khamis lalu.

Selepas aksi pertama di Phnom Penh, Cheng Hoe melakukan sedikit perubahan dengan memasukkan Syafiq Ahmad bagi mengambil posisi tengah Syamer Kutty Abba.

Manakala Mohamadou Sumareh yang mengalami kecederaan digantikan dengan Syazwan Zainon di bahagian sayap.

Di atas kertas, Laos yang berada di ranking 181 dunia seharusnya menjadi ‘lubuk’ mata buat Malaysia (ranking ke-169), apatah lagi anak buah bekas jurulatih Singapura, V Sundram Moorthy itu tumpas 0-3 kepada Vietnam pada aksi pertama.

Namun, sebaliknya berlaku apabila Laos mengejutkan penyokong tuan rumah dengan gol pertama menerusi sepakan percuma Phithack Kongmathilath yang cukup deras menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang pada minit ke-7.


Pemain Malaysia, Mohamad Zaquan Adha Abd Razak meraikan gol pertama pada Perlawanan Piala AFF Kumpulan A antara Malaysia menentang Laos yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila bola hantaran lintang Syahmi Safari dari sebelah kanan berjaya ditolak masuk kapten pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-14.

Laos kemudian lebih banyak bertahan dengan mereka hanya berkubu di kawasan sendiri dan cuba menekan Malaysia menerusi serangan balas pantas.

Skuad negara berpeluang untuk menambah jaringan, namun rembatan deras Safawi Rasid dalam kotak penalti sedikit tersasar pada minit ke-21.

Buntu dengan kedudukan itu, Cheng Hoe menggunakan kesemua pemain penyerang yang ada dengan memasukkan Akhyar Rashid, Shahrel Fikri Md Fauzi dan Ahmad Hazwan Bakri menggantikan Syazwan, Safawi dan Syafiq.  


Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) diasak pemain Laos pada Perlawanan Piala AFF Kumpulan A antara Malaysia menentang Laos yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Skuad negara mengasak hebat kubu Laos dengan penjaga gol berusia 22 tahun, Outthilath Nammakhot seperti berjuang keseorangan menyelamatkan keadaan.

Sekurang-kurangnya tujuh peluang terbaik disia-siakan pemain negara termasuk tandukan Aidil Zafuan Abd Radzak yang terkena tiang gol, manakala bola tolakan Hazwan di depan pintu gol tersasar.

Bagaimanapun Mat Yo yang beraksi pada penampilan kelima dalam saingan Piala AFF sejak membantu negara menjulang trofi pada 2010 membuktikan bisanya dengan menyumbat gol pada minit ke-86 dan masa tambahan.

Kemenangan ini meletakkan Malaysia dalam kedudukan terbaik dalam misi memburu tempat ke separuh akhir, apabila akan bertemu Vietnam di Hanoi Jumaat ini dan Myanmar pada aksi terakhir di Bukit Jalil pada 24 November. - Berita Harian

PERGINYA ANAK SYURGA BUAT SELAMANYA - KUCHING, SARAWAK


Hyla Maghfiratul Jannah yang bermaksud Petunjuk Syurga dilahirkan pada 25 Oktober 2018 dengan penuh kesempurnaan sehingga disahkan menghidapi masalah jantung sebelah kiri Hypoplastic left syndrome - HLHS

Setelah 9 hari hadir ke dunia anak syurga ini menghembuskan nafas terakhir nya pada 2 November tepat jam 7.35 malam dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Semariang, Kuching pada 3 November. Kisah ini dikongsikan sendiri oleh bapa kepada anak syurga ini di ruangan facebok miliknya.



Tarikh pengebumian anak syurga ini iaitu 3 November sepatutnya diadakan majlis doa selamat dan solat hajat. Segala persediaan untuk majlis berkenaan telah dirancang dan hanya menunggu hari untuk berlangsungnya majlis kesyukuran itu. Namun, kehendak Allah mengubah segala aturan manusia, majlis doa selamat bertukar ke majlis tahlil. 

Namun begitu, bapa kepada anak syurga ini tetap tabah dan redha atas pemergian anak tercinta dan besyukur atas pemberian anugerah terindah dari Allah itu walaupun hanya sekejap. Arwah Hyla Maghfirahtul Jannah sempat menggengam erat tangan bapanya sebelum pergi buat selamanya.

Sekitar April lalu, saya juga turut menceritakan berkenaan Anak Syurga : Khabar Gembira Kepada Ibu Bapa Dari Allah.







Semoga keluarga anak syurga ini tabah menghadapai dugaan ini. Al-Fatihah.


MAYAT PELAJAR LEMAS DI SUNGAI OYA DIJUMPAI


MUKAH: Seorang pelajar tingkatan dua dijumpai lemas lemas di Sungai Oya sekitar pukul 8.30 pagi tadi.

Mayat mangsa Rabani Abdul Razak, 14 beralamat di Kampung Terus, Oya ditemui dua kilometer dari kawasan terakhir beliau dilihat.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Roslan Leman mengesahkan telah menerima laporan berkenaan penemuan itu.

"Mayat dibawa ke Hospital Dalat untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dan empat lagi rakannya sedang mandi di sungai tersebut sekitar 6 petang Sabtu lalu.

Ketika berenang, mangsa kemudiannya tidak kelihatan dan ia disedari oleh raknnya yang lain.

Satu Gerakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan sejurus selepas itu merangkumi orang awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). - Utusan Borneo



PELAJAR DI KHUATIRI LEMAS DI BATANG OYA, MUKAH



Seorang pelajar tingkatan dua dikhuatiri lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di Batang Oya sekitar jam 5.15 petang kelmarin.

Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Tiong Ling Hii berkata, empat sekawan terbabit pada mulanya mandi di Sungai Oya namun mangsa yang dikenali sebagai Rabani Abdul Razak, 14, berasal dari Kampung Terus, cuba berenang ke seberang sungai.

“Tiga lagi rakannya hanya berenang di tepi sungai,” katanya.

Bagaimanapun ketika cuba berenang ke seberang, mangsa dikatakan telah tenggelam.

Tiga rakannya panik apabila kelibat mangsa tidak kelihatan untuk beberapa ketika sekali gus meminta bantuan daripada penduduk kampung.

Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudiannya dimaklumkan dan turut serta dalam operasi sebelum ditamatkan pada jam 8.45 malam kerana arus sungai yang deras dan jarak penglihatan waktu malam yang amat terhad.

SAR kemudiannya diteruskan pada pagi semalam sebelum ditangguhkan semula jam 6 petang. - Utusan Borneo




Photo : My Mukah